Wednesday, October 4, 2017

"Biar susah nak apply, jangan susah nak claim"

Saya ambil post dari tuan Aziz Riadi (Otai dalam industri Takaful dan insurans)

[ INSURANCE & DECLARATION ]

Kepada individu yang dalam proses memohon policy insurance life atau takaful keluarga....tanggungjawab anda adalah untuk memberitahu kepada agent semua berkaitan persoalan yang ada dalam proposal form khususnya mengenai sejarah penyakit dan sejarah lawatan ke klinik atau pusat kesihatan atau sejarah mendapatkan khidmat nasihat perubatan.
Walau pun ia nampak kecil...contoh..

+ "Saya pergi jumpa doktor sebab demam je, tak masuk ward pun..tak payah la declare.."

+ "Saya ada jumpa Doktor sebab sakit perut, lepas tu Dr bagi ubat grastric (kapur), then lepas tu lega...kalau tak boleh declare boleh tak?..bukan panel hospital pun"

Dan macam2 lagi request untuk tak nak declare...

Ya, memang boleh tak declare, and tak payah bgtau agent semua tu, cuma, kena ingat, nanti satu masa selepas 3-4 tahun, anda dapatkan rawatan, Doktor yang rawat tu tanya history penyakit....masa tu semua terkeluar (dah tak ingat dah dulu masa sign form dengan agent)...then masa tu, Doktor pun tulis dalam report dan request pada company, then lepas tu, ada discrepancy info (maklumat berbeza)..then GL sangkut, perlukan investigation dan sebagainya....masa tu, siapa yang kita nak salahkan kalau sangkut tak boleh nak claim?...

So, nasihat saya, just declare...

Tapi kalau ada agent kata tak declare, and boleh kawtim, macam mana?

Kalau ada agent yang macam nie, sila dapatkan surat pengesahan dari agent atau undertaking letter dari agent yang mengatakan agent boleh kawtim, dan suruh agent tu sign dan simpan surat tu. Kalau ada apa2 pasal tak boleh claim pasal tak declare dan agent kata boleh kawtim, anda bawa surat tu sebagai document sokongan...(biar agent tu yang bertanggungjawab jugak)...

Nasihat Kewangan dan Takaful.

"Biar susah nak apply, jangan susah nak claim"

Kongsikan kepada semua client dan prospect anda dan juga kawan2 anda yang anda sayangi.

Sekian.

kredit:

Aziz Riadi
www.aarassociates.com
www.azizriadi.com

mbk
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...