Tuesday, October 24, 2017

surat untuk ayah, Abah, suami dan ketua keluarga,

Tarikh: 24.10.2017

Kepada ayah,abah, suami dan ketua keluarga,

Mohonlah perlindungan Takaful sebagai plan penggantian kecemasan. Sesungguhnya malang tak berbau. Memang benar, kasih sayang dan nyawa tak dapat dinilai dengan want ringgit. Tapi dengan nilai wanglah , keluarga tersayang dapat meneruskan hidup. Dapat meringankan beban perbelanjaan dan dapat tolong bayarkan hutang dan dapat buat pendidikan anak-anak.
Jangan tinggalkan mereka merana...
Saya lampirkan bersama snap gambar untuk pencerahan kepentingan hibah takaful. Dengarlah nasihat dari seorang Si Ayah untuk ayah diluar sana.

Ikhlas,
Mardiyah
#takafulejen
0192853910

BOLEH KE GUNA MEDICAL CARD UTK NORMAL HEALTH CHECK UP?

Client : Zaman nak tanya, boleh saya claim under medical card cost saya buat medical check up?
Zaman : Encik buat medical check up kat mana? Ada finding apa apa? Btw kalau medical check up just untuk check health status x cover under medical card.
Client : Yeke? Medical card cover apa jer?
Zaman : Medical card cover admission ward encik. Pre and Post hospitalisation boleh pay and claim. Analogi kes encik tu mcm kereta la. Boleh tak nak guna insurans kereta untuk bayar kos service bulanan kereta. Tak boleh kan?
Client : ok saya faham sekarang. Thanks zaman

credit:FB Zamankini

mbk
0192853910

Thursday, October 19, 2017

HIBAH TAKAFUL UNTUK 2 TUJUAN?

1. Dapat bayar hutang
2. Dapat tebus bayar

Kita cuba buat kajian kes..
/Kes 1
Suami meninggal, ada sebuah rumah bernilai RM 240,000. Anak-anak dan milik isteri 1/8 + 2/4 = 19/24, baki 5/24 adalah bahagian adik beradik suami.
Isteri menerima hibah takaful sebanyak RM 300,000. 5/24 kepunyaan adik beradik adalah bersamaan RM 50,000, maka isteri membayar mereka nilai tersebut.
Baki takaful sebanyak RM 250,000
/Kes 2
Suami meninggal, ada sebuah rumah bernilai RM 240,000. Anak-anak dan milik isteri 1/8 + 2/4 = 19/24, baki 5/24 adalah bahagian adik beradik suami.
Isteri menerima hibah takaful sebanyak RM 300,000 manakala rumah masih berhutang sebanyak RM 100,000. Isteri bersetuju untuk membayar rumah tersebut
Dalam pemilikkan rumah juga isteri bersetuju untuk membayar bahagian adik beradik arwah suami sebanyak RM 50,000.
Baki takaful sebanyak RM 250,000
/Kes 3
Suami meninggal, ada sebuah rumah bernilai RM 480,000. Anak-anak dan milik isteri 1/8 + 2/4 = 19/24, baki 5/24 adalah bahagian adik beradik suami.
Isteri menerima hibah takaful sebanyak RM 300,000 manakala rumah masih berhutang sebanyak RM 280,000. Isteri bersetuju untuk membayar rumah tersebut.
Rumah tersebut tidak lagi berhutang dan baki takaful RM 20,000
/Kes 4
Suami meninggal, ada sebuah rumah bernilai RM 480,000. Anak-anak dan milik isteri 1/8 + 2/4 = 19/24, baki 5/24 adalah bahagian adik beradik suami.
Isteri menerima hibah pamasan takaful sebanyak RM 300,000 manakala rumah masih berhutang sebanyak RM 280,000.
Isteri dan anak-anak bersetuju untuk membeli rumah lain bernilai RM 250,000 dari hibah takaful yang diberikan oleh suaminya.
Baki pampasan RM 50,000
Jika kita isteri, yang mana satu pilihan kita?.

FB: mohamad akmal mohamad
Nota Ejen:
Sebelum suami tanda tangan polisi pastikan ia menepati keperluan.
Keadaan di atas biasanya berlaku apabila suami tidak teliti dengan keperluan memiliki polisi Takaful.
Atau agent gagal melakukan fact finding Dan gagal memberikan nasihat Yang betul pada suami. 
Boleh berlaku situasi Di atas setelah fact finding, didapati keupayaan suami sangat terhad untuk menyediakan bernilai polisi atau polisi jutaan ringgit.
Ketika pinjaman perumahan Dalam proses Dan rumah tersebut matlamatnya bukan untuk pelaburan. Suami perlu usahakan MRTT full term of coverage. Sama ada gunakan duit cash atau termasuk dlm pembiayaan.
Kemudian sediakan juga polisi Takaful Dalam bentuk hibah Takaful kepada isteri untuk tujuan tampung kekurangan MRTT Dan boleh membayar bahagian yg sepatutnya dimiliki oleh adik beradik lelaki.
Ataupun, jika keupayaan kewangan Masih besar, si suami sediakan Hibah Takaful Yang besar untuk menjadi sumber penyelesaian apabila berhadapan dgn situasi Di atas. Atau seperti cadangan PU Atiqurrahman Abd Aziz
Komen saya berdasarkan persediaan sebelum mati. Manakala status tuan Mohamad Akmal Mohamad berdasarkan kajian selepas berlaku kematian.
Mudahnya saya kata disini, Agent Takaful Yang terlatih tidak Akan mengejar Sale Semata, tetapi Akan menilai keupayaan prospect Dan memberikan nasihat tepat Dan jalan penyelesaian kepada isu yg bakal berlaku.
Credit pada Tuan Mohamad Akmal atas status Yang baik. 
Status dgn nada begini Yang sepatutnya banyak Di naikkan pada wall perunding professional seperti tuan. 

FB: Saharudin Bin Zaini 

Thursday, October 12, 2017

Kalau kita sendiri tak prihatin pada keluarga kita....siapa lagi???


Pagi ni ternampak status seorang isteri yang hampa bila arwah suami baru je meninggal tak sampai sebulan, dah macam-macam orang minta bayar hutang
Kawan-kawan,
Maaf tapi kita semua kalau boleh kena peka pasal ni. Siapa nak bayar hutang kita bila kita mati? Nak bayar pakai saving sedia ada? Nak tunggu akaun dah tak freeze? Susah.


Sangat susah. Jalan penyelesaian dia, ambil lah takaful hayat yang pampasannya cukup nak bayar hutang yang tak bayar lagi. Jangan susahkan keluarga kita. Kasihan.



Kalau kita sendiri tak prihatin pada keluarga kita....siapa lagi???

Kredit Nabil Rukawa

mbk
0192853910

Wednesday, October 11, 2017

Kerana Dia Sahabatku

Kerana dia sahabatku, 
aku tidak berani memaksanya mencarum Takaful, takut dia menganggap aku mengambil kesempatan terhadap persahabatan kami.

Kerana dia sahabatku, 
aku tumpang gembira bila dia dinaikkan pangkat,tp aku masih belum sedia memaksanya mencarum Takaful, mungkin dia menyimpan utk kahwin.

Kerana dia sahabatku, 
aku tumpang gembira untuknya melangkah ke gerbang perkahwinan, tp aku masih belum sedia memaksanya mencarum Takaful, mungkin dia menyimpan utk beli rumah.

Kerana dia sahabatku, 
aku gembira untuknya memiliki rumah sendiri, tp aku masih belum sedia memaksanya mencarum Takaful, mungkin dia menyimpan utk persekolahan anaknya.

Tp kini.. aku menyesal

kerana tidak memaksanya mencarum Takaful. Kini.. dia koma di hospital akibat kemalangan. Isteri dan anaknya terpaksa berulang alik ke hospital. Perasaan malu menghantui diriku, Apakah nasib keluarga mereka sekiranya dia pergi dahulu?... Hanya doa shj dpt kupanjatkan.. semoga keluarganya tabah dengan ujianMu.
Seandainya masa boleh ku undur, akan ku merayu kepadanya supaya mencarum Takaful. Sekurang2nya, aku mampu ringankn beban keluarganya dgn wang pampasan Rm100000, @ Rm500000, @ Rm1 juta dr Takafulnya.

Hibah Untuk Tersayang

mbk
0192853910

Monday, October 9, 2017

Compare dan nanti dulu .........

"Tak apa lah. Biar lah isteri dan anak saya hidup seadanya lepas saya tak ada. Saya rasa mereka ok kot. Saya ada hutang kereta , rumah dan komitmen bulanan belikan makanan kering dengan basah untuk rumah, bagi mak abah sikit kat kampung dengan bayar pengasuh anak. Susu/napkin semua wife saya yang bayar. Dia willing nak bantu sementara dia kerja ni "

"Nanti lah saya fikir kan.Nak COMPARE dulu "

Muhammad bagitahu penasihat takaful yang jumpa dia bulan April 2015.

Konsep yang dia amalkan, redha dan berserah. Tak sign polisi dengan sesiapa pun dan tak compare pun . Cari alasan je untuk loloskan diri.

September 30,2015 ....

Allah nak uji. Motorsikal dari tempat kerja di Kelana Jaya nak balik rumah di Subang jaya terhimpit dengan lori ais di LDP. Dia jatuh masa tu juga terhimpit bawah lori.
Takdir tuhan ......

Dia lumpuh tak boleh berjalan. Bed ridden untuk satu tempoh yang doktor pun tak dapat nak pastikan. Yang cuma tahu doktor kata memang akan lumpuh seluruh badan.
Kesimpulan :

1. Kau rasa Muhammad tahu ujian Allah nak datang kepada dia dan keluarga yang di sayangi dalam masa 5 bulan yang kedepan ?
2. Dalam keadaan lumpuh macam ini, kau rasa tempat kerja Muhammad di Kilang akan simpan Muhammad untuk tempoh berapa lama ?
3. Hutang dan komitmen Muhammad yang dia ada tu, pihak BANK bagi FREE ke atau bagi TANGGUH BAYAR SAMPAI SIHAT ?
3. Isteri Muhammad kerja. Anak hantar pengasuh. Siapa pula nak jaga Muhammad yang terlantar ?
4. PESAN AKU, BUKA MATA. BUKA HATI. DENGAR DULU. FIKIR DALAM DALAM. DAN RANCANG KEHIDUPAN KAU DENGAN DAN TENANG . BIAR KELUARGA TENANG.
5. Kena ADIL dengan anak dan isteri. Kalau dulu Mak Abah bagi kau makan ayam seminggu dua kali, kenapa perlu sekat keinginan anak dan bini untuk hidup seolah macam kau masih ada dan kerja kuat ????
6. Sentap ? Biar. Supaya senang aku hamburkan emosi yang ini supaya masuk dalam hati. Bukan hanya di bibir saja.
7. Ada kawan kawan yang sedang buat takaful kan ? Whatsapp tanya kan plan kau orang.
Ingat !!! Takaful bukan hanya Medikal Kad !! Dia lebih dari itu fungsinya

Credit to Kak Tiqah


Wednesday, October 4, 2017

"Biar susah nak apply, jangan susah nak claim"

Saya ambil post dari tuan Aziz Riadi (Otai dalam industri Takaful dan insurans)

[ INSURANCE & DECLARATION ]

Kepada individu yang dalam proses memohon policy insurance life atau takaful keluarga....tanggungjawab anda adalah untuk memberitahu kepada agent semua berkaitan persoalan yang ada dalam proposal form khususnya mengenai sejarah penyakit dan sejarah lawatan ke klinik atau pusat kesihatan atau sejarah mendapatkan khidmat nasihat perubatan.
Walau pun ia nampak kecil...contoh..

+ "Saya pergi jumpa doktor sebab demam je, tak masuk ward pun..tak payah la declare.."

+ "Saya ada jumpa Doktor sebab sakit perut, lepas tu Dr bagi ubat grastric (kapur), then lepas tu lega...kalau tak boleh declare boleh tak?..bukan panel hospital pun"

Dan macam2 lagi request untuk tak nak declare...

Ya, memang boleh tak declare, and tak payah bgtau agent semua tu, cuma, kena ingat, nanti satu masa selepas 3-4 tahun, anda dapatkan rawatan, Doktor yang rawat tu tanya history penyakit....masa tu semua terkeluar (dah tak ingat dah dulu masa sign form dengan agent)...then masa tu, Doktor pun tulis dalam report dan request pada company, then lepas tu, ada discrepancy info (maklumat berbeza)..then GL sangkut, perlukan investigation dan sebagainya....masa tu, siapa yang kita nak salahkan kalau sangkut tak boleh nak claim?...

So, nasihat saya, just declare...

Tapi kalau ada agent kata tak declare, and boleh kawtim, macam mana?

Kalau ada agent yang macam nie, sila dapatkan surat pengesahan dari agent atau undertaking letter dari agent yang mengatakan agent boleh kawtim, dan suruh agent tu sign dan simpan surat tu. Kalau ada apa2 pasal tak boleh claim pasal tak declare dan agent kata boleh kawtim, anda bawa surat tu sebagai document sokongan...(biar agent tu yang bertanggungjawab jugak)...

Nasihat Kewangan dan Takaful.

"Biar susah nak apply, jangan susah nak claim"

Kongsikan kepada semua client dan prospect anda dan juga kawan2 anda yang anda sayangi.

Sekian.

kredit:

Aziz Riadi
www.aarassociates.com
www.azizriadi.com

mbk
0192853910

Ingat, takaful kekal sebagai mekanisme pelindungan.


Walaupun penerima manfaat hibah takaful mempunyai hak yang dijamin di bawah akta ke atas manfaat yang diberikan, ini bukan alasan yang baik untuk mempromosikan:
- hibah sebagai mekanisme mutlak penyelesaian pusaka
- hibah lebih baik daripada faraid
- hibah sebagai jaminan untuk menebus bahagian waris faraid yang lain

RM100k, RM500k atau RM1 juta...
Berapa pun nilai hibah yang disediakan dalam pelan takaful, matlamatnya kekal sebagai satu pelindungan bagi penerima hibah. Paling jelas, untuk mengekalkan gaya hidup sedia ada, contohnya:

Sekiranya semasa ayah masih hidup, anak-anak mampu memiliki baju baru setiap kali tahun persekolahan bermula, pergi sekolah dengan wang saku, yuran sekolah dijelaskan tanpa hutang, keadaan ini boleh dikekalkan dengan manfaat hibah takaful.

Sekiranya isteri tidak bekerja semasa suami hidup bagi menjaga anak-anak, keadaan ini boleh dikekalkan dengan manfaat hibah takaful.

Ingat, takaful kekal sebagai mekanisme pelindungan.

Monday, October 2, 2017

PERLUKAH KITA SEMAK / REVIEW COVERAGE LIFE TAKAFUL YANG KITA ADA DARI SEMASA KE SEMASA?


Terdapat perbezaan antara coverage liability dan coverage untuk asset bagi policy life atau takaful kita.
Contoh A - Kereta

Secara konsep mudah.

Nilai kereta akan menurun, hutang akan menurun dan coverage kita untuk cover hutang kereta pun akan menurun. So, contribution takaful atau insurance pun akan lebih rendah. Maintenance je yang akan naik.

Sekiranya pemilik kereta meninggal dunia, dan kereta dinilaikan ikut harga pasaran, ia akan lebih rendah berbanding mula2 beli. Jadi, kos untuk TEBUS BAHAGIAN Faraidh bagi waris yang terlibat lebih rendah berbanding kalau baru beli. Sebab ikut harga semasa.

Contoh B - Rumah

Nilai rumah akan naik, and life coverage juga perlu dinaikkan (kalau ambil MRTT) atau kalau ambil MLTT, ia lebih baik......kalau dari segi kiraan atas kertas secara tersurat loan semakin kurang, kenapa perlu amik coverage lebih? Tapi saya tetap nasihatkan ambil coverage lebih. Mungkin ada yang tak setuju dengan statement ni, tapi itu bukan point dia. Apa yang saya ingin jelaskan adalah dari segi pembahagian harta pusaka.

Saya ambil contoh mcm ni.

Katakan harga beli rumah RM 400,000, dan pemilik rumah ada life takaful coverage RM 360,000 utk cover loan. Then pemilik meninggal dunia dan rumah jadi harta pusaka dan harga semasa pemilik meninggal dunia katakan RM 2 million. Dan katakan arwah ada tinggal waris pasangan, 1 anak lelaki, 2 anak perempuan, ibu dan ayah.

Isteri punya bahagian 1/8 = RM 250,000
Ibu punya bahagian 1/6 = RM 333,333
Ayah punya bahagian 1/6 = RM 333,333
Anak perempuan 1 bahagian dari anak lelaki = RM 270,833
Anak Lelaki 2 bahagian = RM 541,666

So, kalau isteri nak stay dalam rumah tu dan nak tebus bahagian ibu dan ayah....beliau kena bayar kpd ibu dan bapa mertua dengan RM 666,666. Berbalik dgn life takaful coverage tadi RM 360,000 sahaja....so, mcm mana nak cover the balance?

Dan biasanya kes2 mcm ni akhirnya terpaksa jual rumah tu dan isteri dan anak2 nak duduk mana lps tu? Mungkin kena pindah la kalau umah dah kena jual.

And cabaran lagi...kalau nak jual rumah yang ada case mcm ni, biasanya pembeli akan tekan harga utk dptkan harga below market value sebab penjual dlm keadaan nak segera.

Perkara ini akan jadi lebih rumit.

Jadi antara cara yg paling mudah, hibah kan terus kpd isteri kalau dah habis bayar atau pun sediakan dgn backup cash melalui hibah bersyarat dengan instrument takaful.

So, takaful bukan hanya untuk cover hutang, tapi ia juga untuk mencairkan estate (harta pusaka) yang ditinggalkan.

Kalau tinggalkan harta sahaja, tanpa tinggalkan cash, ia masih tak cukup membantu disebabkan mungkin harta tersebut tidak dpt dimanfaatkan oleh waris.

Analogi mudah...si.mati tinggalkan kereta kpd waris. Tapi tak tinggal duit untuk waris beli minyak kereta. So, kereta tersebut tersadai dan tak boleh dimanfaatkan.

So, buka minda, dan fahamkan serta bertindak..

kredit: FB Aziz Riadi

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...