Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Wednesday, July 12, 2017

Penting penggantian pendapatan bila sakit!


Saya kongsikan cerita dari FB Dr. Muhammad Rahmat

Balik kerja tadi, isteri saya bercerita mengenai seorang pesakit nya seorang guru telah di diagnosed menghadapi kanser payudara.
Beliau akan menjalani rawatan chemotherapy tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, chemo-port perlu dipasang terlebih dahulu.
Beliau merungut dan risau sebab terpaksa mengambil cuti yang kerap nanti untuk menjalani rawatan ini. Maklum lah guru memang susah untuk dapat cuti dan cuti yang sedikit 7 hari setahun.
Isteri saya bertanyakan, adakah beliau mempunyai insuran/takaful?.
Beliau menjawab ada. Sumbangan sekitar rm200/bulan.
Isteri saya bagitahu, beliau sekarang menghadapi sakit kritikal dan layak untuk mendapat pampasan sakit kritikal jika ada. Dan duit itu nanti boleh lah beliau ambil cuti tanpa gaji dan berehat secukup-cukupnya di rumah.
Beliau terkejut dan kagum dengan isteri saya!!. 
Beliau bagi tahu akan balik dan check polisi takaful tersebut. Nanti akan jumpa isteri saya balik untuk rawatan susulan 2minggu lagi.
Harap nya polisi beliau mempunyai manfaat sakit kritikal.


mbk
0192853910

No comments: