Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Tuesday, July 11, 2017

AGENT TAKAFUL NASIHAT AGENT TAKAFUL

Aritu saya dipersoal sesama rakan agent takaful kenapa saya kena buat wasiat? Buat hibah lebih baik katanya.. Saya dengar je nasihat dia dan ambil mana yang baik.

Katanya wasiat nanti tak guna sebab waris boleh pertikaikan dan sebagainya (yang ni biasa disebut oleh orang kebanyakkan, termasuk agent takaful setengah2nya tu..yang mana belum faham la..)
Betul la tu... tapi depends la jugak..

Sebab bukan semua harta dan duit kita boleh hibahkan naa. Ada setengah2 memang tak boleh..
Dengan buat hibah je, kita ingat ada ke orang yang arif dan cekap akan urus pembahagian harta pusaka yang lain dari A to Z ? Hibah takaful senang je nak urus... Hibah harta2 lain? Rumahnya.. Tanahnya...

Kalau senang sangat nak urus harta pusaka ni dan buat sendiri, takdelah bertimbun kes tak selesai sampai RM66 Billion.

Hibah takaful memang banyak faedahnya, tetapi ia pun ada kekurangannya dan perlu dilengkapi dengan wasiat supaya duit tu tak lah habis begitu saja tanpa diurus dengan baik.

Silap2 hasrat kita yang dah mati ni tak tercapai pun akhirnya.

Contoh nya lah, kita niat buat hibah 1 juta untuk orang tersayang supaya hidup depa senang dan boleh la buat amal jariah untuk kita jugak, tapi akhirnya duit habis begitu saja , akhirnya waris yang ditinggal tetap jadi susah dan nak sedekah atas nama kita pun dah tak mampu... Maklum la tetiba dapat duit sejuta... Sebelum ni tak pernah ada duit sejuta dalam account...

So kaedah perwarisan harta ni ikutlah kaedah dan hasrat kita mcm mana. Bukan kata ada yang lebih bagus dan yang lain tak bagus.

Semua bergantung juga dengan keadaan waris2 dan harta2 kita... Dan macam mana kita nak bahagi duit dan harta pusaka kita tu nanti.

OK??

kredit: Ayuni Dalila Syukur

No comments: