Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Friday, July 14, 2017

Pengalaman buat hibah Takaful: Berdasarkan KISAH BENAR

Kepada single parents (Ayah atau ibu single). Saya cuma nak berkongsi.

Lepas 29 Januari 2017, tarikh arwah kawan saya meninggal tinggalkan anak 3 orang dan isteri. Keadaan yang saya tengok lepas arwah pergi memang buat mata saya berair.

Takde la susah sangat sebab arwah memang orang ada duit. Tapi emosi si isteri memang tak boleh nak saya selam, cuma yang saya tahu dia berjuang sorang-sorang dengan anak umur 3 tahun yang rindukan arwah.

Ok, jadi saya terbayang keadaan lain yang saya tak nampak, awak sebagai single parents saya rasa lebih tahu. Sekarang semua bergantung pada awak. Makan minum tempat tinggal baju sekolah dan semuanya awak tanggung, sebelum ni awak berdua.

Mungkin disebabkan tekanan sekarang awak dah plan macam-macam untuk anak-anak. Awak dah buat akaun ASBi, unit trust, tabung haji dan macam-macam yang awak namakan anak-anak sebagai penama. Dengan harapan kalau awak meninggal anak-anak akan waris semua tu dan teruskan hidup.

Betulkan, awak dah rancang macam-macam termasuk rumah pun. Kalau anak paling kecil umur dia 4 tahun, maknanya ada lagi 14 tahun nak sampai ke umur 18. Sepanjang tu dia perlukan kos untuk membesar.

14 tahun masa yang kita tak boleh bayang apa yang boleh berlaku lepas tu atau tengah-tengah. Kalau hari ni awak hilang pasangan, awak pulak macam mana. Bila ajal, mana ada manusia tahu.

Saya nak bagitau awak, akaun ASB, KWSP, Unit Trust, Rumah dan akaun bank awak yang awak letak penama tu bila awak meninggal nanti semua tu kene faraid bila ada waris lain selain anak awak datang menuntut dengan selamba tanpa rasa kesian pada anak-anak awak. Macam mana kalau benda ni jadi.

Saya uruskan Hibah arwah kawan saya, ambik masa 9 hari je. 100k masuk dalam akaun isteri arwah. Susah sikit pada dokumen berkait hospital je, yang lain semua ok. Duit tu tadi jadi 100% milik isteri arwah dan tak boleh waris lain tuntut macam harta yang lain.

Jadikan, awak dah rasa perit sebagai ayah atau ibu tunggal, jadi macam mana perit pulak anak-anak awak kalau awak pulak takde.

Awak, buat satu akaun Takaful, awak lantik seorang pemegang amanah yang memang boleh dipercayai sebab bila awak meninggal dia la yang awak harapkan untuk urus duit Pampasan Takaful dan Hibah. Dia la yang akan atur untuk anak-anak awak dan duit tu tak boleh di faraid.

Penting awak ada plan Takaful yang kurang-kurang pampasan 200k. Sebab bila awak meninggal, KWSP, ASB, Unit Trust dan saving akaun jadi beku sampai selesai proses pembahagian. Bukan sekejap, makan masa sampai berbulan-bulan silap-silap makan tahun.
HIbah takaful dan Pampasan Takaful je yang boleh terus sampai ke anak-anak awak dalam masa yang singkat untuk diorang teruskan hidup.

Jadi, awak fikirlah, awak tenunglah anak-anak awak tu. Siapa yang nak uruskan diorang nanti kalau tibe-tibe awak takde. Kalau ada duit yang awak tinggal dan lantik orang yang awak percaya. Maknanya awak dah rancang sampai tahap awak paling kritikal. Itulah bukti kasih sayang awak.

Tak perlu fikir banyak sangat, Pm saya Takaful dan hibah kita sembang2 je dulu. Lepas tu fkirlah panjang-panjang.

kredit: Saharudin Zaini

mbk
0192853910

1 comment:

Anonymous said...

Mcm mne nk buat acc takaful tu... Sama mcm medical card ke..bole wasap sy 0134045217