Friday, July 7, 2017

MEDICAL CARD.


Walaupun saya dan isteri bertugas sebagai doktor terlatih di fasiliti kesihataan awam, kami tetap menggunakan khidmat yang ditawarkan oleh syarikat takaful.

Kenapa?
Adakah kami tidak percaya dengan perkhidmatan kesihatan awam?
Adakah perkhidmatan di hospital awam tidak baik (sub standard)?
Adakah "rawatan di hospital kerajaan pun kena bayar mahal"?

Tiga sebab di atas sering dijadikan marketing tool untuk agen takaful yang tidak bertanggungjawab. Gunakan strategy 'fear mongering' untuk menakutkan orang ramai tentang perkhidmatan kesihatan awam untuk meningkatkan jualan.

Baru - baru ini anak saya dimasukkan ke hospital swasta akibat demam panas. Saya menggunakan kad perubatan untuk urusan kemasukan dengan deposit RM 500.

Apa yang saya dapat lihat:

1. Urusan pendaftaran, pemeriksaan asas vital signs dan menanti giliran tetap sama. Cuma tiada orang ramai yang menunggu.

2. Doktor pertama yang melihat anak saya di Jabatan Kecemasan seorang pegawai perubatan dan bukan pakar. Setelah rawatan asas diberi dan diagnosis diperolehi, baru anak saya di rujuk ke pakar kanak - kanak dan dimasukkan ke wad.

3. Untuk mendapatkan sampel darah, empat kali tangannya dicucuk. Saya tidak menyalahkan pegawai perubatan tersebut kerana ketika itu, anak saya sedikit dehydrated dan sedikit sukar untuk mencari salur darah.

4. Ketika di ward, doktor pakar membuat ward round dua kali sehari. Doktor pakar kanak - kanak menerangkan dengan jelas berkenaan diagnosis penyakit dan rawatan yang akan diberikan. Segala rancangan rawatan dibuat berdasarkan garis panduan rawatan (clinical practice guideline) yang sama dengan di hospital kerajaan.

5. Pemerhatian dan ubat diberikan oleh jururawat terlatih secara berkala. Lampin anak kami tukarkan sendiri, nak mandikan anak pun dibuat sendiri.

Prosedur rawatan TIADA BEZA dengan di hospital kerajaan.

Yang bezanya adalah pilihan yang diberi dan masa menunggu.

1. Urusan kemasukan tidak lebih dari tiga jam (dari mula daftar hingga masuk ke wad).

2. Pilihan kemasukan wad diberikan (mengikut had bayaran). Boleh pilih wad berkongsi atau pun wad berseorangan (single). Wad single pula boleh pilih yang biasa atau pun deluxe (ada TV 32 inci, sofa dan lampu chandelier).

3. Makanan boleh dipilih mengikut menu yang disediakan.

4. Waktu melawat lebih flexible dan ibu bapa boleh berada di wad sepanjang masa.

Pada asasnya RAWATAN ADALAH SAMA. Cuma urusan lebih mudah dan flexible. Tidak dinafikan, ia lebih selesa.

Teguran untuk agen takaful yang menjual takaful dengan cara 'fear mongering':

HENTIKAN!

Tapi cuba berikan fokus kepada soft skills.

1. Terangkan secara telus berkenaan produk yang ditawarkan. Nyatakan pros & cons sekali. Jangan yang berbunga bunga sahaja.

2. Jangan terlalu 'hard sell' sehingga orang jemu dengan tekanan anda dan akhirnya kawan - kawan rapat pun tak mahu mengopi dengan anda secara santai.

3. Hargai pelanggan yang ada. Agen saya sekarang ini akan menghantar personalised kad raya setiap tahun without fail. Setiap kali tarikh harijadi tiba, paling kurang pun pasti akan dapat SMS. Setiap tahun, dia akan membuat rancangan untuk berjumpa secara berdepan (face to face) di rumah. Small things matter.

Jangan memburukkan pihak lain tapi gilap kemampuan diri untuk bersinar seperti mutiara.

Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Presiden dan Pengasas
Medical Mythbusters Malaysia
#drafh
#medicalcard
#takaful
#medicalmythbustersmalaysia

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...