Tuesday, March 28, 2017

PELAN PENGGANTI GAJI?

Income replacement atau Pengganti Gaji. Kenapa kita perlukan pelan pengganti gaji?

Pernahkah kita terfikirkan tentang DANA KECEMASAN? Kecemasan macam mana yang kita maksudkan? Dan berapa yang kita peruntukkan daripada gaji kita setiap bulan untuk dana kecemasan?

Berapa pula yang sudah sedia terkumpul?

Pernahkah kita terfikirkan 3 situasi yang tidak terjangka oleh kita, iaitu:

          1. Kematian?
Apakah backup yang telah kita sediakan pada hari ini buat keluarga, anak isteri kita andai semalam adalah hari terakhir buat kita? Telah langsaikah segala hutang-hutang kita?
Bagaimana dengan nafkah mereka? Menurut ajaran Islam, kita wajib meninggalkan sekurang-kurangnya tempoh setahun pendapatan kita untuk nafkah anak isteri. 

2. Jatuh sakit sehingga tak mampu untuk bekerja?
Andaikata hari ini kita sakit strok tak mampu untuk bekerja lagi, bagaimana anak isteri kita boleh survive meneruskan kehidupan mereka? 

Adakah majikan akan tetap membayar gaji kita walaupun kita sudah sakit?

3.  Kemalangan sehingga berlaku kecacatan?
Malang tidak berbau. Siapa akan sangka semalam kita sihat walafiat, tapi hari ini patah kedua-dua belah kaki akibat jatuh dari motorsikal. Apa yang kita boleh harapkan jika perkara ini benar-benar berlaku kepada kita?

Bagaimana mengharungi hari-hari yang akan datang?

Mudahkah kita mendapat pendapatan lagi dalam keadaan seperti ini?

Kita tidak tahu apa akan jadi pada kita esok hari. Jadi, bersedialah.
Lindungi pendapatan kita. Ambil pelan pengganti gaji agar ia boleh menjadi penyelamat kita dan keluarga untuk perkara yang tidak pernah kita jangka kelak.

Pampasan Kematian

Saya mahu sentuh point no 1 iaitu 'kematian'.

Para suami, jika hari ini anda bergaji RM5,000/month, maka anda perlu sediakan pelan pengganti gaji sebanyak RM1 juta. Ambil perlindungan takaful untuk perlindungan kematian bernilai RM1 juta.

Kenapa?
Mari saya huraikan...

Pendapatan bulanan yang diperlukan ketika hidup: RM5,000
Pendapatan bulanan yang diperlukan oleh keluarga selepas ketiadaan anda: RM5,000.
(Amaun perlu sama untuk mengekalkan lifestyle keluarga anda sekarang)

Maka, setahun pendapatan adalah RM5,000 x 12bulan = RM60,000.

Jika berlaku kematian kepada suami, isteri boleh dapat duit pampasan sebanyak RM1 juta.
Dengan duit ini, isteri boleh laburkan ke dalam ASB atau Tabung Haji.

Katakan dividen ASB atau Tabung Haji setahun adalah 6%.
6% daripada RM1 juta adalah RM60,000.

Dengan adanya RM60,000 duit dividen ini, maka isteri masih boleh teruskan kehidupan seperti suami masih ada dengan perbelanjaan RM5,000 setiap bulan.
Jadi, tidak timbul masalah isteri perlu cari kerja atau cari pengganti suami bagi menampung kehidupan mereka selepas ketiadaan suami. Suami pun boleh tenang dari seksaan alam kubur.

Ini baru sentuh DANA KECEMASAN untuk situasi Kematian.
Bagaimana pula DANA KECEMASAN untuk situasi terlantar sakit atau hilang upaya?
Konsepnya hampir sama, cuma situasi saja yang berlainan (iaitu anda masih hidup tetapi tak mampu bekerja akibat hilang upaya atau sakit.)

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...