Friday, March 31, 2017

Jom Ulang Kaji mengenai Medical Card Hari Ini. Cara-Cara Nak Guna Medikel Kad Takaful


1st step, kau tengok commence date pada medkad korang. Kalau tak pasti part ni cuba call ejen untuk dapatkan kepastian. Sebab kalau usia medkad kau less than 120 days, ada spesifik illness yang belum cover lagi (ENT, sinus, tonsil, slip disc etc).
Selain pada tu, semua cover InsyaAllah. Aku ulang sekali lagi, kalau tak pasti boleh kontek kau punya ejen. Kemudian bila dah confirm medkad korang valid, next step;
1. Pegi mana mana hospital panel (atau download apps PruBSN Navigator bagi yang mempunyai smartphone). Kebiasaannya kalau kau nak terima rawatan pantas, terus ke Emergency. Ada kaunter untuk register dan jumpa dengan MO atau pakar.
2. MO akan cek dan verify samada kes/sakit ko quality atau tak untuk warded.
3. Kalau perlu warded, minta MO expeditekan report ke HQ (kebanyakan kes klien tunggu lama bukan sebab GL lambat, tapi boleh jadi sebab MO lambat prepare prelim report untuk difax ke HQ medkad).
4. Kalau terasa lambat, call ejen balik untuk bagitau GL belum keluar. Ejen boleh directly check dengan admission HQ (24hrs) dan semak status GL.
5. Sementara tunggu GL, klien semak juga dengan admission untuk secure single bedroom. Banyak kes ejen kena maki sebab klien tak dapat single bed, walhal benda macam ni di luar bidang kuasa/kawalan ejen ataupun Takaful. Hal bedding semua tertakluk pada availabilty hospital. Sebab tu klien yang ada sekitar KL aku sarankan terus ke Prince Court sebab sana semua single bedded.
6. Once GL ready, barulah nurse warded kan kau dengan steady. (Sesetengah hospital akan minta excess deposit dari rm300-500 bergantung pada hospital yang kau pergi.)
7. Masa nak discharge pulak, step 4 akan berulang. Jadi inform semula pada ejen so dia boleh closely update status final GL.
8. Pada yang subscribe pakej smartsaver300, akan ada caj RM300 masa discharge. Jadi jangan mengamuk kat ejen pulak kalau kena bayar sikit nanti. Selalunya dia akan offset dengan deposit. Boleh jadi deposit masa masuk tadi akan burn atau kena topup kalau tak cukup. Tapi kalau lebih hospital akan refund lah.
9. Balik rumah, tarik nafas, tenangkan diri dan sambung rehat macam biasa. Sambil tu kau roger lah ejen kau, khabarkan pada dia bila pulak kena pergi jumpa doktor untuk follow up (jika perlu). Jadi ejen boleh siap sedia untuk buat claim post-hospitalisation pula nanti.
Key point, kalau dah sakit dan nak ke hospital, call/sms/wassap lah ejen supaya ejen boleh advise dan guide korang untuk warded dengan smooth and steady.
Ejen tak respon? Tak pikap fon? Tak balas sms? Kalau 1-2 jam mohon bagi muka la sikit. Seeloknya jangan melenting dulu. Boleh jadi ejen tak sihat, atau ada kecemasan, anak bini sakit, tengah memerut dalam tandas, atau boleh jadi tengah tukar tayar kereta pancit kat tol juru.
Iyelah ejen ni pun manusia biasa macam kau orang jugak. Tapi kalau makan sehari lebih masih takde respon jugak, ikut suka kau orang lah nak buat apa rasa perlu. Kahkahkah.
In case ejen tak respon dan situasi pulak crucial, kontek je lah aku kat fb, atau kol, sms, wasap aku. InsyaAllah aku cuba assist setakat yang aku mampu.
Pesanan: Save post ni. Nak guna nanti takde lah terkial-kial nak scroll fb aku. ðŸ˜…

mbk
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...