Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Friday, March 10, 2017

Ambik Kesempatan Musibah Orang?


"Aku benci betul dengan ejen Takaful yang suka ambik kesempatan atas musibah orang lain. Asal keluar berita pasal orang lain kena musibah, terus jadi bahan promosi takaful dia. Aku pun buat takaful jugak. Tapi takde la marketing macam tu!" kata seorang ejen kononnya marah

Tahun lepas jual berapa polisi? Tanya saya balik
"Ada lah dalam 13 polisi. Lepas kuota"

Ejen Takaful yang kau marah dan kutuk dia sebab share berita orang kena musibah, close 100 polisi tahun lepas.

"So, apa maksud kau? Kira dia lebih hebat la?"

Bukan ukuran sapa hebat. Dia dapat jual 100 polisi bermakna dia akan dapat SELAMATKAN 100 orang. Manakala kau hanya dapat selamatkan 13 orang saja.
Masa Agency Awards nanti, dia akan dihargai dan diakui sumbangannya dengan sijil 100 Club, manakala kau cuma lepak kedai mamak, sembang kencang dan kutuk orang macam dia.

Kau kena sedar, ejen Takaful guna keratan berita bukan untuk ambil kesempatan. Tapi sebab ramai orang tak percaya musibah boleh menimpa mereka. Bab Takaful adalah benda terakhir mereka akan fikirkan, tapi akan jadi benda utama mereka cari bila ditimpa musibah!

Ramai yang sangka, ejen Takaful ni dok reka cerita. Kononnya musibah tu dibuat buat dan takkan menimpa kita. Tapi bila tunjuk keratan akhbar, baru tau hakikat sebenarnya.
Jadi, jangan cepat menuduh kalau kau pun usaha tak seberapa.

mbk
0192853910

No comments: