Wednesday, March 8, 2017

Pelan Ganti Gaji Suami

Saya tujukan artikel ini kepada mereka yang sudah berumah tangga. Terutamanya kepada pasangan yang mana isteri tidak berkerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa.

Nilai Gaji

Berapa nilai gaji seorang suami? Cuba anda senaraikan perbelanjaan bulanan anda sekeluarga. Sebagai contoh, kita ambil senario sebuah keluarga yang mempunyai dua orang cahaya mata dan gaji bersih suami ialah RM4,000. Berikut merupakan pecahan asas kepada perbelanjaan bulanan mereka:
  • Ansuran rumah: RM800
  • Ansuran kereta: RM500
  • Belanja dapur (RM150x4): RM600
  • Petrol & tol: RM400
  • Kiriman ke keluarga: RM100
  • Nafkah isteri: RM200
  • Belanja anak-anak (RM5 x 2orang x 20hari): RM200
  • Makan sarapan & tengah hari (RM10 x 20hari) : RM200
  • Servis kereta & insurans kereta: RM200
  • Bil eletrik, air, internet & telefon: RM300
  • Hobi & lain-lain: RM200
  • Simpanan/pelaburan: RM300
Inilah sebenarnya NILAI gaji seorang suami. Dengan RM4,000 sebulan, keluarga dapat tempat berteduh, duit belanja untuk anak-anak ke sekolah dan macam-macam lagi.

Kenapa Perlu Ada Pelan Pengganti Gaji?

Bayangkan...pada suatu hari, si suami pergi berkerja seperti biasa tapi tidak pulang walaupun dah lewat malam. Bila ditelefon, orang lain yang angkat. Rupa-rupanya si suami dah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Berapa duit yang ditinggalkan untuk isteri dan ahli keluarga? Simpanan RM300/bulan? Katakanlah sudah menyimpan selama 5tahun: RM300 x 5tahun x 12 bulan = RM18,000. Anda rasa lah kan, berapa lama duit tu mampu bertahan?
Sebenarnya wajib bagi suami meninggalkan nafkah untuk setahun. Kenapa? Surah Al-Baqarah ayat 240:
Al Baqarah 240
Terjemahannya: 
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Macam Mana Nak Buat?

Takaful. Itu cara paling mudah. Anda simpan sedikit di takaful dan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan lumpuh kekal keseluruhan (TPD), pampasan akan dibayar kepada anda atau waris anda. Jumlah pampasan adalah fleksibel. Terpulang kepada bajet dan keperluan anda.

Bila nak buat?

Anda tahu bila anda akan accident? Kalau tahu, boleh buat 2-3 hari sebelum accident. Tapi kalau tak tahu, anda perlu buat sekarang! Kalau anda sudah mempunyai ejen, hubungi ejen anda dalam masa terdekat. Kalau perlukan khidmat nasihat saya, anda boleh Call/SMS/Whatsapp saya sekarang di 019-2853910 
kredit: http://www.megathazwan.com/category/celik-takaful/

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...