Friday, March 31, 2017

Jom Ulang Kaji mengenai Medical Card Hari Ini. Cara-Cara Nak Guna Medikel Kad Takaful


1st step, kau tengok commence date pada medkad korang. Kalau tak pasti part ni cuba call ejen untuk dapatkan kepastian. Sebab kalau usia medkad kau less than 120 days, ada spesifik illness yang belum cover lagi (ENT, sinus, tonsil, slip disc etc).
Selain pada tu, semua cover InsyaAllah. Aku ulang sekali lagi, kalau tak pasti boleh kontek kau punya ejen. Kemudian bila dah confirm medkad korang valid, next step;
1. Pegi mana mana hospital panel (atau download apps PruBSN Navigator bagi yang mempunyai smartphone). Kebiasaannya kalau kau nak terima rawatan pantas, terus ke Emergency. Ada kaunter untuk register dan jumpa dengan MO atau pakar.
2. MO akan cek dan verify samada kes/sakit ko quality atau tak untuk warded.
3. Kalau perlu warded, minta MO expeditekan report ke HQ (kebanyakan kes klien tunggu lama bukan sebab GL lambat, tapi boleh jadi sebab MO lambat prepare prelim report untuk difax ke HQ medkad).
4. Kalau terasa lambat, call ejen balik untuk bagitau GL belum keluar. Ejen boleh directly check dengan admission HQ (24hrs) dan semak status GL.
5. Sementara tunggu GL, klien semak juga dengan admission untuk secure single bedroom. Banyak kes ejen kena maki sebab klien tak dapat single bed, walhal benda macam ni di luar bidang kuasa/kawalan ejen ataupun Takaful. Hal bedding semua tertakluk pada availabilty hospital. Sebab tu klien yang ada sekitar KL aku sarankan terus ke Prince Court sebab sana semua single bedded.
6. Once GL ready, barulah nurse warded kan kau dengan steady. (Sesetengah hospital akan minta excess deposit dari rm300-500 bergantung pada hospital yang kau pergi.)
7. Masa nak discharge pulak, step 4 akan berulang. Jadi inform semula pada ejen so dia boleh closely update status final GL.
8. Pada yang subscribe pakej smartsaver300, akan ada caj RM300 masa discharge. Jadi jangan mengamuk kat ejen pulak kalau kena bayar sikit nanti. Selalunya dia akan offset dengan deposit. Boleh jadi deposit masa masuk tadi akan burn atau kena topup kalau tak cukup. Tapi kalau lebih hospital akan refund lah.
9. Balik rumah, tarik nafas, tenangkan diri dan sambung rehat macam biasa. Sambil tu kau roger lah ejen kau, khabarkan pada dia bila pulak kena pergi jumpa doktor untuk follow up (jika perlu). Jadi ejen boleh siap sedia untuk buat claim post-hospitalisation pula nanti.
Key point, kalau dah sakit dan nak ke hospital, call/sms/wassap lah ejen supaya ejen boleh advise dan guide korang untuk warded dengan smooth and steady.
Ejen tak respon? Tak pikap fon? Tak balas sms? Kalau 1-2 jam mohon bagi muka la sikit. Seeloknya jangan melenting dulu. Boleh jadi ejen tak sihat, atau ada kecemasan, anak bini sakit, tengah memerut dalam tandas, atau boleh jadi tengah tukar tayar kereta pancit kat tol juru.
Iyelah ejen ni pun manusia biasa macam kau orang jugak. Tapi kalau makan sehari lebih masih takde respon jugak, ikut suka kau orang lah nak buat apa rasa perlu. Kahkahkah.
In case ejen tak respon dan situasi pulak crucial, kontek je lah aku kat fb, atau kol, sms, wasap aku. InsyaAllah aku cuba assist setakat yang aku mampu.
Pesanan: Save post ni. Nak guna nanti takde lah terkial-kial nak scroll fb aku. ðŸ˜…

mbk
0192853910

Tuesday, March 28, 2017

PELAN PENGGANTI GAJI?

Income replacement atau Pengganti Gaji. Kenapa kita perlukan pelan pengganti gaji?

Pernahkah kita terfikirkan tentang DANA KECEMASAN? Kecemasan macam mana yang kita maksudkan? Dan berapa yang kita peruntukkan daripada gaji kita setiap bulan untuk dana kecemasan?

Berapa pula yang sudah sedia terkumpul?

Pernahkah kita terfikirkan 3 situasi yang tidak terjangka oleh kita, iaitu:

          1. Kematian?
Apakah backup yang telah kita sediakan pada hari ini buat keluarga, anak isteri kita andai semalam adalah hari terakhir buat kita? Telah langsaikah segala hutang-hutang kita?
Bagaimana dengan nafkah mereka? Menurut ajaran Islam, kita wajib meninggalkan sekurang-kurangnya tempoh setahun pendapatan kita untuk nafkah anak isteri. 

2. Jatuh sakit sehingga tak mampu untuk bekerja?
Andaikata hari ini kita sakit strok tak mampu untuk bekerja lagi, bagaimana anak isteri kita boleh survive meneruskan kehidupan mereka? 

Adakah majikan akan tetap membayar gaji kita walaupun kita sudah sakit?

3.  Kemalangan sehingga berlaku kecacatan?
Malang tidak berbau. Siapa akan sangka semalam kita sihat walafiat, tapi hari ini patah kedua-dua belah kaki akibat jatuh dari motorsikal. Apa yang kita boleh harapkan jika perkara ini benar-benar berlaku kepada kita?

Bagaimana mengharungi hari-hari yang akan datang?

Mudahkah kita mendapat pendapatan lagi dalam keadaan seperti ini?

Kita tidak tahu apa akan jadi pada kita esok hari. Jadi, bersedialah.
Lindungi pendapatan kita. Ambil pelan pengganti gaji agar ia boleh menjadi penyelamat kita dan keluarga untuk perkara yang tidak pernah kita jangka kelak.

Pampasan Kematian

Saya mahu sentuh point no 1 iaitu 'kematian'.

Para suami, jika hari ini anda bergaji RM5,000/month, maka anda perlu sediakan pelan pengganti gaji sebanyak RM1 juta. Ambil perlindungan takaful untuk perlindungan kematian bernilai RM1 juta.

Kenapa?
Mari saya huraikan...

Pendapatan bulanan yang diperlukan ketika hidup: RM5,000
Pendapatan bulanan yang diperlukan oleh keluarga selepas ketiadaan anda: RM5,000.
(Amaun perlu sama untuk mengekalkan lifestyle keluarga anda sekarang)

Maka, setahun pendapatan adalah RM5,000 x 12bulan = RM60,000.

Jika berlaku kematian kepada suami, isteri boleh dapat duit pampasan sebanyak RM1 juta.
Dengan duit ini, isteri boleh laburkan ke dalam ASB atau Tabung Haji.

Katakan dividen ASB atau Tabung Haji setahun adalah 6%.
6% daripada RM1 juta adalah RM60,000.

Dengan adanya RM60,000 duit dividen ini, maka isteri masih boleh teruskan kehidupan seperti suami masih ada dengan perbelanjaan RM5,000 setiap bulan.
Jadi, tidak timbul masalah isteri perlu cari kerja atau cari pengganti suami bagi menampung kehidupan mereka selepas ketiadaan suami. Suami pun boleh tenang dari seksaan alam kubur.

Ini baru sentuh DANA KECEMASAN untuk situasi Kematian.
Bagaimana pula DANA KECEMASAN untuk situasi terlantar sakit atau hilang upaya?
Konsepnya hampir sama, cuma situasi saja yang berlainan (iaitu anda masih hidup tetapi tak mampu bekerja akibat hilang upaya atau sakit.)

Friday, March 17, 2017

Pampasan Takaful RM500k

Ramai anak muda sekarang memiliki pampasan takaful yang bernilai ratusan @ juta ringgit kepada isterinya untuk
/ Membayar hutang.
Namun dengan pampasan RM500k ini, bolehkah isteri berpaling tidak melunaskan hutang?.
----
Yang berat itu amanah.
Apabila sudah memiliki banyak harta, manusia ini akan diberikan ujian yang pelbagai
/ Semakin bersyukur
/ Atau semakin kufur
Kita mengharapkan segala apa yang direzekikan, diberikan, dikurniakan nikmat ini menjadi "barokah" seluruh kehidupan kita.
----
Pernah berkongsi sahabat saya berkaitan isu tawakal dan takaful.
Takaful adalah salah satu medium yang mana para pencarum saling bantu-membantu bagi mereka yang ditimpa musibah.
Ramai yang salah anggap apabila mengambil takaful, ibarat tidak bertawakal.
/ Tidak yakin dengan bantuan Pencipta
/ Takaful menjadikan seseorang minta pertolangan selain dari Allah apabila terjadi musibah.
----
Begitu juga dengan pampasan yang bernilai ribuan @ jutaan ringgit diterima isteri, apakah kita sudah melakukan sesuatu sebagai medium tawakal juga?.

Kredit: Mohamad Akmal mohamad FB

mbk
0192853910

Thursday, March 16, 2017

REZEKI KURMA BUSUK

Jika tiba-tiba rasa 'down' sekejap dengan bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya.

Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk surga akhir sekali kerana terlalu kaya.
Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi  dengan harga kurma bagus.

Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah..kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf.

Sahabat gembira.
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira.
Semua happy!

Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab...
jatuh miskin!

MasyaAllah..hebat kan?
Cuba kalau kita?
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah.

Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu.
Ye lah, sebab sudah miskin.

Namun.. Subhanallah..perancangan Allah itu memang paling terbaik.
Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk.

Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!

Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa.

Allahuakbar..

Jadi..yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk?

ALLAH swt lah yang Memberi Rezeki.

Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak.

Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat dan bulat...

We plan,
but Allah has also planned everything for us.
If something goes wrong, it went wrong for a good reason.

Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya..❤

Friday, March 10, 2017

Ambik Kesempatan Musibah Orang?


"Aku benci betul dengan ejen Takaful yang suka ambik kesempatan atas musibah orang lain. Asal keluar berita pasal orang lain kena musibah, terus jadi bahan promosi takaful dia. Aku pun buat takaful jugak. Tapi takde la marketing macam tu!" kata seorang ejen kononnya marah

Tahun lepas jual berapa polisi? Tanya saya balik
"Ada lah dalam 13 polisi. Lepas kuota"

Ejen Takaful yang kau marah dan kutuk dia sebab share berita orang kena musibah, close 100 polisi tahun lepas.

"So, apa maksud kau? Kira dia lebih hebat la?"

Bukan ukuran sapa hebat. Dia dapat jual 100 polisi bermakna dia akan dapat SELAMATKAN 100 orang. Manakala kau hanya dapat selamatkan 13 orang saja.
Masa Agency Awards nanti, dia akan dihargai dan diakui sumbangannya dengan sijil 100 Club, manakala kau cuma lepak kedai mamak, sembang kencang dan kutuk orang macam dia.

Kau kena sedar, ejen Takaful guna keratan berita bukan untuk ambil kesempatan. Tapi sebab ramai orang tak percaya musibah boleh menimpa mereka. Bab Takaful adalah benda terakhir mereka akan fikirkan, tapi akan jadi benda utama mereka cari bila ditimpa musibah!

Ramai yang sangka, ejen Takaful ni dok reka cerita. Kononnya musibah tu dibuat buat dan takkan menimpa kita. Tapi bila tunjuk keratan akhbar, baru tau hakikat sebenarnya.
Jadi, jangan cepat menuduh kalau kau pun usaha tak seberapa.

mbk
0192853910

Wednesday, March 8, 2017

Pelan Ganti Gaji Suami

Saya tujukan artikel ini kepada mereka yang sudah berumah tangga. Terutamanya kepada pasangan yang mana isteri tidak berkerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa.

Nilai Gaji

Berapa nilai gaji seorang suami? Cuba anda senaraikan perbelanjaan bulanan anda sekeluarga. Sebagai contoh, kita ambil senario sebuah keluarga yang mempunyai dua orang cahaya mata dan gaji bersih suami ialah RM4,000. Berikut merupakan pecahan asas kepada perbelanjaan bulanan mereka:
  • Ansuran rumah: RM800
  • Ansuran kereta: RM500
  • Belanja dapur (RM150x4): RM600
  • Petrol & tol: RM400
  • Kiriman ke keluarga: RM100
  • Nafkah isteri: RM200
  • Belanja anak-anak (RM5 x 2orang x 20hari): RM200
  • Makan sarapan & tengah hari (RM10 x 20hari) : RM200
  • Servis kereta & insurans kereta: RM200
  • Bil eletrik, air, internet & telefon: RM300
  • Hobi & lain-lain: RM200
  • Simpanan/pelaburan: RM300
Inilah sebenarnya NILAI gaji seorang suami. Dengan RM4,000 sebulan, keluarga dapat tempat berteduh, duit belanja untuk anak-anak ke sekolah dan macam-macam lagi.

Kenapa Perlu Ada Pelan Pengganti Gaji?

Bayangkan...pada suatu hari, si suami pergi berkerja seperti biasa tapi tidak pulang walaupun dah lewat malam. Bila ditelefon, orang lain yang angkat. Rupa-rupanya si suami dah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Berapa duit yang ditinggalkan untuk isteri dan ahli keluarga? Simpanan RM300/bulan? Katakanlah sudah menyimpan selama 5tahun: RM300 x 5tahun x 12 bulan = RM18,000. Anda rasa lah kan, berapa lama duit tu mampu bertahan?
Sebenarnya wajib bagi suami meninggalkan nafkah untuk setahun. Kenapa? Surah Al-Baqarah ayat 240:
Al Baqarah 240
Terjemahannya: 
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Macam Mana Nak Buat?

Takaful. Itu cara paling mudah. Anda simpan sedikit di takaful dan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan lumpuh kekal keseluruhan (TPD), pampasan akan dibayar kepada anda atau waris anda. Jumlah pampasan adalah fleksibel. Terpulang kepada bajet dan keperluan anda.

Bila nak buat?

Anda tahu bila anda akan accident? Kalau tahu, boleh buat 2-3 hari sebelum accident. Tapi kalau tak tahu, anda perlu buat sekarang! Kalau anda sudah mempunyai ejen, hubungi ejen anda dalam masa terdekat. Kalau perlukan khidmat nasihat saya, anda boleh Call/SMS/Whatsapp saya sekarang di 019-2853910 
kredit: http://www.megathazwan.com/category/celik-takaful/

Friday, March 3, 2017

Gambar sekadar hiasan
"Saya tak percaya ini semua penipu ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ .. 10 polisi husband saya ambil.. membazir je.. setiap bulan bila dia nak bayar insurans saya bebelkan dia.. dia buat tak endah..

Tapi setahun lepas husband saya meninggal.. saya terkejut lebih RM1 juta dia tinggalkan untuk saya.. Agent tu cakap ni lah nilai polisi yang husband ambik..

Start dari situ saya suruh semua suami kawan-kawan pakat-pakat ambil insurans.. paksa isteri-isteri belikan untuk suami mereka.. biar suami tak izin, ambilkan je.. biar isteri bayar.. anak-anak yang dah bekerja ambik untuk bapa mereka.. berapa hutang yang ada.. ambil insurans utk backup semua hutang-hutang.. supaya bila suami atau bapa meninggal hutang-hutang boleh disettlekan"...

Kata salah seorang customer cina ni pada seorang agent..
============================================
Inilah lumrah.. Bukan senang nak bagi org percaya.. kena salah seorang ditimpa bencana baru lah ada org lain buka mata..

Ambik plan medical ?? Nak kena sakit dulu baru org tahu berbaloi ke tak ..

Ambik plan pampasan kematian ?? Nak kena tunggu mati dulu.. tu pun bukan kita dapat.. yang dapat anak bini...

Mencabar kan .. mencabar utk meyakinkan org.. ada yang hilang kesabaran.. ada yang dah tewas terus tenggelam.. tapi yang kental masih teruskan perjuangan..


credit to Shahrudin Penang

"Cover Satu Family".


Saya mendapat panggilan dari kawan Facebook saya bertanya ada ke tidak pelan takaful yang boleh cover satu family? Ikuti perbualan saya dengan kawan saya tersebut. Saya namakan rakan saya ini sebagai Fauzi ( Bukan nama sebenar )
Fauzi: Din, ada tak pelan takaful Prudential BSN Takaful yang cover satu family?
Saya: Takde la Tuan, 1 Medical Card PruBsn Takaful hanya cover untuk seorang.
Fauzi: Kenapa tak boleh cover satu family ya Din?
Sambil tersenyum saya menjawab

Saya: Tuan ada berapa buah kereta sekarang ni?
Fauzi: Sekarang ni saya ada 3 buah kereta
Saya: Ok, Sekarang saya nak tanya Tuan, boleh ke tak 3 buah kereta Tuan ni guna 1 insurans dan 1 road tax?
Fauzi: Mana boleh Din, sebab model berbeza, tahun berbeza dan cc berbeza.
Saya: Begitulah juga ibaratnya Medical Card PruBsn Takaful ni, Setiap ahli keluarga berbeza umurnya, berbeza jantinanya, berbeza status pekerjaanya dan tahap kesihatannya pun berbeza. Sebab tu setiap ahli keluarga kena ada medical card sorang satu.
Fauzi: Ye la Din, sekarang saya faham...
Alhamdulillah setelah sahabat saya itu faham dengan penerangan saya beliau terus sign up untuk dirinya sendiri, isteri dan 3 orang anaknya. Saya berasa seronok kerana telah membantu 5 orang mengurus dan melindungi mereka sekeluarga,
Saya mementingkan kefahaman dikalangan prospek sebelum mereka bertukar daripada prospek kepada klien.
"Waktu Anda Sakit Kami Buat Anda Lega, Waktu Anda Sihat Kami Buat Anda Gembira"
PruBSN Takaful, tidak menawarkan plan medical untuk keluarga 1 PLAN untuk 1 KELUARGA. Sebaliknya satu PLAN untuk SETIAP INDIVIDU cuma ianya boleh dilinkkan dengan meletakkan benefit parent contributor, join contributor atau spouse contributor.

mbk
Takaful ejen
0192853910

Kenapa Orang Yang Berharta/Mampu/Kaya pun Perlukan HIBAH TAKAFUL ?


Hibah Takaful ni banyak kompeni takaful yang ada. Rajin kan bertanya kawan - kawan mana yang buat juga.
Tempoh kecairan asset paling cepat dan boleh terus kepada penerima yang di namakan. Wang Tunai itu boleh terus ke penerima yang di namakan.
Duit banyak. Berjuta dalam bank akaun. Kaya. Mampu menyara sehingga 2 keturunan.
Tapi hayat kita di dunia ini tak tahu bila akhirnya. Boleh jadi bila - bila berakhir.
Dan duit yang kita ada tadi perlu melalui proses yang panjang dan lama. Ambil surat kuasa, perbincangan muafakat, kalau tak setuju nanti seorang bantah, dah perlu buat semula semua nya bila akhirnya tak dapat kata muafakat.
Kau ingat senang nak kumpul semua orang dan bersetuju dengan muafakat ? Masa masih ada hayat nya, semua nampak mudah.
Boleh fikir ya Tuan - Tuan dan Puan - Puan yang ada harta yang banyak sekalian. Yang sikit pun perlu fikir juga ya.

Moga terbuka hati kalian nak dengar sharing dari kita 

mbk
0192853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...