Wednesday, October 5, 2016

Hibah dalam Takaful bantu urus harta lebih cepat

Salam,

Menurut suratkhabar tempatan, sebanyak RM 60 billion aset harta pusaka tidak dituntut (Harian Metro, 31 Jan 2016). Di mana silapnya?

Dah banyak artikel yang saya tulis atau yang bergambar berkenaan dengan Hibah. Kalau lihat di media sosial pun, dah banyak Takaful ejen dan ejen bahagian pusaka mempromosikan Hibah sebagai satu pembahagian harta pusaka yang adil dan saksama. Kenapa tak menitik beratkan mengenai faraid? Adakah sistem Faraid ini memberi bebanan pada pewaris yang lain. Tidak adilkah sistem Faraid ini? 

Orang Melayu nie, memang sensitif jika menceritakan bab pembahagian harta pusaka. Tapi, sayangnya. Bab pembahagian harta pusaka yang secara adil, tak pula sensitif.  Adakah faraid dilihat tidak adil kerana hak kepada kaum lelaki lebih banyakkah? Di situ ker letak nya ketidakadilan? Kenapa diletakkan penbahagian banyak pada lelaki? Tanggungjawab lelaki bukan pada keluarganya semata-mata, bahkan tanggungjawabnya kepada seluruh keluarganya yang lain. Jika si Abang meninggal dunia, tanggungjawab si adik untuk mejaga keperluan makan minum keluarga si Abangnya. Sudah menjadi tanggungjawab saudara lelaki untuk menanggung keperluan makan minum keluarga yang baru kematian ketua keluarga itu tadi. Sebab itu pembahagian harta banyak kepada pihak lelaki. Hakikatnya, begitukah ia diamalkan?


Sebenarnya, kalau dilihat dengan teliti, Faraid adalah pembahagian harta yang cukup adil. Disebabkan nafsu harta yang cukup tinggi, perebutan harta yang tiada kesudahan dan ada yang sampai 50 tahun  masalah nie baru selesai. Sebab itu Hibah di ketengahkan.

Sebab-sebab harta pusaka bertukar menjadi harta puaka

1. Tidak faham konsep pemilikan harta dalam islam

2. Pewaris tidak faham hukum faraid

3. Pewaris salah faham konsep wasiat

4. Pewaris membuat HIBAH yang tidak cukup syarat

5. Pentadbir pusaka tidak amanah, tidak berkeupayaan dan lembap

6. Waris tidak bekerjasama

7. Wasi tidak amanah dan tidak tahu hukum.

8. Siapa yang jaga orang sakit cth Ayah, (banyak duit) akan dapat harta pusaka itu

Kenapa perlu HIBAH TAKAFUL? Apa itu HIBAH TAKAFUL?


Pemberian semasa hidup ini dikenali sebagai 'hibah’ ataupun bermaksud ‘hadiah’. Dalam hukum Islam jumlah harta seseorang yang dapat dihibahkan itu tidak terhad.

Hal ini berbeza dengan pemberian seseorang melalui wasiat yang terbatas pada satu pertiga daripada harta peninggalan dan tidak boleh mewasiatkan harta kepada seseorang waris kecuali dengan persetujuan semua waris yang lain.

Hibah merupakan salah satu langkah yang sesuai digunakan dalam pembahagian harta di kalangan umat Islam iaitu di antara waris dan sesama ahli keluarga.

Hibah telah diguna pakai sebagai konsep tambahan kepada produk-produk takaful yang diamalkan oleh kebanyakan pengendali takaful.

Misalnya melalui produk pelan pendidikan, ibu atau bapa sebagai pembayar caruman (pemberi hibah) dan anaknya merupakan orang yang dilindungi (penerima hibah). Hibah seperti ini diharuskan kerana semua rukun dan syarat dapat dipatuhi.

Selain itu, ada pengendali takaful yang memberikan manfaat dalam bentuk hibah kepada peserta sebagai ganjaran atas kejayaan peperiksaan tertentu yang dicapai oleh peserta.

Hibah jenis ini juga jelas dan adalah tidak bercanggah.

Terdapat juga pelaksanaan hibah menerusi manfaat takaful iaitu waris akan menerima manfaat jika peserta mengalami musibah hingga menyebabkan kematian. Andai kata peserta meninggal dunia, jumlah perlindungan akan dihibahkan kepada waris beliau.

Sebagai contoh, sekiranya seorang suami ingin menghibahkan keseluruhan manfaat takaful kepada isterinya, maka isterinya itu akan mendapat keseluruhan jumlah perlindungan tersebut.

Hal ini kerana penamaan hibah atau pemberian tersebut telah ditentukan ketika peserta masih hidup. Bagi si isteri pula dia menerima manfaat takaful berasaskan konsep hibah bersyarat di mana manfaat tersebut akan diberikan secara terus dan dipindah milik kepadanya setelah suami meninggal dunia dan tidak menjadi sebahagian harta pusaka peserta.

Sebaliknya jika suami yang merupakan peserta melantik isteri sebagai wasi (pemegang amanah), maka tanggungjawab isteri untuk membahagikan wang daripada jumlah perlindungan kepada waris secara faraid.
Bagaimana pula pengagihan harta kepada mereka yang memerlukan tetapi tidak berhak mendapat harta secara faraid ataupun menerusi wasiat?

Sebagai contoh, pemberian harta kepada anak angkat. Pengagihan harta boleh dilakukan melalui pemberian hibah dan mereka akan turut mendapat manfaat daripadanya.

Hibah dapat melancarkan pembahagian harta, merapatkan ikatan persaudaraan dan pertalian kasih sayang dalam masyarakat hari ini.

Sikap saling membantu dan berkasih sayang akan terus terjalin dalam sesebuah keluarga dengan penuh kerukunan walaupun setelah ketiadaan salah seorang ahli keluarga,  terutamanya ketua keluarga yang bertanggungjawab menanggung segala keperluan keluarganya.




Tujuan Hibah dan Wasi ialah supaya syarikat Pengendali Takaful dapat membayar wang pampasan kepada waris yang telah dinamakan, sekiranya berlaku musibah sebagai contoh kematian kepada pemilik sijil takaful (policy owner).
Namun kaedah pembahagian wang bayaran pampasan tersebut kepada waris yang berhak menerimanya, adalah berbeza di antara penerima Hibah berbanding penerima sebagai Wasi. Banyak berlaku salah faham dikalangan masyarakat kita yang beranggapan bahawa penama (Wasi) di dalam sijil takaful adalah penerima mutlak kepada wang bayaran pampasan tersebut. Sebenarnya tidak.

mbk
perunding takaful
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...