Katakanlah Pampasan Takaful yang kita dapat RM 200,000.
+ Boleh diambil untuk urusan jenazah. Contohnya RM 850 maka baki RM 199,150.
+ Tetapi di sini agak mustahil pampasan di atas dapat digunakan untuk urusan jenazah kerana masa yang singkat.
+ Di sinilah keperluan khairat kematian yang dianjurkan pihak masjid / surau dalam perancangan kewangan kita.
+ Mungkin benar kita sudah ada simpanan dan pelaburan yang banyak, caruman takaful yang berbaloi tetapi lupa perancangan khairat kematian yang efektif.
+ Andai si mati tiada khairat kematian, tiada "cash" disimpan, bolehlah si waris menggunakan duitnya dahulu sebagai hutang.
+ Nanti apabila sudah dapat pencairan harta arwah atau pampasan takaful, boleh diganti balik.
+ Baki RM 199,850 yang ada tadi ditolak segala hutang seperti badal haji, fidyah, kafarah, nazar dll.
+ Jika ada hutang di bank seperti pinjaman peribadi, bayarkan terlebih dahulu.
+ Kemudian ditolak untuk amal solehnya selepas kematian apabila si mati meninggalkan wasiat. "Kebiasaan" tidak melebihi 1/3 harta.
+ Katakan baki ditolak hutang nazar dan bank ialah RM 150,000 maka 1/3 ialah RM 50,000. Ada pandangan, wasiat ni kurang 1/3 lebih baik. Contoh 1/6.
+ Baki barulah diberi kepada waris qadim
Terima kasih tuan FB Mohamad Akmal Mohamad diatas status ini. ilmu yang bermanfaat buat semua.
mbk
0192853910
No comments:
Post a Comment