Friday, October 14, 2016

SOALAN : POLISI / SIJIL TAKAFUL SUDAH MATI (LAPSE), APA BOLEH BUAT?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Insurans / takaful, jujurlah tanya pada diri sendiri – ianya penting, atau sangat penting? Kalau jawapannya bukan dua-dua opsyen yang saya beri, sudah pasti jawapannya tidak penting.

Agak pelik, pada awalnya pelanggan-pelanggan setuju untuk mempunyai pelan takaful sendiri. Selepas beberapa ketika, mereka tidak mahukannya. Pelbagai alasan diberi, tak penting dan tak pernah buat tuntutan. Rasa rugi dan macam-macam lagi.

Baru-baru ini, ada seorang pelanggan. Setelah beberapa lama senyap, dan caruman tidak dibuat. Polisi itu telah lapsed atau senang difahami, telah luput dan tidak berguna lagi. Cuma, pelanggan ini selepas polisi lapsed, beliau mahukan semula polisi yang sama dengan harga yang sama.

Boleh ke?

Jawapannya boleh!

Apa pilihan yang ada?

Pilihan A: Setiap polisi yang lapsed pada bulan berikutnya, kalau mahukan polisi itu hidup semula dengan cepat tanpa tempoh menunggu (bagi kad perubatan) – perlulah membayar polisi itu pada 1hb – 7hb.

Pilihan B: Jika bayaran polisi dibuat antara 8hb-27hb, polisi anda akan hidup akan tetapi polisi anda kena jalani tempoh menunggu selama 30 hari.

Pilihan C: Jika bayaran dibuat pada 28hb hingga bulan ke 6, anda perlulah memohon proses revival (proses menghidupkan semula takaful anda). Tempoh menunggu selama 30 hari. Anda hanya perlu membayar sebulan payment untuk menghidupkan semula , selepas polisi inforce semula, disarankan untuk buat bayaran 4@5 bulan untuk mengelakkan dari polisi kembali lapsed.  

Pilihan D: Jika bayaran dibuat semasa bulan ke 7 hingga bulan ke 11, anda perlulah memohan proses revival (proses menghidupkan semula takaful anda) dan mengisi personal statement (set soalan tentang kesihatan anda), kemungkinan memerlukan "medical examination" (subject to underwriter) dan polisi anda perlu menjalani tempoh menunggu selama 30 hari.

Pilhan E: Jika selepas 12 bulan polisi lapsed atau lebih, anda tak perlu buat apa-apa dan tak perlu peningkan kepala. Hanya kena apply polisi baru.

kredit: December 2, 2015-by Adib Yazid

mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...