Sejak 3-4 hari kebelakangan ni, ramai klien klien saya mendapat surat amaran dari Takaful.
Kurang lebih 10 orang kalau saya tak silap. Juga setiap bulan sebelum ini pun ada antara mereka yang menerima surat sebegitu.
Majoriti yang dapat surat amaran ni adalah mereka yang buat cash payment. Dalam erti kata lain, setiap bulan mereka transfer duit pada saya secara manual, dan saya bayarkan ke Takaful. Sebahagian kecil yang menerima surat amaran ini pula terdiri dari mereka yang menukar kredit kad, menukar debit kad, dan mengeluarkan semua duit di dalam akaun sehingga tidak ada daya Takaful memotongnya secara default.
Kali ini, saya akan jelaskan tentang hal kumpulan majoriti, dan jawapan saya ini akan turut reflect pada kumpulan minoriti.
1) Kenapa surat amaran bagi warning tunggakan 2 bulan?
Setiap bulan, due date payment jatuh pada 1hb. Sekiranya sistem tidak menerima payment selepas 1hb, secara automatik payment berkenaan dikira overdue.
Setiap bulan, saya menguruskan kurang lebih rm10,000-rm12,000 pembayaran manual. Kadar pembayaran manual ini tarikhnya tidak konsisten bergantung pada tarikh duit diberikan kepada saya.
Kalau duit diberi pada bulan yang sama, maka pembayaran juga pada bulan yang sama. Namun kalau duit spill over ke bulan depan, cthnya payment July tapi duit masuk pada 2hb August maka pembayarannya akan jatuh pada 2-3 Aug.
Haaa, di sini yang akan jadi problem.
Sistem akan capture 2 bulan pending, July dan August maka surat amaran akan dikirim kepada pemegang polisi...dan, jeng jeng jeng!
"Ehh duit aku bagi kat kau setiap bulan kan? ni kenapa dapat surat?"
Syukur klien klien masih tak cakap macam ni dekat saya, sebab bila mereka tanya saya akan terangkan balik satu persatu. (Dalam hati tu tak tahu lah..kahkahkah).
Disebabkan semakin ramai dapat surat amaran ni, eloklah kiranya saya terangkan di sini, sekurangnya memberi manfaat kepada klien klien lain dan ejen ejen lain juga.
2) Macam mana nak elakkan surat surat ni?
Jawapannya mudah. Tukar mode payment kepada auto, atau transfer kepada ejen ejen kau orang payment setiap minggu ke-3, supaya ada ample time untuk ejen ejen proses payment.
Tips lain kalau kau orang ragu ragu:
- minta ejen generate penyata contribution summary
- atau sekurangnya, proof of payment
Macam saya beritahu tadi, setiap bulan saya uruskan pembayaan manual mencecah belasan ribu ringgit.
Doakanlah saya terus istiqomah dan tak gelap mata dengan duit hangpa yang banyak tu.
Cc: fdaus ahmad
No comments:
Post a Comment