Tuesday, August 25, 2015

Infor tentang Insurans oleh Sifu Azizi Ali


Saya mempunyai beberapa polisi insurans hayat. Salah satu daripadanya sudah berusia 19 tahun, dan inilah tahun terakhir kerana tempoh polisi tersebut ialah 20 tahun. Untuk pengetahuan bersama, saya membayar RM1,622 setahun, yang bermakna saya telah membayar RM30,818 kepada syarikat insurans yang berkenaan.

Polisi tersebut adalah polisi Term (bertempoh). (Seperti yang boleh anda lihat, saya buat apa yang saya tulis dalam buku2 saya.) Dan oleh kerana polisi tersebut adalah Term, ini bermakna saya tidak akan mendapat apa-apa pulangan wang setelah tempohnya berakhir tahun depan.
Sudah tentu ada individu yang akan berkata saya rugi kerana bayar lebih RM30,000 dan tak dapat apa-apa wang balik.


Itu pandangan mereka – bukan pandangan saya.
Sebenarnya saya tak rugi sesen pun walaupun tidak mendapat apa-apa pulangan wang.


Mengapa?

1. Tujuan saya membeli polisi tersebut (dan juga polisi insurans dan takaful lain) BUKAN UNTUK BUAT DUIT tetapi untuk MELINDUNGI SAYA DAN WARIS SEKIRANYA MALAPETAKA BERLAKU. Strategi saya di sini senang: Saya buat duit dengan melabur dan berniaga; Saya beli insurans (dan takaful) untuk melindungi against malapetaka. Dan alhamdulillah, tidak ada apa-apa malapetaka berlaku.
2. Syarikat insurans tidak makan duit buta; mereka melakukan sesuatu yang penting – mereka telah melindungi saya dalam tempoh 19 tahun itu. Jika malapetaka berlaku, mereka akan memberikan wangnya kepada waris saya.
3. Jika ada tuntutan yang dibuat, ianya bermakna ada sesuatu insiden negatif telah berlaku – you know, negative like I’m dead! Jadi saya amat gembira tidak ada tuntutan berlaku kerana ia bermakna saya sihat walafiat!

Oleh sifu ‪#‎Azizi‬ Ali, Mentor wang..

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...