Monday, January 13, 2014

Kangkung

Memula tue pelik jugak, apsal ramai yang post kat FB n forum pasal kangkung. rupa-rupanya ader citer yang tersembunyi.
Kangkung Jadi Trending! SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut. Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan. Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini. "Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya. Semalam Najib dipetik sebagai berkata: "...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun. "Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya. Sumber: Sinar Harian
Hmmm entahlah. Susah nak cakap. Isu politik kalau citer.. sampai kiamat tak abis.  Kalau ader isu, kena ader pandai gayanya nak tackle n settle. Rakyat yang sekarang celik teknologi nie, agak sukar untuk di momok dengan omong n janji manis dibibir. Mereka dah tahu menilai. Budak kecik pun tahu n boleh nampak. Susah nak jadi pemimpin nie. Baik pihak kerajaan atau pembangkang. Pemimpin job description dier lebih pada servicing. Kalau service tak bagus, yang terpalit parti tue jugak. Biler dipikir2 balik nie, apa yang berlaku nie ader kaitan jugak dengan kerja aku sebagai agent.

Cam ner pulak tue.....

Yalah.. kalu sorang agent tue buat taik, satu company kena taik jugak. Susahlah orang nak caya. Nak selesai kes, terminate agent yg buat pasal tue. Habis citer. Habis dengan dier jer. Dengan client kat luar, tak habis citer. Kerana nila, rosak susu sebelanga. Tak pasal2 aku kena.

Ari nie dapat message dari customer receipt payment tak dapat lagi bulan December 2013, aku siap pi branch lagi. Cari surat satu-satu pasal nak cari receipt tue. Nasib baik ader. So.. nanti aku nak pos express kat client. huhuhuhu.. receipt pun penting jugak. Nak ambik hati atau jaga hati client nie penting. Kerna receipt boleh jer dier nak cari agent lain. Dah terbak dalam industri service nie, kenalah service bebaik dengan client.

aku tak jual produk, aku just jual servicing aku jer....

1 comment:

Cik Misstree said...

As-Salam;

Alahai PM Malaysia, apalah nak dikisahkan dgn sayur kangkung. Saya yg tak mengkhususkan ilmu bertani di universiti tahu macam mana tabii tanaman kangkung. Sayur kangkung jika dibeli di pasar yg masih ada akarnya jika dicampak di tanah hiduplah dia secara melata. Insya-Allah, tak perlu lg membeli sayur kangkung di pasar. Teori ekonomi menjelaskan, apb permintaan kangkung lebih rendah dr penawaran kangkung, maka harga sayur kangkung di pasar turun. Apalah yg nak dipuji pd BN berkenaan sayur kangkung ini, sayur tak terpandang, lainlah kalau sayur asparagus.

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...