Nie aku petik dari status FB kawan aku
Selain mengadap dan menyelak helaian kitab, antara rutin lain yang aku buat adalah dengan cuba menghubungi insan insan terpilih untuk diajak duduk semeja dan memberi pencerahan tentang takaful.
Sepanjang tempoh aku mendalami karier sebagai pendakwah takaful, dah bermacam penerimaan dan penolakan yang aku dapat. Ada yang dah set appointment, tunggu ber jam dan kemudian tak muncul muncul. Ada juga yang jenis dah janji nak jumpa, kemudian bila call/sms tak angkat dan terus masuk ke voice mail dan macam macam lagi.
Dan ada juga yang dah janji nak ambil terus senyap tak jawab bila dihubungi semula. Namun aku rasa yang agak rare bilamana aku call, set appointment, beri pencerahan dan kemudian di akhir sesi;
“Pada saya plan takaful awak ni memang bagus dan relevan. Cumanya saya rasa nak balik dan fikirkan dulu dan bila saya dapat hidayah untuk ambil nanti kita jumpa balik. Amacam?”
Maka jawab aku,
“Ya, ya. Saya harap hidayah tu akan datang dahulu sebelum musibah.”
*************************
Jelasnya di sini, bukanlah aku mendoakan sesorang itu untuk ditimpa musibah atau kebinasaan, tidak. Tapi yang ingin aku nyatakan, kadang kadang sikap segelintir kita ni hanya memikirkan sesuatu yang baik baik sahaja seperti hidayah yang akan datang kelak, kekayaan yang akan tiba esok, kesenangan yang akan sampai di kemudian hari.
Ya, mungkin kita sudah sediakan tudung yang labuh atau jubah yang cantik untuk hidayah itu datang. Atau mungkin juga kita sudah mereka reka impian dan keinginan saat kesenangan dan kekayaan itu tiba kelak.
Hakikatnya mungkin kita tidak sedar atau lupa, di sebalik hidayah, kekayaan dan kesenangan terdapat kemungkinan yang akan tiba pada esok, lusa, kelak atau hari yang mendatang tu adalah kesakitan, musibah, kematian, kehancuran.
Jadi apakah yang sudah disiapkan? Harta berjuta untuk waris kita? Guni guni berisi wang untuk kos perubatan kita?
*************************
Dan aku harap diakhirnya bukan lah dengan situasi sebegini;
“Hello bro, plan medikel kad yang kau pernah suggest kat aku dulu tu, relevan lagi ke kalau aku nak apply? Actually minggu lepas aku pergi buat check up dan dokter diagnos aku ada heart failure, bulan depan nak kena buat bypass tapi depa mintak Rm50k untuk total cost. Plis bro, aku harap boleh jumpa kau dalam masa terdekat”
Maka jawab aku,
“Oh, kalau macam tu ceritanya nampak gaya kita jumpa time aku melawat kau kat hospital je lah bro. Amacam?”
Jadi sekarang kau rasa hidayah ke musibah yang sampai dulu? Kau faham ke tak ni?
credit: https://www.facebook.com/paes.chronix
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured Post
kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye
Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...
-
Anda berdepan kesempitan kewangan? Apakah pilihan yang ada atau boleh dipertimbangkan supaya anda dapat terus membayar premium? Adakala,...
-
1. ROC berlaku apabila pemegang polisi ‘surrender’ polisi asal dan ambil polisi baru. 2. Ada 2 keadaan; inter/internal dan external ROC...
No comments:
Post a Comment