Thursday, January 16, 2014

Edisi Mencari Insurans Rumah: Kisah banjir di Kuantan dan Kemaman Disember 2013


Gambar akid dari Berita Harian Disember 2013


Sudah sebulan ujian Allah ini berlalu. Kesan dan trauma masih terasa. Teringat masa tengok kat tv, FB, belog politik, belog hiburan, belog yang serius, surat khabar, majalah... memang kesian. Ini aderlah musibah yang besar buat warga Kuantan dan Kemaman. Mainan politikus jangan cakaplah. Moga ujian banjir nie jadi iktibar buat kita semua dan dapatlah kita bermusahabah diri. Kejadian nie membuatkan saya tertarik nak tulis pasal Takaful rumah. Saya sengaja tak tulis pasal nie semasa kejadian, takut dilabel buat marketing. Apa yang nak saya sampaikan ini hanyalah kesedaran Takaful Rumah. 

Apa yang menarik bagi saya mengenai banjir nie, aderlah tuntutan Insurans/Takaful yang berkaitan dengan harta benda, terutama rumah. Cukup beruntunglah sesaper ader Takaful Rumah atau majoriti memanggil sebagai Fire Insurans. Apa yang saya diberitahu, aderlah menjadi satu kewajipan untuk rakyat dinegara ini membeli polisi Takaful Rumah semasa proses pinjaman rumah. Tak der Takaful Rumah, loan tak lepas noks. Bayaran pampasan  akan dibuat berdasarkan kerosakan pada rumah itu sendiri. Kalau insured tinggi, maka dapatlah tuan rumah tue pampasan yang cukup tinggi. 

Ini kita bincang rumah yang berbentuk perumahan, banglo, semi D, apartment atau kondo. Cam ner dengan rumah kampung? Rumah kampung pun boleh apply Takaful Rumah. Apa salahnyer kalu anak tolong bayarkan.. Hmmm setahun tak sampai puluh ribu ringgit. Dalam borang proposal Takaful Rumah, ader dinyatakan Rumah dibuat dengan apa? Samaada konkrit atau papan. Kalau anak2 dah buat Takaful Rumah, kan senang. Tak yah pening kepala nak cekau duit baiki rumah. Itu bukan sehari dua nak siapkan semua tue. Ambik masa babe...

Saya tak berapa setuju biler maner insurans atau takaful nie dikaitkan dengan orang yang berduit sahaja. Rakyat marhaen boleh apply, menambung sehari-hari boleh bayarkan Takaful Rumah ianya hanya setahun sekali. Tak kiralah kerja kampung, atau AJKKKKKK kampung atau surau sekali pun. Jika seorang ayah yg hidupnya miskin, sanggup berkorban dengan memperah keringat terik panas matahari semata2 nak bayar yuran skolah untuk melihat anak mereka menjadi org yg berjaya dalam pendidikan; begitu jugalah dengan simpanan untuk Takaful Rumah.

Malapetaka tak kenal waktu sekarang nie. Saper sangka banjir yg teruk di Kuantan. Biasernyer banjir nie berlaku di Kelantan. Nie semuanya dugaan Allah. Ader sebab musabab kejadian nie berlaku. 

Untuk tuntutan insurans nie, jika penjawat awam bolehlah berurusan terus dengan Perbendaharaan Awam Perumahan. Ini kerna setengah Takaful/Insurans operator tidak melibatkan agent/orang tengah.

Sedikit infor mengenai Takaful rumahku:



Takaful Rumahku membantu anda untuk mendapatkan ganti rugi dari musibah-musibah berikut:

1.  Kebakaran, kilat, petir dan kebakaran bawah tanah.

2.  Letupan tong gas domestik.

3.  Kerosakan  akibat  dari  pesawat  udara  dan  objek-objek  yang  gugur  darinya,  pelanggaran oleh kenderaan jalanraya atau binatang bukan kepunyaan atau kawalan ahli dan keluarga.

4.  Pecahan atau limpahan tangki air, peralatan atau paip kecuali:
•  untuk RM50 yang pertama.
•  jika berlaku semasa rumah anda tidak dihuni.
•  kerosakan tangki, peralatan atau paip itu sendiri.

5. Kerosakan akibat pencerobohan, kecurian yang disertai dengan menggunakan kekerasan untuk masuk dan keluar dari bangunan.

6. Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut (kecuali kerosakan bidai dan sengkuap), gempa bumi, letupan gunung berapi dan banjir.

7. Kerugian  sewa  atau  perbelanjaan  yang  difikirkan  sesuai  untuk  menyewa  tempat  tinggal sementara semasa rumah dibaik pulih.

8.  Tanggungan  awam (public liability)  ke atas harta benda dan kecederaan anggota badan pihak ketiga tidak melebihi RM50,000 akibat kemalangan di dalam kawasan rumah.

6 comments:

Anonymous said...

salam tuan.

boleh bagi pencerahan tak tentang ni:

7. Kerugian sewa atau perbelanjaan yang difikirkan sesuai untuk menyewa tempat tinggal sementara semasa rumah dibaik pulih.

Disebabkan benda ni claim saya masih kena hold. Diorang tendang macam bola, saya tak tau nak tanya pada siapa sebab jawapan mereka, "polisi tak ada pada kami, kami akan teliti dulu".

saya ambil takaful under Bahagian Pinjaman Perumahan. Memang termasuk sekali pelan Takaful Rumahku ni. Cuma saya nak pencerahan tentang kerugian sewa tu je. Keadaan macam mana boleh claim, dan keadaan macam mana tak boleh claim?

Terima kasih atas jawapan dan perhatian tuan :)

akok is a person not a kuih said...

Salam Tuan,

terima kasih bertanyakan mengenai Takaful rumahku.

saya bersimpati dengan citer tuan. Di sini saya sertakan no tel person in charge dibahagian takaful rumahku. mungkin dier boleh tolong permudahkan kerja tuan. Insya-Allah.

Nama: Wan Fazlina
Direct Line number: 03-23324369
email: wan.fazlina.aziz@prubsn.com.my

Harap details yg saya beri nie dapat membantu tuan

akok is a person not a kuih said...

Salam Tuan,

Infor tambahan n ralat

1. Jika Takaful Rumahku tuan dari prubsn takaful, tuan boleh call takaful rumah ku department di talian 03-20531059/03-20531033/03-20531033

no tel yg saya beri sebelum nie dah tak valid.

Q: Cuma saya nak pencerahan tentang kerugian sewa tu je. Keadaan macam mana boleh claim, dan keadaan macam mana tak boleh claim?

A: Saya nak tanya rumah yg tuan diami tue, aderkah disewa org?

Keadaan boleh claim, yg mana rumah yg tuan diami tue mesti rumah kepunyaan tuan dan tuan duduk atau tinggal dirumah itu. Jika berlaku bencana alam, dan tuan tinggal dirumah lain sambil menunggu rumah itu dibaiki, tuan boleh claim rumah yg kena bencana alam itu

Keadaan tak boleh claim yg mana rumah tuan itu, tuan sewakan pada org. Jika berlaku bencana alam, tuan TAK BOLEH CLAIM atas rumah itu. Kerna rumah itu tidak didiami oleh Tuan.

Saya nasihatkan Tuan terus call pihak Takaful terus. Mereka akan bertindak dengan menghantar adjuster. Jika tuan mencarum Takaful PruBSN Takaful, saya boleh mohon pihak PruBSN Takaful checkkan.

Anonymous said...

Terima kasih atas penjelasan.

Saya memang tidak mendiami rumah tersebut dan menyewakan kepada penyewa. Saya memang ada agreement dengan penyewa. Selepas kejadian banjir, penyewa terus keluar daripada rumah (berpindah) sebab ada anak kecil dan x sesuai tinggal di rumah yang berkulat tu.

Saya keliru sebab dalam Panduan Kepada Sijil Takaful Rumahku Anda; 7.0 SEKSYEN 3 - LAIN-LAIN KONTIGENSI:
a) Tempat Tinggal Alternatif atau Kehilangan Sewa
- ada dinyatakan tuntutan boleh dilakukan oleh pemilik tetapi bukan yang mendiami Harta.
ii) Kos kehilangan sewa kerana sewa tidak dapat dikenakan kepada penyewa.

Last time memang adjuster dah datang tapi mereka hold claim saya sebab perkara ni. Mereka pun macam tak pasti tentang claim saya ni.

Apa2 pun saya ucapkan terima kasih atas bantuan puan :)

Anonymous said...

Puan, saya dah dapat pencerahan.
Untuk clause tu hanya terpakai bagi rumah terbakar SAHAJA.
Terima kasih atas perkongsian :)

akok is a person not a kuih said...

Salam Anonymous,

Sama2. Happy to help.

:)

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...