Asalamualaikum,
Kawan kawan,
Saya doakan kawan kawan berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam peliharaan Allah Azza Wajalla.
Tujuan saya memberi emel adalah hendak berkongsi pengalaman kelmarin semasa saya bersama rakan rakan Takaful memberi cek takaful kepada seorang waris.
Selama saya menjadi ejen Takaful ni, saya tidak dapat menggambarkan sejauh mana benarnya Takaful ini boleh membantu masyarakat. Bermula dengan kes kecil kecil kemasukan hospital, sehinggalah detik kelmarin, saya sangat faham dan percaya yang sememangnyalah Takaful yang ada pada tuan puan sekalian sangat bermakna dan InsyaAllah akan membantu di masa akan datang.
Sedikit cerita mengenai arwah,
Namanya Hazwan, pekerja Petronas di PMO Kerteh, arwah merupakan junior saya di UTP (tak sempat jumpa sebab saya dah graduate dia baru masuk). Beliau memiliki isteri yang sedang sarat mengandung. Pada bulan April yang lalu, sahabat saya yang juga ajen Takaful, Johari Julis telah bertemu arwah untuk membincangkan hal Takaful.
Alhamdulillah arwah bersetuju untuk contribute RM300/month (Meninggikan life RM200k + Eksidental Death RM200k).
Taqdir sudah tentukan segalanya, hanya 4 bulan selepas menyertai Takaful, saudara Hazwan dijemput bertemu Yang Esa dalam kemalangan ngeri ketika beliau memandu seorang diri dalam perjalanan ke tempat kerja.
Betapa tabah isterinya, sedang mengandung 6 bulan, juga bertugas sebagai Doktor di Hospital Terengganu, menerima berita tersedih sebegitu. Lebih memilukan, sang isteri turut menyertai pasukan bedah siasat terhadap mayat suaminya sendiri.
Coverage medikel syarikat juga terpaksa ditamatkan selang beberapa hari selepas kejadian, apa boleh buat kerana itu lah polisi syarikat yang beroperasi di negara mana pun.
Bulan depan, (november), puan Natasya akan melahirkan anak yang tidak sempat menatap wajah ayahnya, bayangkan sukarnya kehidupan si anak juga si ibu yang perlu menelusuri kehidupan seterusnya tanpa orang tersayang.
Semasa menyerahkan cek pampasan, kami tanya juga apa yang hendak dibuat dengan wang sebanyak itu? (RM400,000). Puan Natasya berniat nak serahkan semua wang berkenaan kepada ibu dan ayah arwah, kerana menurutnya, ibu dan ayah arwah lebih layak menerima wang pampasan tersebut untuk digunakan ke jalan yang sepatutnya. Syukur puan natasya memiliki kerjaya yang baik, keluarganya juga sederhana dan pada perkiraan saya, tanpa wang pampasan sekalipun, mereka masih mampu membesarkan anak/cucu yang bakal lahir.
Apa yang saya kira harus diberi perhatian adalah bentuk persediaan yang kita buat, dalam mempersiapkan ahli keluarga kita jika berlaku sesuatu ke atas diri kita, terutamanya suami kepada isteri, ayah dan ibu kepada anak anak, juga tidak ketinggalan..anak anak muda kepada ibu dan ayah yang sudah tua.
Saya kira, arwah Hazwan sudah menjalankan amanah dengan baik, justeru mempersiapkan sesuatu sebagai bekalan kepada isteri dan bakal anak yang akan lahir.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada tuan puan, kerana telah membuat persediaan untuk diri sendiri dan keluarga. Alhamdulillah.
Kejadian di atas juga, sedikit sebanyak memberi peringatan kepada saya bahawa memberi khidmat nasihat untuk meninggikan 'Life' (Pampasan kematian) untuk klien klien seterusnya sangatlah penting, dan tidak terlalu memfokus kepada perihal medikel kad (wpun hakikaktnya, kedua duanya sama penting).
Ini memberi saya kesedaran untuk melihat semula status polisi kesemua klien klien dibawah penyeliaan saya,
Tuan puan yang memiliki polisi Takaful, saya dapati pampasan life tuan puan sekalian secara puratanya adalah di bawah RM100,000, dan ramai juga yang di bawah RM50,000. Mungkin ini sedikit kesilapan saya ketika memberi khidmat nasihat dahulu, atau mungkin juga persetujuan kita yang lebih menjurus kepada perlindungan medikel kad.
Saya ingin menyarakan, jika tidak keberatan, tuan puan boleh consider untuk tinggikan bahagian Life ini juga supaya pampasan menjadi tinggi jika sesuatu berlaku kelak.
Bahagian Life ini tidak semahal mana.
Setiap RM50 --> akan memberi nilai pampasan sebanyak RM100,000
Setiap RM100 --> RM200,000
Begitulah seterusnya.
Kalau tuan puan rasa ianya berbaloi, hubungi lah saya, InsyaAllah saya akan memberi penerangan yang lebih terperinci tentang apa apa hal yang melibatkan polisi tuan puan.
Semoga kita semua diRahmati Allah.
Wassalam.
Terima Kasih
Mardiyah Kamarudin
019 2853910