KUALA LUMPUR - Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berharap kerajaan akan melanjutkan cadangan sumbangan RM50 bagi skim Group Takaful Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) kepada semua syarikat insurans kerana ia menyediakan banyak alternatif untuk dipilih oleh rakyat.
Presiden LIAM, Vincent Kwo dalam satu kenyataan menyambut baik langkah kerajaan dalam Bajet 2014 baru-baru ini untuk menyediakan perlindungan insurans kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dengan menyatakan ia akan meringankan bebanan kewangan rakyat disebabkan oleh peristiwa yang tidak diduga.
Vincent berkata, oleh sebab terdapat 14 syarikat insurans hayat dengan beratus-ratus cawangan di seluruh negara, dasar positif dan terangkum itu akan memberi manfaat besar.
“Syarikat insurans hayat memiliki saluran pengedaran yang kukuh dan akan mengambil peluang ini untuk menyediakan khidmat kepada segenap lapisan masyarakat,” katanya.
Tambah Vincent lagi, skim perlindungan i-BRIM yang berfungsi sebagai jaringan keselamatan kewangan akan membolehkan penerima isi rumah BR1M menikmati perlindungan takaful sehingga RM30,000.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz2izyAhyqY
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment