Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Wednesday, June 19, 2013

Nasihat canggih dari kawan aku

Malam semalam, aku borak dengan sorang pegawai kerajaan yang nak ambil medikel kad. Aku cucuk dia;

"Abang ni pegawai kerajaan, buat apa nak medikel kad, kalau sakit mende masuk spital kerajaan la, lagi pun abg pegawai, boleh dapat kelas 1"


Sang pegawai tunduk sambil menggetap bibir. Perlahan dia balas;

"Kita ni kerja pegawai kerajaan, ada pendapatan..gunakanlah pendapatan tu dengan baik..jangan susahkan orang yang dah memang susah."


Si pegawai menarik nafas.
Aku celah sikit;

"Susahkan orang yang dah susah macam mana tu? saya tak dapat tangkap"


Sang pegawai kerajaan, yang kelihatan bijak dan faham hal kebajikan, menyambung;

"Biarlah orang yang betul betul susah, betul betul takde pendapatan tetap, orang kampung, makcik pakcik...menikmati hospital kerajaan. Jangan kita yang kerja pegawai, PTD, cikgu, pembantu tadbir, jurutera JKR ni bersesak sesak sampai menimbulkan kesesakan pada orang susah yang bergantung harap pada hospital kerajaan. Kedatangan kita berebut treatment dengan mereka sangat tidak patut dan mementing diri"

Aku tersenyum sambil menitiskan air mata.

No comments: