Ader beberapa sebab mengapa ko (agen Takaful) tak perlu kacau aku...............
SIMPANAN SAYA DAH MENCUKUPI
Apakah sebab anda membuat simpanan? Untuk persaraan? Untuk mengerjakan haji? Atau melancong? Bagaimana pula sekiranya anda di serang penyakit kritikal atau meninggal dunia? Adakah orang dibawah tanggungjawab anda dapat meneruskan kehidupan dengan berbekalkan wang simpanan anda? Atau adakah wang simpanan anda terpaksa digunakan untuk membiayai kos rawatan hospital atau yang lebih malang lagi terpaksa membayar hutang? Tanpa perlindungan diri dan keluarga, wang simpanan anda pasti terjejas. Kekayaan anda akan menyusut, anda terpaksa menukar gaya hidup anda. Takaful pula akan melindungi asset dan wang simpanan anda. Segala kos rawatan hospital akan ditanggung. Takaful juga lah yang akan membantu pengaliran wang ke akaun simpanan anda.
TAKAFUL MAHAL
Pelan Takaful adalah serendah RM100 sebulan atau kurang dari RM3.40 sehari. Kematian atau sakit kritikal boleh menyusutkan kekayaan sesorang dengan segera. Anda tidak rugi dengan menyertai pelan takaful. Mengapa? Takaful adalah berkait dengan kebarangkalian. Sekiranya anda meninggal, orang tanggungan anda mendapat wang yang lebih dari nilai caruman anda.Sekiranya anda masih hidup di akhir tempoh matang, anda mendapat wang simpanan anda.
SAYA TAK PERLUKAN TAKAFUL
Adakah benar? Sekiranya anda tiada tanggungan dan mempunyai sumber pendapatan yang kukuh, statement anda ada kebenarannya, sekurang-kurangnya pada masa ini. Sebenarnya anda hanya boleh menyertai pelan Takaful apabila anda tidak memerlukannya, kerana apabila anda memerlukannya, kemungkinan ianya sudah terlambat. Pendapatan anda adalah melalui pekerjaan atau perniagaan. Anda melindungi keluarga anda dengan pendapatan anda. Sekiranya situasi ini, anda memang memerlukan Takaful, kerana ia bukan sahaja melindungi pendapatan anda tetapi melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan apabila ketiadaan / kehilang upayaan anda. Sekiranya anda mempunyai keperluan yang jelas, berjumpalah dengan takaful agent professional anda
TUNGGU DULU
Anda memang sentiasa boleh menunggu tetapi tidak dengan perlindungan diri. Terlalu lama berfikir akan meletakkan risiko kepada orang tanggungan anda. Tiada sesiapa pun hidup selama-lamanya. Semakin anda berumur, risiko juga akan bertambah, bermakna kos takaful juga akan bertambah. Penyertaan di usia muda adalah lebih murah. Jangan tunggu lagi! Sertailah pelan perlindungan diri dan keluarga sekarang
SAYA TAK PERCAYA TAKAFUL AGENT
Ejen takaful hanyalah orang tengah antara masalah anda dan penyelesaiannya. Carilah nasihat dari agen yang professional. Bayarlah caruman anda terus ke pihak Takaful, secara auto debit atau kad kredit. Dengan cara tersebut, anda yakin wang anda disalurkan ke tempat yang betul. Agen juga adalah manusia biasa, yang mana tidak dapat lari dari sakit dan kematian. Tetapi syarikat takaful masih kukuh walaupun agen bertukar ganti.
TAKAFUL MEMBERI PULANGAN YANG RENDAH, RUGI
Takaful adalah produk kewangan yang melindungi kewangan anda. Anda hendaklah memahami bahawa ia akan membayar apabila anda betul-betul memerlukan wang. Tiada produk kewangan lain / pelaburan lain yang mampu menandingi takaful.
SAYA TAK MINAT DENGAN TAKAFUL
Takaful dibeli semasa anda tak minat, takaful dibeli semasa anda sibuk dan takaful juga dibeli semasa anda tidak perlukannya, Ramai yang nak beli semasa minat, semasa sudah tidak sbuk dan semasa perlukan. Sebenarnya sudah terlewat pada masa itu.
SAYA DAH ADA TAKAFUL
Ianya adalah satu permulaan yang bagus, anda sudah pun mempunyai perlindungan. Tetapi masa berubah dan banyak benda akan berubah termasuk keperluan kewangan. Sudahkan anda menyemak keperluan anda dan keluarga? Sudahkah anda mengkaji keperluan risiko anda? Adakah takaful yang anda punyai sekarang cukup untuk melindungi pendapatan anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka? Anda perlu dapatkan Takaful yang lebih sesuai untuk diri dan keluarga anda.
SAYA MASIH MUDA
Usia muda dan sihat adalah waktu yang sesuai untuk penyertaan takaful kerana murah dan lebih banyak simpanan yang akan anda dapati ketika usia emas. Muda tidak bermakna anda kekal sihat atau tidak meninggal dunia. Kemalangan dan ajal berlaku tidak mengira usia. Anda pasti tidak dapat menyertai pelan takaful sekiranya anda didiagnos menghidap penyakit kritikal pada usia muda.
SAYA TIDAK MAMPU
Sekiranya anda mempunyai matlamat kewangan yang jelas anda patut menyertai pelan takaful sekarang kerana melalui perancangan yang jelas dan betul, anda pasti akan membuat belanjawan perbelanjaan dan pendapatan akan datang. Bukankah konsep yang sama anda gunakan untuk pelaburan membeli rumah, kereta atau perbelanjaan lain yang anda rasa tidak mampu...?
No comments:
Post a Comment