Tuesday, June 25, 2013

Anak kena bronchitis dan kekerapan kuar masuk spital... kalu ambik Medikal kad, Pihak takaful accept tak?

Last month ader jumpa client yang betul-betul nak Takaful. Dier nak insured untuk anak dier jer. Yerlah budak-budak nie cepat n mudah nak sakit. Tue yang terjadi kat anak dier. Lebih-lebih lagi musim jerebu nie huh. Masuk spital pun company yang cover tapi mamanya bimbang pasal semua kos rawatan yang company cover hanya akan habis untuk tanggung kos rawatan anak dier jer dan dier jugak takut kalu dier masuk spital company dah x leh cover dier pasal insurans company dah sampai limitation. 

Saya tanya apsal puan x ambik Takaful skali. dier kata dier ader masalah budget. Nie pun dier dah ngam-ngam buat budget untuk anak dier. Saya boleh tgk impression muka client saya nie yg cukup bimbang pasal kos rawatan spital nie. Takut anak sakit lagi , dier x leh nak buat apa dan takut x boleh nak bayar. Tue yg dier nak sesangat medikal kad.. Tue pun dier bimbang takut tak lepas pasal anak dier pernah masuk spital.. kerna kes bronchitis.

Saya just kata Insya-Allah.. saya doakan agar dipermudahkan..

Then after 2 weeks, aku dapat surat cinta dari HQ. Acceptance letter untuk anak client aku nie. Apa yang aku dapat baca yg company hanya cover pampasan kematian, perbelanjaan pengebumian dan premium percuma untuk ibu/bapa. 

Yang pihak takaful DECLINED, pampasan penyakit kritikal, accident, medikal kad, elaun spital dan premium percuma untuk anak. Aku sedey dooohhhhhh.. Sakit pulak biler aku yang membaca nyer. Bukan aku sedey pasal tak dapat komisen, sedey bagi pihak ibunya pasal tak berupaya mendapat medikal kad. So nak buat cam mano kan. Sudah ditetapkan oleh pihak Takaful kerana risiko nya cukup tinggi. Pihak takaful tak nak tanggung sebarang kemungkinan. So.. pihak takaful klasifikasikan kes ini sebagai "rated up" yang mana anak cient aku nie kerap masuk kuar spital akibat gangguan pernafasan. Aku call client aku pasal nak citer benda nie. Aku pun tak tahu nak cakap cam maner.. Just direct to the point jer. Client aku kata ramalan ku benar belaka (judul lagu Zul Umbrella). 

Client aku tak setuju dengan offer HQ tue.. Yerlah.. yang penting medikal kad.. dah medikal kad DECLINED, maka client aku suruh cancel. Kalu cancel Pihak Takaful akan refund balik cheque tue. Habis citer..... Kalu anak dier nak apply medikal kad tue boleh tapi kena tunggu 1 tahun. Kerna lepas 1 tahun, nak tgk sakit dier masih ader atau dah tak der dah. Ini boleh diketahui melalui medikal check up.

So.. mommies diluar saner tue.. aku nasihatkan maser dok preggy (pregnant) lagi.. silalah insured anak anda. Jika dah jadi macam nie.. gigit jarilah.. Sampai biler nak harapkan insurans company? Insurans company pun ader limitation tau!!! Kesianlah kat anak anda.. dan diri anda sendiri kerna kena kuarkan duit poket sendiri...

mardiyah79@gmail.com
019-2853910

Thursday, June 20, 2013

Kalaulah abah aku ader medikal kad... masih idup lagi ker dier??????

Nie citer teladan yang merutun jiwa yang diceritakan kembali oleh senior agen kat aku... 
Even kalau ada duit simpanan macam mana nak withdraw malam2 dan selalunya mmg tak cukup dan sebab mengapa kita menyimpan ialah kerana oerkara lain..penat menyimpan akhirnya habis dan selalunya tak cukup..RM30k tu baru half of the expacted total bypass cost RM60k
Semalam my client father pass away due to sudden heart attack. Dia tak pernah ada history jantung.simtom dah ada tapi dia tak aware dan tak nak pergi check.dari semalam sakit smpai merangkak tak blh jalan tapi bila family nak bawa ke hosp dia tak nak,takpe,nak rehat dulu dan igt sakit biasa.malam pukul 11 baru bawa ke klinik dan klinik terus srh pergi hospital cepat. Meninggal di emergency room.hosp tak sempat buat bypass. Masa smpai kat KPJ selangor dah check KPJ mintak RM30k on the spot pukul 11lebih malam.mana nak cari cash banyak macam tu.negotiate then hospital still mintak tapi RM5000. By the time sediakan duit dah meninggal. Family dan sahabat2 agak marah dengan hosp. Walaubagaimanapun semua redha dan faham dah ajal dan ketentuan..cuma jika ada medical card dan ins takdela perlu melalui process begini. So our responsibility is very important to help as many people out there especially melayu. To give them awareness tentang bagaimana sgt penting insurance kerana jika satu hari memerlukan duit yg banyak mengenai perubatan mmg besar masalah..
Cerita begini mengenai hosp mintak duit sebelum nak operate dan takkan operate selagi tak dpt duit is common story for ppl like us (agent insurance) in this line of business tetapi tak common dan tak logic dan tak berperikemanusiaan bagi ramai org diluar dan tak aware ttg pentingnya ins..so its our job to share to them and make them aware n prepare.
ps:// memang betul apa yang diceritakan kawan saya tue.. kalu org luar baca kes macam nie mesti pikir nie tak der lain buat citer nie  pasal nak laku meniaga...nak ugut org supaya beli insurans/takaful..  mesti pikir kejam nyer spital swasta tuelah pasal nak pi spital gomen.. Memang tak logic biler org diluar saner pikir dan memang it's common thing biler org luar saner pikir macam tue dan lagilah tak berperikemanusian biler korang baca belog aku nie still jiwa dan hati keras macam batu pasal tak pikir nak bertakaful.

Wednesday, June 19, 2013

jangan biarkan hidup anda dilindungi dengan misteriiiiiiiiiiiiiiii


Arrgghhhhh.. Agen Takaful jangan kacau aku.

Ader beberapa sebab mengapa ko (agen Takaful) tak perlu kacau aku...............

SIMPANAN SAYA DAH MENCUKUPI
Apakah sebab anda membuat simpanan? Untuk persaraan? Untuk mengerjakan haji? Atau melancong? Bagaimana pula sekiranya anda di serang penyakit kritikal atau meninggal dunia? Adakah orang dibawah tanggungjawab anda dapat meneruskan kehidupan dengan berbekalkan wang simpanan anda? Atau adakah wang simpanan anda terpaksa digunakan untuk membiayai kos rawatan hospital atau yang lebih malang lagi terpaksa membayar hutang? Tanpa perlindungan diri dan keluarga, wang simpanan anda pasti terjejas. Kekayaan anda akan menyusut, anda terpaksa menukar gaya hidup anda. Takaful pula akan melindungi asset dan wang simpanan anda. Segala kos rawatan hospital akan ditanggung. Takaful juga lah yang akan membantu pengaliran wang ke akaun simpanan anda.

TAKAFUL MAHAL
Pelan Takaful adalah serendah RM100 sebulan atau kurang dari RM3.40 sehari. Kematian atau sakit kritikal boleh menyusutkan kekayaan sesorang dengan segera. Anda tidak rugi dengan menyertai pelan takaful. Mengapa? Takaful adalah berkait dengan kebarangkalian. Sekiranya anda meninggal, orang tanggungan anda mendapat wang yang lebih dari nilai caruman anda.Sekiranya anda masih hidup di akhir tempoh matang, anda mendapat wang simpanan anda.

SAYA TAK PERLUKAN TAKAFUL
Adakah benar? Sekiranya anda tiada tanggungan dan mempunyai sumber pendapatan yang kukuh, statement anda ada kebenarannya, sekurang-kurangnya pada masa ini. Sebenarnya anda hanya boleh menyertai pelan Takaful apabila anda tidak memerlukannya, kerana apabila anda memerlukannya, kemungkinan ianya sudah terlambat. Pendapatan anda adalah melalui pekerjaan atau perniagaan. Anda melindungi keluarga anda dengan pendapatan anda. Sekiranya situasi ini, anda memang memerlukan Takaful, kerana ia bukan sahaja melindungi pendapatan anda tetapi melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan apabila ketiadaan / kehilang upayaan anda. Sekiranya anda mempunyai keperluan yang jelas, berjumpalah dengan takaful agent professional anda 

TUNGGU DULU
Anda memang sentiasa boleh menunggu tetapi tidak dengan perlindungan diri. Terlalu lama berfikir akan meletakkan risiko kepada orang tanggungan anda. Tiada sesiapa pun hidup selama-lamanya. Semakin anda berumur, risiko juga akan bertambah, bermakna kos takaful juga akan bertambah. Penyertaan di usia muda adalah lebih murah. Jangan tunggu lagi! Sertailah pelan perlindungan diri dan keluarga sekarang

SAYA TAK PERCAYA TAKAFUL AGENT
Ejen takaful hanyalah orang tengah antara masalah anda dan penyelesaiannya. Carilah nasihat dari agen yang professional. Bayarlah caruman anda terus ke pihak Takaful, secara auto debit atau kad kredit. Dengan cara tersebut, anda yakin wang anda disalurkan ke tempat yang betul. Agen juga adalah manusia biasa, yang mana tidak dapat lari dari sakit dan kematian. Tetapi syarikat takaful masih kukuh walaupun agen bertukar ganti.

TAKAFUL MEMBERI PULANGAN YANG RENDAH, RUGI
Takaful adalah produk kewangan yang melindungi kewangan anda. Anda hendaklah memahami bahawa ia akan membayar apabila anda betul-betul memerlukan wang. Tiada produk kewangan lain / pelaburan lain yang mampu menandingi takaful.

SAYA TAK MINAT DENGAN TAKAFUL
Takaful dibeli semasa anda tak minat, takaful dibeli semasa anda sibuk dan takaful juga dibeli semasa anda tidak perlukannya, Ramai yang nak beli semasa minat, semasa sudah tidak sbuk dan semasa perlukan. Sebenarnya sudah terlewat pada masa itu.

SAYA DAH ADA TAKAFUL
Ianya adalah satu permulaan yang bagus, anda sudah pun mempunyai perlindungan. Tetapi masa berubah dan banyak benda akan berubah termasuk keperluan kewangan. Sudahkan anda menyemak keperluan anda dan keluarga? Sudahkah anda mengkaji keperluan risiko anda? Adakah takaful yang anda punyai sekarang cukup untuk melindungi pendapatan anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka? Anda perlu dapatkan Takaful yang lebih sesuai untuk diri dan keluarga anda.

SAYA MASIH MUDA
Usia muda dan sihat adalah waktu yang sesuai untuk penyertaan takaful kerana murah dan lebih banyak simpanan yang akan anda dapati ketika usia emas. Muda tidak bermakna anda kekal sihat atau tidak meninggal dunia. Kemalangan dan ajal berlaku tidak mengira usia. Anda pasti tidak dapat menyertai pelan takaful sekiranya anda didiagnos menghidap penyakit kritikal pada usia muda.

SAYA TIDAK MAMPU
Sekiranya anda mempunyai matlamat kewangan yang jelas anda patut menyertai pelan takaful sekarang kerana melalui perancangan yang jelas dan betul, anda pasti akan membuat belanjawan perbelanjaan dan pendapatan akan datang. Bukankah konsep yang sama anda gunakan untuk pelaburan membeli rumah, kereta atau perbelanjaan lain yang anda rasa tidak mampu...?

Nasihat canggih dari kawan aku

Malam semalam, aku borak dengan sorang pegawai kerajaan yang nak ambil medikel kad. Aku cucuk dia;

"Abang ni pegawai kerajaan, buat apa nak medikel kad, kalau sakit mende masuk spital kerajaan la, lagi pun abg pegawai, boleh dapat kelas 1"


Sang pegawai tunduk sambil menggetap bibir. Perlahan dia balas;

"Kita ni kerja pegawai kerajaan, ada pendapatan..gunakanlah pendapatan tu dengan baik..jangan susahkan orang yang dah memang susah."


Si pegawai menarik nafas.
Aku celah sikit;

"Susahkan orang yang dah susah macam mana tu? saya tak dapat tangkap"


Sang pegawai kerajaan, yang kelihatan bijak dan faham hal kebajikan, menyambung;

"Biarlah orang yang betul betul susah, betul betul takde pendapatan tetap, orang kampung, makcik pakcik...menikmati hospital kerajaan. Jangan kita yang kerja pegawai, PTD, cikgu, pembantu tadbir, jurutera JKR ni bersesak sesak sampai menimbulkan kesesakan pada orang susah yang bergantung harap pada hospital kerajaan. Kedatangan kita berebut treatment dengan mereka sangat tidak patut dan mementing diri"

Aku tersenyum sambil menitiskan air mata.

Tuesday, June 18, 2013

Terlanggar katil pun nakkan medikal kad

siapa sangka siapa menduga... ingatkan kemalangan hanya berlaku di luar rumah.. tapi.. Allah maha kuasa nak menduga iman hambanya... Kemalangan yang berlaku di petang Ahad cukup mencabar jiwa si ibu. heheheheheheeh. Nie kisah benar hokkeyyy...

Last 2 months, dalam perjalanan balik dari Puchong, aku , makcik dan 3 org anak buath singgah makan di Jom Bali.. Depan kedai makan tue ader orang jual Insurans. Makcik aku pun terus pi buat lawatan muhibbah kat booth insurans tue. Just ambik broucher.. tanya serba sedikit dan bagi infor yang mereka nak. yang jadi juru runding nya adalah aku. Iyerlah, mak cik caya kat aku pasal aku agen insurans. Aku okjerlah.. runding punyer runding.. so aku mintak budak tue buatkan quotation dan email kat aku. Esoknya, aderlah satu email singgah. aku pun bukak lah.. agak menarik. Aku recommend kat mak cik aku suruh ambik.. memandangkan dier dan anak2 tak der insurans. Hidup sebagai ibu tunggal nie cukup mencabar. So.. mak cik aku pun ambiklah.. walaupun agak mahal sikit. Aku bilang nie just mahal sekarang.. nanti kemudian kita tak tahu... kos rawatan jadi FREE pasal benda mahal nielah..

Selepas 2 bulan mak cik aku ambik medikal kad nie.. nak dijadikan citer anak perempuan dier terlanggar katil adik dier pasal mamai-mamai bangun tidor. Langgar katil jer aperlah sangat kan!! tue apa yg kiter pikir. Tak boleh jalan kooo.. Sian anak buah aku tue.. Mak dier siap buat bandage kat kaki dier. Lepas tue terus panggil ambulans Columbia Asia Hospital kat setapak. Nasib baik kos ambulan medikal kad cover. Kan senang idup nie.. Sesampai kat spital, mak cik aku call agen n agen datang then dier yang uruskan segala urusan spital nie... Punyerlah dasat langgar katil nie yerrr... hasilnya lutut anak buah aku nie dah terkeluar dari landasannya.. dan tisu lutut nyer terkoyak sikit.. 

Menurut Dr anak buah aku tue tak yah buat operation macam ACL tue.. Koyak sikit jer.. Lutut tue boleh masukkan balik.. just letak bandage.. 3 hari 2 malam jugak anak buah aku kat spital tue.. Happy jer aku tengok dier kat spital.. Anank buah aku kata layanan kat sini tahap Istana. Dier macam Puteri Raja. Nie buatkan adik dier jeles. Nie baru spital Columbia Asia.. tak lagi Prince Court hospital. 

Kan benda yang mahal boleh jadi murah. Aku rasa lega dan berpuas hati dengan layanan Spital Columbia Asia. Begitu jugak dengan mak cik aku. Dier cukup lega pasal tak payah satu sen pun kos rawatan kat spital swasta tue. Kan senang.. Idup nie .. tak yah nak pening kepala nak cekau maner duit nie.. Life is unpredictable hokkkeeeyyyyy...... N our life really like roller coster...

So.. aper lagi kekawan semua.. Jom kiter bertakaful

mardiyah79@gmail.com

Tuesday, June 4, 2013

Nasihat pada yg x ader medikal kad

Yang dah ada independent medikel kad, soild individu atau solid satu keluarga, mohon bertenang dulu.
Yang ada company medikel kad, ditambah power lagi dengan independent medical, juga aku sarankan bertenang dulu, jangan cepat sangat rasa dah setel sebab ada lagi benda power kau orang belum jumpa.
Meh sini dekat sikit aku nak cerita power dia macam mana...meh sini.

Ahhhhhhh yang apa benda pun tak ada, aku cuma boleh kirimkan sekeping doa supaya kalian terpelihara dan tidak sombong dengan NikmatNya.



PS:// dedicate to my potential client dengan ucapan " ur silence killing me" huhuhuhu

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...