Wednesday, May 9, 2012

Saya Tahu Insurans dan Riba Itu Haram, Tetapi…





(Artikel ini turut disiarkan di MajalahNiaga.com) 

Beliau mengangguk-angguk tanda setuju dengan penjelasan saya tentang perbezaan di antara insurans konvensional dengan takaful.

Tatkala saya menerangkan tentang perbezaan kontrak insurans konvensional yang menggunakan kontrak jual beli, dan kontrak takaful yang menggunakan kontrak derma, beliau bertanya beberapa soalan untuk penjelasan.

Dari bahasa badannya, nampak beliau begitu bersungguh-sungguh inginkan penjelasan tentang perkara tersebut. Ternyata soalan-soalan yang beliau kemukakan menunjukkan kematangannya berfikir, sesuai dengan statusnya sebagai seorang bisnesman.

“Ya Encik Afyan, saya pun pernah membaca tentang perkara ini”, kata beliau merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang hukum insurans konvensional.

Nampaknya sebelum menemui saya, beliau sudah pun membuat sedikit kajian dan pembacaan. Ia memudahkan kerja saya untuk menerangkan perkara tersebut. Tambahan lagi, kafeteria tempat kami bertemu tidak ramai pelanggan mengunjunginya memudahkan saya membuat penerangan dengan jelas.

“Ada sebarang persoalan yang Tuan ingin tanyakan lagi?”, saya bertanya kepada beliau selepas penjelasan terakhir tentang perkara ini.

“Setakat ini tiada”, kata beliau sambil menyandarkan badan ke kerusi.

“Jika begitu, kita boleh berpindah ke topik seterusnya iaitu keperluan kewangan Tuan sebelum saya cadangkan mana-mana produk takaful yang sesuai”, kata saya.

“Sebenarnya saya sudah memiliki beberapa polisi sebelum ini”, kata beliau.

“Alhamdulillah, suka saya mendengarnya kerana Tuan sudah mengambil keputusan yang bijak untuk masa hadapan Tuan”, balas saya, menyanjungi kesedarannya untuk memiliki plan perlindungan kewangan.

“Tetapi…”, beliau membiarkan ayatnya tergantung.

 Ingin Berhijrah, Tetapi…

Saya diam seketika memberi peluang beliau menghabiskan kata-kata.

Saya cuba meneka. Mungkin dia tidak berpuas hati dengan polisi sedia ada, atau beliau hanya ingin berjumpa saya sekadar ingin mengetahui perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional, kerana beliau mengetahui saya selepas membaca blog saya tentang isu ini.

“Sebenarnya, saya sudah melanggan dengan insurans konvensional”, kata beliau agak perlahan.

“Oh, begitu rupanya”, kata saya di dalam hati. Agak jauh dari tekaan saya sebelum ini.

“Saya sudah mengambil polisi insurans konvensioanal kira-kira sepuluh tahun lalu ketika baru berkahwin. Ketika itu saya tidak tahu insurans konvensional ini haram hukumnya. Dan saya pun baru tahu dalam setahun dua ini bahawa insurans konvensional ini haram”, jelas beliau panjang lebar.

“Alhamdulillah, selain daripada mempunyai kesedaran untuk memiliki perlindungan kewangan, Tuan juga mempunyai kesedaran tentang aspek halal haram. Tahniah saya ucapkan”, tambah saya lagi, menyanjung tinggi kesedaran beliau. Kali kedua saya ucapkan tahniah kepada beliau.

“Tetapi, kalau saya batalkan polisi insurans konvensional saya, saya akan rugi”, kata beliau lagi.

Saya diam sebentar.

Saya dapat meneka apa yang bermain di benak fikirannya; beliau bercadang untuk berpindah kepada takaful tapi beliau memikirkan kerugian yang beliau akan alami sekiranya membatalkan polisi insurans konvensional sedia ada.

“Tuan, menjadi tanggungjawab saya untuk mengajak Tuan berhijrah daripada insurans konvensional kepada takaful yang bebas daripada riba, sebagaimana yang saya kongsikan di awal tadi tentang bahaya riba. Jika Tuan sudah mengambil pelan perlindungan takaful dari syarikat lain, saya tidak akan menasihat Tuan untuk batalkan polisi-polisi Tuan”, jelas saya panjang lebar.

Kemudian, saya menyambung lagi, “Tetapi memandangkan Tuan mengambil pelan insurans konvensional, maka adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab saya untuk mengajak Tuan keluar daripada sistem kewangan riba dan berhijrah kepada sistem takaful”.

 Untung Rugi Berpindah-pindah Polisi

Beliau mengangguk-angguk perlahan sambil berkata “Ya Encik Afyan, saya tahu bahawa insurans konvensional adalah riba dan riba itu haram hukumnya, tetapi saya akan rugi banyak jika saya membatalkan polisi yang sudah saya langgan lebih 10 tahun ini”.

Saya tersenyum, apa yang diperkatakannya benar. Membatalkan polisi lama yang sudah diambil bertahun-tahun semata-mata untuk mengambil polisi baru bukanlah satu tindakan bijak.

Malah, adalah satu perbuatan yang tidak beretika mana-mana ejen insurans atau takaful yang menasihati pelanggan untuk membatalkan polisi sedia ada dengan tujuan supaya pelanggan mengambil polisi baru dengannya.

Sebagai perunding kewangan dan takaful, menjadi prinsip saya untuk menasihati pelanggan untuk kekalkan polisi sedia ada kerana membatalkan polisi sedia ada yang lama, dan melanggan polisi baru akan melibatkan kos dan kerugian tertentu yang terpaksa ditanggung oleh pelanggan atas dua faktor, iaitu;

Umur; usia pelanggan semakin hari semakin meningkat, justeru kos untuk melanggan polisi baru hari ini secara logiknya akan lebih tinggi berbanding polisi yang sama tahun lalu atas faktor umur, dan
Kesihatan; kesihatan pelanggan hari ini tentu tidak sama ketika beliau melanggan polisi lama dahulu. Situasi akan lebih teruk untuk melanggan polisi baru jika beliau pernah membuat tuntutan.
Atas kedua-dua faktor ini, berpindah daripada polisi lama kepada polisi baru lebih banyak merugikan pelanggan. Tetapi yang paling untung dalam situasi ini adalah ejen.

Itu sebabnya, adalah sesuatu yang tidak beretika bagi mana-mana ejen atau wakil takaful menasihati pelanggan untuk membatalkan polisi sedia ada, kerana ia hanya menguntungkan ejen, bukan pelanggan.

Tidak dapat dinafikan terdapat segelintir ejen yang tidak beretika yang mengamalkan cara ini untuk memperbanyakkan bisnes mereka. Tetapi selalunya mereka tidak kekal lama dalam industri.

Namun yang menyedihkan, perbuatan mereka sedikit sebanyak merosakkan industri. Bak kata Karam Singh Waliya; Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Atas dasar prinsip, ejen-ejen yang beretika tidak sekali-kali menasihati pelanggan untuk membatalkan polisi sedia ada hanya semata untuk bisnes. Pengalaman saya, selalunya saya akan mencadangkan untuk menambah jumlah perlindungan yang baru bersesuaian dengan keperluan kewangan semasa.

Contohnya polisi lama yang diambilnya dahulu adalah ketika bujang, mungkin bersesuaian ketika polisi tersebut dilanggan. Namun sekarang prospek sudah berkahwin dan beranak pinak sudah tentu keperluan perlindungan kewangannya bertambah berbanding dahulu.

Namun, dalam situasi ini, pelanggan yang ditemui sudah pun lama menjadi pelanggan insurans konvensional.

Jadi, juga atas dasar prinsip yang lebih utama iaitu prinsip Islam yang saya pegang, saya akan menasihati pelanggan untuk berhijrah daripada institusi riba kepada alternatif yang bebas riba dan patuh syariah.

Ya, atas dasar prinsip juga kerana insurans konvensional adalah instrumen riba, justeru itu adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menerangkan bahawa insurans yang dilanggan selama ini adalah riba dan alternatifnya adalah takaful.

Kemudian, keputusan terletak di tangan pelanggan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya, di dunia dan akhirat.

“Berapa caruman yang Tuan ambil dengan insurans sebelum ini?”, tanya saya.

“Saya mengambil tiga polisi untuk saya dan anak sulung saya, jumlahnya dalam RM500 sebulan. Saya ambil pada tahun 1999, ketika awal perkahwinan dan setahun kemudian selepas mendapat anak sulung”, jawab beliau sambil menghulurkan satu fail yang terisi polisi-polisi insurannya.

Saya mencongak-congak jumlah caruman yang sudah beliau bayar selama ini. Sebulan RM500 maka setahun RM6,000. Congakan awal saya, polisi-polisi tersebut sudah lebih 10 tahun maka sekurang-kurangnya sudah RM60,000 yang sudah dibayar selama ini.

Ia satu jumlah yang besar. Jadi tidak hairanlah beliau agak ralat untuk membatalkan polisi sedia ada dan berhijrah kepada takaful.

Sambil membelek polisi-polisi insurannya, beliau berkata kepada saya “Encik Afyan, saya sudah pun membuat kiraan sebelum saya bertemu dengan Encik. Jumlah caruman yang saya bayar untuk kesemua polisi adalah RM524.40 sebulan dan jumlah keseluruhan yang saya bayar berjumlah RM71,463.96. Dan saya sudah pun hubungi syarikat berkenaan, nilai tunai insurans saya adalah RM34,356.14. Rugi kalau saya batalkan sekarang”.

Perkataan “rugi” diulang lagi, kali ini dengan lebih ditekankan. Sambil itu beliau menunjukkan satu kertas yang bertulisan tangan tertulis jumlah-jumlah yang disebutkannya tadi.

Saya tersenyum, sambil mempelawa beliau minum minuman yang kami pesan di awal pertemuan tadi, “Minum dulu Tuan, nanti sejuk pula”.
Beliau turut tersenyum, sambil menyedut air minumannya.

Sambil minum, sempat beliau berkata “Jika saya batalkan, saya rugi 50% daripada jumlah caruman yang saya sudah bayar, kira-kira RM40,000. Memang rugi.”

Nampak semacam beliau cuba menguji saya. Suasana hening seketika.

 Sanggup Untuk Teruskan?

Saya turut minum sambil saya bertanya kepadanya, “Tuan, bagaimana kalau saya katakan yang air yang kita minum ini sebenarnya tersalah pesan?”.

“Maksud En Afyan?”, tanya beliau, keliru tiba-tiba saya berubah topik.

“Maksud saya, andai kata tiba-tiba datang pelayan restoran ini kepada kita, dan memaklumkan air yang kita minum ini sebenarnya dipesan ini adalah air minuman beralkohol, tapi kita tidak perasan dalam menunya tadi”, kata saya.

“Isshhhh…. saya akan muntahkan balik apa yang saya minum dan minta air baru”, balasnya sambil ketawa kecil.

“Tuan tidak berasa rugi?”, tanya saya, menguji.

“Tidaklah. Apalah sangat rugi sedikit berbanding minuman haram masuk ke perut kita ini”, balasnya tegas, sambill mencebikkan bibir tanda jijik dengan air syaitan itu.

“Eh, mahal ni Tuan”, kata saya merujuk kepada harga air minuman kafeteria hotel ekslusif yang kami bertemu sekarang. Memang harganya sedikit mahal berbanding restoran-restoran biasa.

“Tidak kisahlah. Saya boleh bayar apa yang sudah dipesan dan kita pesan air minuman baru. Jangan risau Encik Afyan, hari ini saya belanja Encik Afyan”, balas beliau.

“Begitulah juga dengan insurans konvensional yang Tuan langgan selama ini”, balas saya, agak tajam.

Beliau terdiam. Nampak agak tersentak berdasarkan kerutan keningnya yang tajam memerhatikan saya.

“Apalah sangat rugi sedikit berbanding dosa riba dan hukuman riba di akhirat kelak”, saya menyambung lagi, kali ini menggunakan ayat-ayat yang beliau gunakan tadi dengan sedikit olahan.

Beliau masih terdiam. Nampak ingin berkata sesuatu tapi tidak terkeluar.

“Malah Tuan, balasan dosa riba lebih teruk berbanding dosa minum arak”, tegas saya merujuk kepada penerangan awal saya berkenaan dosa-dosa riba yang Allah mengisytihar perang terhadap pelaku riba.

“Begini Tuan, saya tidak nafikan bahawa dalam situasi Tuan sudah tentu Tuan memikirkan kerugian yang bakal Tuan tanggung sekiranya Tuan membatalkan polisi sedia ada dan melanggan polisi baru. Namun, memandangkan polisi yang Tuan langgan selama ini adalah polisi riba, dan Tuan sudah pun sedia maklum tentang hukum-hakam riba, maka sudah tibalah masanya untuk Tuan berhijrah. Insya-Allah, apabila Tuan berhijrah kelak, nescaya Allah akan bersama-sama Tuan dengan keputusan yang Tuan lakukan”.

Beliau masih diam. Berfikir barangkali. Keningnya masih berkerut seperti tadi.

“Sebagaimana air yang kita tersalah pesan tadi, kita tidak terasa rugi sekalipun membayar ekstra dua harga untuk satu gelas yang kita patut minum dan satu gelas yang kita tersalah pesan, dan hanya satu sahaja yang kita akan minum sebenarnya”, sambung saya lagi, kali ini menggunakan perkataan ‘kita’ sebagai kata ganti diri pertama.

“Tuan, saya ada satu cara untuk mengurangkan kerugian yang Tuan alami. Caranya adalah dengan memindahkan nilai tunai polisi lama Tuan ke polisi baru yang akan Tuan langgan nanti. Dengan cara ini, sekalipun polisi baru Tuan baru sahaja sebulan, tetapi nilai tunainya sama dengan polisi lama Tuan yang sudah lebih 10 tahun”, saya memberikan cadangan.

Nampak sedikit sinar di wajahnya, lantas berkata “Oh, begitukah?”

 Mari Berhijrah! Hapuskan Riba

Beliau menyambung lagi “Sebenarnya saya sudah lama memikirkan alternatif terbaik untuk menggantikan polisi insurans saya ini selepas mengetahui tentang hukum haramnya kira-kira dua tahun lalu. Namun, selama ini saya buntu memikirkan kerugian yang bakal saya alami jika membatalkan insurans tersebut”.

“Alhamdulillah, hari ini saya sudah nampak jalannya”.

Beliau nampak begitu ceria sekali.

Seterusnya saya mencadangkan agar beliau tidak terus membatalkan polisi insurans konvensionalnya selagi mana polisi takafulnya berkuatkuasa sepenuhnya. Ini kerana setiap polisi baru akan mempunyai tempoh menunggu sebulan sehingga tiga bulan bagi memastikan perlindungan-perlindungan untuk kematian, lumpuh, serta sakit kritikal berkuatkuasa sepenuhnya.

Tempoh menunggu ini ada kaitan dengan tahap kesihatan peserta.

Jika polisi lamanya terus sahaja dibatalkan sebelum polisi baru berkuatkuasa sepenuhnya, risiko kepada pelanggan seandainya ditimpa musibah pada waktu itu. Jika ia berlaku, maka tiada perlindungan kewangan diberi dan saya adalah orang yang paling terkilan seandainya ia berlaku kepada pelanggan saya.

Justeru itu, saya mengesyorkan agar polisi lama dibatalkan hanya selepas polisi takaful yang baru dilanggan melepasi tempoh menunggu yang selalunya mengambil masa 90 hari atau 3 bulan. Sebaiknya selepas setahun untuk memastikan keadaan kesihatan peserta benar-benar sihat.

“Alhamdulillah, tahniah kerana Tuan berani mengambil keputusan untuk BERHIJRAH!”, kata saya. Kali ketiga saya ucapkan tahniah, dan yang paling bermakna kerana dalam masa sama saya bersyukur kerana menyelamatkan seorang lagi muslim daripada bahaya dan bahana riba.

Oh, bukan seorang, termasuk juga anaknya

credit to: http://rahsiatakaful.com/v1/saya-tahu-insurans-dan-riba-itu-haram-tetapi/
             
 – DECEMBER 15, 2011

47 comments:

RH said...

Hi, Nice post! Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back.

Thanks!

Harry
harry.roger10@gmail.com

izati roston said...
This comment has been removed by the author.
akok is a person not a kuih said...

Salam Izzati..

Terima kasih menanyakan PruBSN Takaful...

Untuk pengetahuan pihak sis, since sis dah masuk ke dalam pru cash, so... memang sayang. just apa yg sis perlu buat just mantain pru cash tue. Ini kerana kalau nak pindah nilai pun sis kena apply insurans yg baru untuk Takaful. Dan produk Takaful interms of investment tidak sebanyak konvensional.

Kalau sis nak apply yg baru jadi nyer sis akan ader 2 insurans.

thanks. Hope my answer help you

izati roston said...
This comment has been removed by the author.
akok is a person not a kuih said...

Salam,

Apa yg aunty you cakap tue betul. Kalau Sis nak invest in Takaful, sis kena surrender dan masuk ke dlm investment syariah compliance. Duit yg pru cash tue tak boleh transfer macam tue jer ke Takaful. Memang kena surrender.

Kalau sis nak surrender, untuk pru cash tue, as far I know, selepas 3 tahun baru dapat pulangan investment. Within 3 years nie, kalau sis surrender, sis probably tak dapat pulangan. Mohon check dengan customer service di talian 03-21160228. Customer service boleh membantu dan boleh mention beraper cash value sis boleh dapat kalau surrender.

Saya harap, jawapan saya membantu sis

regards
mardiyah

akok is a person not a kuih said...

salam izzati...

lups lskd nsk jswsb psdsl dana tue./ Ya dana urus dan dana unggul tue berveza. Nie kerana dana urus adelah combination bond and equity (20%:80%) manakala Dana urus 100% equity fund.

Thanks

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya dah beli insurans dana unggul prudential..saya nak tnya adakah pelaburannya sama dengan takaful prudential bsn? Masa agen terang, katanya sama dan dana unggul dapat kelulusan bank rakyat iaitu pelaburan mengikut syariah. Dah confuse skrang, adakah saya kena tukar dana unggul ke takaful prudential bsn?

Siti

akok is a person not a kuih said...

wa'alaikumussalam siti,

Dana unggul dalam prudential assurance tue memang shariah compliance. Siti tak perlu bimbang. Apa yg konvensional nya aderlah protection n medikal kad sahaja. Jika siti dah lamer mencarum prudential nie, saa sarankan tak perlulah nak tukar. Sayang pulak. Kerna protection kiter tah sideia tinggi. Just nak sarankan upgradelah life protection n medikal kad. Berdasarkan pengalaman saya, Banyak benda yg kita tak sangka akan berlaku... contoh kemalangan melibat kan pekerja petronas.. dalam belog nie saya ader tulis.. (Dapat RM400K dalam masa 4 bulan). Thx

Anonymous said...

saya pun confuse sbb mcm same je yg konvensional dgn takaful ni..hmm

akok is a person not a kuih said...

cara atau system Takaful berlandaskan Shariah.. buat investment berlandaskan shariah

ader link yg membezakan konvensional vs Takaful

http://akupenjualinsurans.blogspot.com/2012/04/takaful-dan-insurans-konsep-yang-sama.html

Anonymous said...

Salam saya nak tnya. Sy baru je ambil insurans prudential. Masa agen explain sy tak perasan yg tu insurans conventional sbb dekat kertas tu besar logo prudential takaful dan sebelah kiri ade logo prudential. Selepas 4 bln baru sy perasan yg insurans sy tu bkn takaful sebab dekat medical kad takde logo takaful. Rugi tak kalo sy nk terminate insurans tu and agen cakap sy boleh terminate bila insurans sy dah setahun. Betul ke mcm tu ?

akok is a person not a kuih said...

Salam Farhanim,

baru 4 bulan ambik? Kalu u terminate skrg boleh, tiada masalah. Yg part rugi tue dari segi duit simpanan bulananlah. You akan dapat sikit atau x dapat langsung.

Kalu nak ambik yg takaful, saya advice jgn terminate dulu yg konvensional tue, hingga Takaful punyer approved. Saya takut malang x berbau, at least you still ader yg insurans konvensional to back up medical expenses. Since dah 4 bulan, medical card dah fully boleh pakai.

Anonymous said...

Means premium yg kita byr before ni mmg tak dapat ape2 la kn. Kira burn mcm tu je kan. Kalo sy nak tunggu takaful punya approved sy kene byr dua insurans. Lagi satu sy byr guna auto debit. If nak terminate sy kne isi borang stop auto debit ke?

akok is a person not a kuih said...

Salam Nur Farhanim,

Kalau bayaran bulanan sikit maka burnlah duit tue, kalau ader insured banyak, aderlah sikit duit tue.

Ya benar, you kena bayar 2 insurans for time being, takaful kena approved.

boleh cancel auto debit. Mintak dengan agent cancellation auto debit punyer form (alteration request form)

Anonymous said...

agent yg terang kt sy pon.ckp cmtuuu..dana unggul tu ikut syarak..betul ke?

akok is a person not a kuih said...

Dana unggul memang ikut syarak.

akok is a person not a kuih said...

Dana unggul ikut syarak. Nak tahu bukti saya berikan link di sini untuk rujukan.

http://www2.prudential.com.my/export/sites/default/prudential_en_my/resources/PRUlinkfunds/PRUlink_dana_unggul_2011.pdf

Dana unggul invest dalam
FTSE-Bursa Malaysia Emas Shariah Index (FBMSHA)

harap jawapan saya membantu.

aiskacangsatu said...
This comment has been removed by the author.
aiskacangsatu said...
This comment has been removed by the author.
aiskacangsatu said...

saya amik insuran konvesional dana unggul.dana unggul saya tahu ikut syarak tapi sy nak tahu hukum bile terima pampasan atau bayaran bil hospital atau lain2,sy nak ia halal atau haram.adakah mengikut syarak..

akok is a person not a kuih said...

Salam,

terima kasih kerna bertanya. Jika nak diikutkan sekarang ianya haram kerna pampasan kematian, medikal kad, pampasan penyakit kritikal ini.. kebanyakan duit dilaburkaqn ke tempat yg boleh mendtangkan shubhah (keraguan).

Tapi untuk saving ia dikira invest ditempat yg Halal.

Jika puan ambik sebelum datang nya sistem Takaful nie.. ia dikira harus...

akok is a person not a kuih said...

kebanyakan sekarang tak ambik sistem konvensional walapun ader investment yg halal, ia masih dikategorikan ader keraguan, unsur riba dan judi. duit yg halal n haram disatukan masih haram dijual beli.

aiskacangsatu said...

sy dah amik konvensional pastu nak tukar ke takaful..tp agent ckp kene amik dua2 dulu pastu da setahun baru boleh benti salah satu.tp sy rase cam ade yg xkene je.hurm

aiskacangsatu said...

saya amik mase ade nye takaful tapi saya xtahu time tu ade takaful ape bende..pastu sy ingat islamik nye yg sy amik sekarang.rupe konvensional..silap sy gak x kaji.cmne eh kak

akok is a person not a kuih said...

Kiranya aiskacang nie ader 2 polisi lah ya. Sebenarnya boleh nak surrender walaupun x sampai setahun. Yg rugi ejen tue pasal x dapat komisen.

So, since jika dah ader dua, better adik surrender yg konvensional tuh. Tapi cash value kemungkinan sikit atau x dapat apa2 return kerna polisi masih baru.

Jika ader konvensional sahaja n nak convert tue takaful pun boleh. Tapi make sure takaful tue dah approved baru surrender konvensional. Ini utk maintain the protection coverage. Jika apa berlaku semasa appy takaful n x approved lagi, at least coverage konvensional boleh dituntut atau boleh guna medikal kad.

aiskacangsatu said...

sy nk convert takaful tapi agent ckp terminate pastu kene tgu setahun klo nak amik takaful..terase lame pulak...

akok is a person not a kuih said...

Tak perlu tunggu setahun. Just ambik dulu Takaful dulu n lepas approved, baru terminate. Yg tunggu setahun tue pasal , ejen takut polisi ROP (replacement of policy) Bila ROP, ejen x dapat komisen. Sebab tue ejen tue suruh tunggu setahun.

aiskacangsatu said...

ooo..tq kak..byk maklumat sy dpt..thanks byk2..huhu

Anonymous said...

Assalam..sy ade amek insuran ank..
Isunye.. agent xkomited dgn sy..sy nk batalkan n nk uruskan sendiri thru insuran bleh?? Serius xkomited dgn claim..info yg diberikan sgt negatif..

akok is a person not a kuih said...

Hi Anonymous,

Nak batalkan dengan ejen lama boleh. Kalu nak uruskan claim masih perlu berhubung dengan ejen. Puan/Encik boleh pilih mana2 ejen yg u kenal untuk uruskan perkara yg berkaitan. Ini kerna borang claim atau borang yg berkenaan memerlukan signature ejen.

sekian

Rossa Calla said...

Bagus ambil insuran takaful sekarang ...patuh syariah

akok is a person not a kuih said...

aah betul Rossa Calla,

Memang bagus ambik Takaful.. untuk protection masa hadapan... Hidup nie penuh dengan perkara yang tidak dijangka

mbk

Unknown said...

Hai..saya amik prudential dana unggul since 2009 and monthly premium RM100. Sepanjang 7 thn ni saya xpernah buat apa2 claim..now saya terfikir untuk terminate tp saya xtau brp amount yg sy boleh dpt..agen saya pulak dah lama hilang..mcmn kalau sy nak terminate dn kemudian pindahkan ke takaful? dan mcmn sy nak tau brp amount yg akan sy dpt kalau sy terminate. terima kasih

akok is a person not a kuih said...

Hi Sya Maris,

Terima kasih kerna sudi bertanya,

Jika nak terminate, mohon call customer service ditalian: 03-2116 0228 atau berkunjung di kaunter atau cawangan Prudential Assurance Malaysia Behad yang terdekat. Jika ke cawangan lebih baik, cepat sikit prosesnya. Duit refund akan dibayar samaada melalui cek atau terus credit ke akaun sis. 14 hari waktu bekerja prosesnya.

Jika sis nak tahu berapa amount yg dapat, mohon call service center seperti no tel yg saya tulis diatas.

Jika sis nak tukar ke Takaful selepas termination polisi, sis boleh call saya ditalian 019-2853910 atau call ejen yang cik/puan kenal/ ejen yg terdekat untuk permohonan baru. Sekarang nie, registration polisi melalui on-line.

moga saya dapat menjwab soalan

cheers

mbk
0192853910

akok is a person not a kuih said...

Hi Sya Maris,

Nasihat saya apply Takaful dulu sebelum terminat. Once Takaful dah approved baru terminate yg lama. Pasal, to make sure perlindungan berterusan. Takut apa2 jadi in the middle.

mbk
0192853910

Chico said...

Salam,
Saya ada kemusykilan pasal prudential conventional sy.agen menyatakan polisi saya dikira murah iaitu hanya rm160 untuk saya dan anak sy.tetapi sy tidak tahu brapa nilai tunai polisi sy.agen jugak tidak memberi jawapan setiap kali ditanya.mcm mana sy nak tau jumlah ye.

Macam mana sy nak tukar polisi ke takaful ye.tq

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam puan,

Jika puan ingin tahu berapa nilai tunai polisi terkini, saya sarankan puan menghubungi customer service prudential di talian :03-2116 0228 untuk pertanyaan. Mereka boleh beritahu nilai tunai terkini.

Untuk convert ke Takaful, saya nasihatkan puan jangan terminate konvensional dulu. Ambil polisi takaful hingga approved. Selepas polisi takaful approved, baru terminate konvensional. Puan boleh apply polisi Takaful sepertimana puan apply polisi konvensional terdahulu. Puan perlu bertemu dengan ejen , mohon quotation dan isi borang. puan tinggal dimana ? :))

saya tinggal di wangsa maju,kl. Jika puan sudi.. no tel saya 019-2853910.

salam Ramadhan
mbk

miri said...

Assalamualaikum Akok,

Suami ada membeli polisi conventional pada tahun 2010/2011 sehingga sekarang tetapi di bawah Dana Unggul (under Shariah Compliance). Atas faktor usia dan telah lama membeli polisi ini, adakah masih perlu suami saya untuk terminate polisi ini (under dana unggul) dan membeli insurans takaful? Dia peruntukkan rm150 sebulan termasuk medical card.

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam mimi,

Nasihat saya tak perlulah terminate polisi konventional. Kerna ia sudahpun lama. Sudahpun mencapai 6 tahun. Jika polisi sudah mencapai usia 6 tahun, tak banyak charges yg di tolak oleh syarikat. Dana pun saya kira sudah banyak.

Memandangkan faktor usia dan telah lama memegang polisi, saya sarankan tak perlu terminate. Kekalkan ia. Ini kerana jika ambil Takaful:-

1. Monthly contribution akan tinggi dan coverage akan dapat kurang. Melainkan coverage yg sedia ada itu adalah rendah.

2. Pernah masuk mana2 hospital? Jika ya, polisi yg baru tidak akan cover penyakit yg sedia ada.

Boleh saya tahu, berapakah usia suami mimi? Jika sudah berusia 30 ++ ke atas , monthly contribution RM150 tak akan dapat. Paling murah pun starting rm200. Itupun cover compulsory coverage seperti death dan TPD plus medikal kad sahaja.

Harap saya menjawan soalan

mbk

Unknown said...

Dear Sis Akok,

Thank you sbb advise dengan cepat. Umur suami skrg 32. Xpernah masuk mana2 hospital atau menggunakan insurance/med card untuk claim. Tapi recently ada claim for saving money yang diperoleh.
Jadi, kesimpulannya, suami tidak perlu menukar polisi and remain as conventional dan mengambil dana unggul, ye?

Saya sendiri juga ada mengambil conventional policy di aia selain prudential(under takaful untuk sendiri tahun 2012).saya akan bertanya kepada agent jika company mempunyai shariah compliance for fund. Saya telah membeli insurans ini sejak january 2009 sebelum takaful insurance (tapi tiada medic card) pada tahun 2012.

akok is a person not a kuih said...

Salam Puan,

Ya, Suami puan tak perlu menukar polisi. Biarkan ia seadanya. Saya sarankan puan mohonlah medikal kad. Memandangkan puan mencarum AIA, better ambik yang group family takaful. Boleh join dengan suami.

mbk

0192853910

Anonymous said...

Salam sis,

Nak tanya, saya ambil insurance Prudential Dana Unggul since Dec 2014. Monthly about RM150. Sekarang saya rasa nak terminate insurance tu sebabnya (1)komitmen semakin meningkat; (2)nak tukar kepada takaful insurance once dah stabil.
Saya dah call customer service, and he informed me that the surrender value is RM160 only. Kenapa sikit sangat? Macam mana pengiraan dia actually?

TQ.

akok is a person not a kuih said...

Salam Anonymous...

Terima kasih kerna sudi bertanya,

Kenapa sikit sangat? Walaupun insurance anonymous ambik tue berbentuk investment, kalau tak invest dalam saver, cash value tak banyak. Ini kerana didalam polisi ada satu manfaat yaitu saver. Saver itulah sumber cash value untuk saving. Lagipun polisi baru berusia 3 tahun. Return on investment tak dapat untung lagi. Kena tunggu 6 tahun baru nampak hasil. Sebab itu ia sikit.

Cara pengiraan nya, apa yg saya tahu, nak dapat hasil banyak atau sikit berdasarkan prestasi syarikat dan tempat syarikat invest. Jika ada keuntungan, untunglah. Dan sebaliknya.

moga saya menjawab soalan

mbk
moga saya menjawab soalan.

Anonymous said...

Salam sis,

Oh I see. Saya pun baru perasan yang polisi saya xde sekali saving. Kalau saya terminate sekarang kira rugi lah kan, sis.

Thank you sis.

akok is a person not a kuih said...

Salan anonymous,

Ya. Kiranya rugi jugak. Memandangkn komitment makin banyak, apa kata anonymous reduce benefits yg ada kecuali kad perubatan. Sekurang-kurangnya, anonymous masih ada protection. Kita tak tahu perkara yg berlaku masa depan. Kalau nak ambik takaful masa kewangan atau keadaan dah stabil, caruman bulanan dah tinggi ketika itu. Inflasi sentiasa ada.

Moga saya memberi pencerahan yg sebaiknya

Mbk
0192853910

Unknown said...

Mcm mna pulak dgn skrng dah ad insuran medical card utk pesakit diabetes.. tapi takaful xde lg..

akok is a person not a kuih said...

Assalamualaikum Puan Saidah,

alhamdulillah sekarang nie ada syarikat takaful yang terbuka untuk menerima pesaikit diabetes dengan offer kad perubatan. Untuk Takaful, ada company yang offer untuk penyakit diabetes. Akan tetapi kena lihat juga tahap penyakit diabetes tue macam mana. Jika penyakit diabetes tue sudah kronik atau tahap II ke atas, agak sukar untuk menawarkan perlindungan penyakit diabetes. Semuanya diatas medikal report Dr.

maaf saya lambat respond

cheers
mbk
0192853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...