Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Monday, May 7, 2012

“Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful/insurans cover atau tidak?”



Salam everybodiess....

Nie tak nak citer pasal politik. Dah menimbum kat dalam alam maya pasal politik nie.. Just nak share pasal insurans cover tak kalau masuk himpunan nie.. contohnyer nyer Bersih.... Terpikir lah jugaks... maner tahu clients diluar saner begitu bersemangat nak masuk perhimpunan nie... So.. terjawablah persoalan sayer nie biler blogger Rahsia Takaful menghuraikan nyer secara jelas dan nyata...

“Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful/insurans cover atau tidak?”

Saat ini, 2 hari menjelang 9 Julai 2011, antara soalan yang paling popular diajukan kepada saya ialah “Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful cover tak?”.

Sekali imbas, ia soalan-soalan nakal ditujukan kepada saya selaku perunding takaful. Namun, di sebalik kenakalan tersebut, ia ada benarnya juga.

Ada juga saya memberi respon kepada soalan itu dengan respon, “Ada cover – Takaful ALLAH Taala”.

Untuk menjawab persoalan ini beberapa perkara yang saya lakukan, antaranya;

menyemak terma-terma pengecualian di dalam polisi, berbincang dengan rakan-rakan perunding takaful,
bertanya kepada bahagaian tuntutan syarikat takaful, saya juga bertanya kepada rakan-rakan peguam, memandangkan ia ada kaitan dengan undang-undang.

Selepas beberapa perbincangan dan penyelidikan dijalankan, saya dapati soalan ini perlu disertakan dengan beberapa sampel kes, agar ia menjurus kepada jawapan yang tepat. Apapun, tulisan yang bakal saudara-saudari baca nanti bukanlah mewakili mana-mana syarikat takaful. Ia hanyalah pandangan berdasarkan pengalaman peribadi seorang perunding takaful.

Pertama, apabila dirujuk kepada terma-terma di dalam mana-mana polisi takaful dan insurans, selalunya akan terdapat klausa pengecualian yang memungkinkan syarikat tidak akan membayar pampasan sekiranya kemalangan berlaku akibat daripada penglibatan di dalam rusuhan dan perhimpunan haram.

Antara klausa pengecualian yang boleh dijadikan contoh ialah sebagaimana berikut;

Peserta Terlibat dalam atau percumaan dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.
Tuntutan terhadap penyakit atau kecederaan akibat daripada perlakuan yang melanggar atau menyalahi undang-undang.

Kedua-dua klausa di atas saya ambil daripada laman web http://www.insuranceinfo.com.my  yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dan ia selari dengan klausa-kluasa pengecualian yang di dalam polisi mana-mana syarikat takaful.

Berdasarkan klausa-klausa di atas, nyata sekali sekiranya berlaku kecederaan atau kemalangan ketika terlibat di dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara, termasuk perhimpunan awam, maka tuntutan ke atas perkara tersebut akan ditolak. Ia bukan terhad kepada perhimpunan awa, malah juga aktiviti perjudian, rompakan, kecurian, dan sebagainya.

Saya pasti, semua orang akan bersetuju dengan kesimpulan pertama ini, termasuk pegawai bahagian tuntutan syarikat insurans / takaful 

Kedua, timbul pula isu lain, adakah perhimpunan BERSIH adalah termasuk perkara yang dikira sebagai “aktiviti melanggar undang-undang”?

Inilah yang menjadi persoalan besar untuk menjawab soalan “Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful cover tak?”. Untuk menjawab persoalan ini, saya bertanya kepada bahagian tuntutan syarikat takaful serta beberapa orang peguam.

Di syarikat yang saya wakili belum pernah terjadi isu tuntutan seperti ini. Malah pengalaman saya sendiri selepas lapan tahun menjadi perunding takaful, belum pernah ada pelanggan yang membuat tuntutan selepas terlibat “perhimpunan awam” 

Antara maklumat yang saya terima, memang pernah berlaku satu kes mahkamah seorang pelanggan insurans yang membawa kes ke mahkamah apabila tuntutan insurans kemalangan yang dibuatnya ditolak dengan alasan kemalangan terjadi kerana beliau terlibat dalam demonstrasi resformasi 1999.

Pada waktu itu, beliau mengalami kecederaan apabila terlibat dalam satu siri demonstrasi reformasi di ibu kota. Proses mahkamah membawa beberapa tahun dan akhir sekali pihak pendakwaan gagal membuktikan dia terlibat dalam perhimpunan awam. Beliau mempertahankan pertuduhan dengan pembelaan bahawa beliau di dalam perjalan pulang daripada kerja syif malam ketika dalam demonstrasi reformasi itu. Justeru, mahkamah menerima penghujahannya dan mendapati beliau tidak bersalah. Maka, akhir sekali beliau Berjaya membuat tuntutan daripad syarikat insurans selepas beberapa tahun.

Saya hanya mendegar kes ini berdasarkan cerita seorang rakan, dan bercadang ingin mendapatkan fakta kes bagi rujukan di kemudian hari. Mungkin ada rakan-rakan peguam yang dapat membantu saya mendapatkan fakta kes ini?

Seterusnya, untuk mendapat kepastian tentang perkara ini, saya berbincang dengan rakan-rakan peguam yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan kesalah demonstrasi.

Satu jawapan yang agak mengejutkan saya, yang  sebenarnya sudah saya pelajari di universiti dulu, perkataan “perhimpunan haram” yang termaktub di dalam Akta Polis tidak difahami oleh polis sendiri!

Untuk makluman semua, di dalam Akta Polis, Seksyen 27 memperuntukan sebarang perhimpunan hendaklah mendapat permit daripada polis, jika tidak ia dianggap sebagai perhimpunan haram.

Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukan :

Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah yang berkenaan.

Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperolehi demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.

OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang.

Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan perhimpunan biasa di dalam bangunan kebiasaanya dibenarkan
Apa yang berlaku di dalam kes-kes yang melibatkan perhimpunan awam ialah, polis sendiri tidak dapat membuktikan berlaku perhimpunan haram. Antara contoh dialog perbicaraan mahkamah yang menjadi bahan jenaka di kalangan peguam adalah sebagaimana berikut;

Peguam : Apakah perhimpunan haram?

Polis : 3 orang atau lebih berkumpula tanpa permit.

Peguam: Baiklah, jika saya bersama isteri dan anak berkumpul sambil menikmata makan malam di dalam rumah, adakah ia haram?

Polis : Oh, tidak. Perhimpunan haram mesti di luar premis.

Puguam : Baiklah, jika saya, ister dan anak berada di luar rumah sambil menikmati makan malam, adakah dikira sebagai perhimpunan haram?

Polis : Oh, tidak. Perhimpunan haram hanya jika terdapat pembesar suara.

Peguam : Baiklah, jika saya, isteri dan anak berada di luar rumah sambil berkaraoke, adakah dikira perhimpunan haram?

Polis : Errr…. ya… eh tidak….

Yang paling nyata, Seksyen 27 Akta Polis ini bersalahan dengan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub

Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

(1) Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4);

(a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

(b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;

(c) Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.

KESIMPULAN yang dapat saya rumuskan untuk menjawab persoalan “Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful cover tak?”, ia bergantung kepada persoalan ”Adakah menyertai BERSIH melanggar undang-undang atau tidak?”. Jika BERSIH adalah aktiviti yang melanggar undang-undang, maka sekiranya berlaku sebarang kecederaan ketika terlibat dalam aktiviti itu tidak akan diberikan pampasan insurans / takaful. Tapi jika ia tidak melanggar undang-undang, maka syarikat takaful / insurans mesti meluluskan tuntutan yang dibuat.

Dan, yang akan menjawab soalan ”Adakah menyertai BERSIH melanggar undang-undang atau tidak?”, adalah mahkamah, bukan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, atau Perkasa!

I rest  my case!

credit to: Rahsia Takaful :) Peace no war!!!!!

5 comments:

rohaniah noor said...

artikel anda yg paling saya suka kerana melibatkan pemikiran analisa di dalamnya.
persoalan saya: adakah bersih 3.0 melanggar pertauran? perintah mahkamah hanya utk tidak berhimpun di dalam ataran merdeka. ada border yg jelas dilukis di dalam perintah mahkamah itu. tetapi ramai ditumbuk, dipukul dan dilantar gas dan air kimia di luar kawasan larangan. maka adalah ia dikira perhimpunan awam yang melanggar undang2?
saya rasa, tidak, mereka berhak untuk membuat tuntutan.
puan penasihat takaful ada pandangan?

akok is a person not a kuih said...

mengikut pandangan peribadi sebagai agent insurans, insurans hanya akan membayar tuntutan clients berdasarkan terma dan syarat Insurans. Jika perintah mahkamah menyatakan perhimpunan itu adalah dilarang sama sekali, maka clients tidak boleh membuat tuntutan. Jika perintah mahkamah tidak menyebut sama skali akan perhimpunan itu melanggar undang2 maka clients boleh membuat tuntutan. Ini semua terpulang pada perintah mahkamah.

akok is a person not a kuih said...

Antara klausa pengecualian yang boleh dijadikan contoh ialah sebagaimana berikut;

Peserta Terlibat dalam atau percumaan dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Tuntutan terhadap penyakit atau kecederaan akibat daripada perlakuan yang melanggar atau menyalahi undang-undang.

Kedua-dua klausa di atas saya ambil daripada laman web http://www.insuranceinfo.com.my yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dan ia selari dengan klausa-kluasa pengecualian yang di dalam polisi mana-mana syarikat takaful.

Berdasarkan klausa-klausa di atas, nyata sekali sekiranya berlaku kecederaan atau kemalangan ketika terlibat di dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara, termasuk perhimpunan awam, maka tuntutan ke atas perkara tersebut akan ditolak. Ia bukan terhad kepada perhimpunan awa, malah juga aktiviti perjudian, rompakan, kecurian, dan sebagainya.

rohaniah noor said...

tapi diorg tak langgar undang2. undang hanya tak bagi masuk kawasan dataran. ini di luar dataran

akok is a person not a kuih said...

Ini semua tengok pada situasi....kalau perhimpunan itu terlalu risiko.. insurans awal2 angkat tangan says "NO". Tapi semuanyer tengok pada keadaannyer. Banyak yang insurans harus tengok... yg penting kalau report dr tak mention apa2 pasal perhimpunan nie.. dan pihak insurans tak tahu maka lepas lah!! Kalau pihak insurans tahu, tgk pulak kes nyer macam mana. Tapi, tuntutan itu akan mengambil masa.......