Friday, May 11, 2012

Hijabster : Sebalik Hijab

Sering kali kita dengar soalan dilemparkan pada wanita muslim “Kenapa harus pakai tudung”? Tetapi masih ada yang ragu-ragu dan tidak dapat menjelaskan apa maksudnya. Akan tetapi kita haruslah ketahui yang maksud bertudung terdapat di dalam pelbagai aspek.
Dalam islam wanita muslim diharuskan berhijab kerana ia adalah sebahagian dari aurat wanita. Islam menuntut agar wanita muslim berhijab untuk mengelak kan timbulnya perkara maksiat dan dosa. Berhijab melambangkan ketulenan serta maruah diri seseorang wanita muslim. Perlu kita ketahui yang mana di dalam islam menyatakan wanita itu dihargai kerana iman dan ilmu nya dan bukan lah berdasarkan populariti dan gaya seksinya.

Dari aspek kebersihan pula, ada sesetengah profesion seperti pekerja di outlet makanan dan jururawat dimestikan untuk menutup kepala dengan hijab. Dari situ kita boleh memperlihatkan bahawa hijab bukan sekadar untuk menutup aurat sahaja malah juga ia untuk kebersihan.

Bukan sekadar dijadikan gaya sahaja tetapi bertudung boleh menyekat dari terkena pancaran matahari berbahaya juga. Kulit akan terselamat dari pancaran matahari tersebut dan tanpa disedari ia boleh menyebabkan kulit kita berada dalam keadaan sihat. Hijab bukanlah cuma helaian kain yg boleh menutup kepala sahaja sebaliknya ia melambangkan tingkah laku, cara pemikiran, iman dan pendirian seseorang wanita muslim tersebut.

credit to: OhBulan


No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...