Wednesday, March 16, 2016

PERLU KE ORANG KERJA KERAJAAN ADA INSURANS? PERLU KER AMBIL, RUGI...KAN KERAJAAN DAH COVER SEGALA GALANYA?


🅰Keistimewaan pegawai kerajaan di hospital kerajaan ialah mendapat rawatan percuma sahaja.
🅰Tetapi senarai menunggu masih perlu diikut jika penyakit anda tidak urgent.
🅰Urgent di sini maksudnya ialah kalau tidak dirawat segera, boleh mati. Makin segera kematian kalau tidak dirawat, makin urgentlah kes tersebut. Kalau tak rawat pun tak mati maksudnya tak urgent dan boleh masuk ke senarai menunggu.
🅰Dalam senarai menunggu, siapa yang datang dulu dia dapat. Di sini anda perlu faham yang ada sakit yang boleh dirawat dengan ubat tahan sakit. Walaupun orang tersebut mengalami kesakitan sekali-sekala, dan penyakit yang dia alami tidak akan menyebabkan kematian (hanya menyebabkan kesakitan) jadi ada kemungkinan kami akan beri ubat tahan sakit dan orang tersebut masih akan berada dalam senarai menunggu.
🅰Perkara ini memang digunapakai di semua hospital kerajaan sejak dahulu lagi.
🅰Saya yang doktor ini kalau mahu mendapatkan rawatan pun, saya perlu ikut procedure ini. Walaupun doktor bedah itu kawan kelas saya dulu. Saya masih kena hormat polisi, undang-undang dan pesakit lain yang sudah berada di senarai menunggu. Jika saya nak cepat, saya perlu pergi ke hospital swasta dan bayar apa yang mereka sudah tetapkan. Melainkan jika saya ada insurans. Insurans akan bayar untuk pihak saya.
🅰Mesti anda tertanya-tanya kan, kenapa kerajaan lembap sangat, tak upgarde sistem ke? Sebenarnya kerajaan dah banyak tambah dan besarkan hospital dan klinik kesihatan. Tetapi saya pun heran, sebab setiap kali kerajaan tambah hospital, tambah staf, tambah besar ruang hospital/klinik, setiap kali itu juga pesakit pun tiba-tiba bertambah ramai memenuhi ruang yang baru sahaja dibuat tersebut. Entah daripada mana semua orang ini datang pun sukar untuk saya kenal pasti. Tetapi, apa yang pasti adalah fasiliti kesihatan kerajaan masih lagi digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia.
🅰Berbeza dengan swasta yang hanya digunakan oleh segelintir masyarakat kita terutamanya golongan yang kaya. Kerana itulah pesakit di hospital swasta tidak ramai berbanding di hospital kerajaan.
🅰Tempat duduk ruang menunggu hospital swasta selalu banyak kosong walaupun tidak begitu banyak kerusi disediakan. Berbeza dengan hospital kerajaan yang tempat duduk di ruang menunggunya (walaupun banyak macam dalam wayang) penuh sehingga ada yang terpaksa berdiri. Jadi sebab itu, hospital swasta boleh untuk melakukan pembedahan atau apa-apa procedure sebaik sahaja penyakit dikesan. Hospital swasta tidak memerlukan senarai menunggu kerana tidak ramai pesakit yang datang ke hospital mereka. Pembedahan boleh dilakukan bila-bila masa walaupun sebenarnya ianya tidak begitu urgent. Lagi pun, orang kaya selalunya rajin buat senaman dan makan makanan yang sihat. Jadi mereka biasanya hidup lebih lama dan masih kekal sihat.
🅰Saya bukan nak buat promosi, tapi memang bagus kalau ada insurans. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai yang dah ada penyakit sebelum umur 30 tahun pun. Baru masuk umur 40 tahun ada yang dah masuk hospital banyak kali.
🅰Ingat, walaupun anda kerja kerajaan dan dapat rawatan percuma di hospital kerajaan, tetapi anda masih tetap perlu mengikut polisi dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kalau anda jenis kurang sabar, sila ambil insurans untuk anda dan keluarga

mbk
perunding takaful
0192853910

Wednesday, February 24, 2016

[ USIA vs TAKAFUL ]


20 an - Masa ni rasa diri sihat, aktif dan x terfikir akan sakit. Jadi untuk apa bayar takaful setiap bulan? Lebiih baik simpan, kumpul beli barang2 idaman atau melancong.
30 an - Masa ni biasanya dah ada anak bini. Dah mula sedar tanggungjawab terhadap keluarga dan perlu ada takaful sebab dah ada tanggungan. Tapi nak ambil satu family agak mahal bayarannya...hummm tangguh dulu la, tunggu stable dulu.
40 an - Ok masa ni rasanya mmg dah kena ambil takaful, financial pun dah stable sikit. Tapi bila tgok harga, uish makin mahal. Memang la mahal dah 40an tambah kenaikan bill hospital lg. Lagi pun kebanyakan pada umur 40 mcm ni ramai yg dah ada sakit2 minor yg dikecualikan pengendali takaful jika memohon skrg. Rugi pulak. Biarlah, harapkan insurans company je la cover 1 family.
50 an - OK masa ni betul2 kritikal. Dalam beberapa tahun lagi dah nk pencen. Insurans company dah x cover family lg. Diri sendiri pun rasa dah x sihat seperti dulu. Panggil ejen nk daftar takaful skrg, xkisah la mahal mcm mna sekalipun sebab skrg bukan lg masalah duit, financial dah strong. Malangnya masa ni dah bnyk penyakit dalam badan, darah tinggi,kencing manis dan lain2. Pandang muka bini pandang muka anak, xpelah, saya buat untuk anak2 sahaja. Sbb sy dan isteri dah xlayak nak mohon takaful. Maka bersaralah seseorang itu x seperti dlm perancangan. Bila sakit korek balik semua investment yg dilakukan dari awal2 bekerja dulu untuk tampung kos perubatan. APALAH NASIB.
PENGAJARAN : Rancang kewangan anda dari awal. Ambil takaful dari awal sbgai pelindungan diri dan juga sbgai pelindungan investment anda. Kalau rancang betul2 dari awal InsyaAllah xde masalah mcm diatas. JADILAH BIJAK, JADILAH MACAM RASHID. :)

credit: facebook Muhammad Fauzi

Friday, February 19, 2016

SALAM JUMAAT



Moga dipermudahkan segala urusan kita pada hari ini , dibukakan pintu-pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kita semua.

Amin

mbk
perunding takaful
0192853910

Sunday, February 14, 2016

Aku masih ada disini

Aku masih ada
Disini
Bernafas di dunia ini

Aku masih ada
Turun padang jumpa klien
Bertegur sapa, memberi ilmu pada yang sudi mendengar dan memahami
Tak kira panas terik mentari atau hujan di dinihari

Maafkan aku tak sempat tulis cerita Takaful
Di blog ini

Akan datang nanti aku bercakap kembali

Mbk
Perunding Takaful
019-2853910

Tuesday, November 3, 2015

Manfaat Elaun Hospital : Perlu Atau Tidak?

Ramai yg bertanyakan saya isu manfaat takaful elaun hospital sebuah syarikat insurans / takaful yg tiada lagi utk klien baru.

Ini adalah pandangan saya, sedaya mungkin tidak bias menggunakan ilmu dan sedikit pengalaman yg saya ada dlm bidang servis perancangan kewangan.

Bagi ejen yang gunakan stail sales-appoach, akan mengalami masalah kerana elaun hospital merupakan daya penarik utk pelanggan.

Tapi bagi ejen yang menggunakan pendekatan khidmat nasihat kewangan berdasarkan keperluan, dalam konteks takaful sebagai income protection, manfaat elaun hospital bukan prioriti.

Prioriti Elaun Hospital


Prioriti adalah manfaat kematian, lumpuh, kemalangan dan sakit kritikal serta medical card.

Elaun hospital sebagai sebagai kosmetik, jika ada bajet lebih. Saya jarang cadangkan manfaat ini utk klien.

Walaupun syarikat takaful / insurans yang terlibat tiada kaitan dgn saya, tapi bukan cara beretika utk seseorang ejen memburukkan kompeni takaful lain.

Diceduk dari web site Rahsia Takaful


mbk
0192853910
Ejen Cabuk ---- Pinjam kata2 En Afyan

Thursday, October 8, 2015

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 5]: LECEH GILA NAK CLAIM



Bergantung dari sudut mana yg anda tengok. Syarikat boleh bayar RM972 juta claim setahun, kalau RM2000 anda minta claim tak berbayar mesti ada sebabnya.

RM2000 bayar jelah apa susah, untung banyak!

Pelanggan yg berjaya dapat claim, dari syarikat mana pun, takkan viral kan berita claim mereka walaupun dibayar RM15000 seperti pelanggan saya. Ini kerana hal kesihatan adalah sulit dan persendirian. Agen yg bersemangat saja yg biasanya cuba viralkan claim pelanggan sendiri - berbangga denga usaha mereka.

Tetapi bila RM2000 claim lambat sedikit disebabkan teknikal, 30,000 kali viral jadinya!
Nampak tak mindset viral media sosial baru-baru ini? Syarikat lain pun ada saja yg claim dilambatkan dan ditolak. Tak jadi viral pun sebab:

1. Orang tak kisah pasal sangat syarikat tersebut.
2. Pengguna dan agen bersikap matang dalam menyelesaikan masalah.
3. Aduan telahpun dibuat kepada pihak berwajib.

Nasihat saya jika nampak kes viral syarikat lain "tak boleh claim", kita agen Takaful jagalah akhlak islami kita dan tak perlu viralkan kes syarikat lain tanpa siasatan. Ini bukan arahan saya tapi dari Quran, jika anda beriman dengan-Nya, dalam surah al-Hujurat 6.

Proses claim tidak susah dan tidak juga senang, ikut prosedur dan peraturan syarikat, dan ikut undang-undang di bawah penyeliaan Bank Negara, senang saja claim.

DISCLAIMER: Semua entri Edisi Insurans Penipu di petik dari facebook seorang Dr dan juga seorang ejen Takaful Cc: Faiz Najmi

Wednesday, October 7, 2015

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 4]: INSURAN BOLEH TUKAR TERMA DAN SYARAT BILA-BILA

Boleh seperti 12.9.1 dalam gambarajah. Jika diarahkan kerajaan Malaysia. Antara kes yg telah berlaku baru-baru ini:
1. GST - arahan dari kerajaan Malaysia untuk mengenakan 6% GST untuk semua manfaat dan rider kecuali manfaat kematian. Maka notis diwartakan, dikeluarkan dan dikhabarkan kepada pemegang polisi sedia ada.
2. MH370 yg hilang- penyiasatan tidak lengkap kerana mayat tidak dijumpai dan serpihan kapal saja yg ditemui. Mengikut undang-undang, jika seseorang pemegang polisi hilang, hanya selepas 7 tahun saja baru pampasan kematian dapat dibayar. Namun, dengan pengumuman kerajaan bahawa MH370 ditimpa "kemalangan", maka wajiblah insuran membayar manfaat kematian dan kemalangan sekaligus.
Gambarajah 1
Bagaimana pula dengan kes yg BUKAN arahan kerajaan Malaysia? Orang suka baca 12.9.3 buku polisi [sila rujuk gambarajah 1) sebagai menunjukkansyarikat takaful/insurans  boleh ubah terma dan syarat sesuka hati, lantas memburukkan syarikat takaful/insurans. Ya, semua syarikat Takaful/insuran mempunyai klausa yg lebih kurang sama saja. 
Syarikat Takaful/Insurans boleh menukar terma yg TIDAK MEMBERI IMPAK KEPADA HAK DAN MANFAAT DALAM SIJIL (12.9.3) [mohon rujuk gambarajah 1). Maknanya berapa nombor yg dijanjikan itulah yg syarikat perlu tunaikan asalkan claim itu valid, tiada fraud dan mengikut undang-undang.
Kes viral yg berlaku pada salah syarikat Takaful pada awal tahun ini , di mana GL disekat utk kemasukan wad penyakit ringan kali ketiga dalam setahun, adakah ia merubah manfaat dalam sijil?
Tidak. Menyekat GL bukanlah menafikan hak pembayaran balik (reimbursement) manfaat perubatan. 
Adakah ia menipu pelanggan? Kontrak TIDAK menipu pelanggan tapi tak tahulah apa yg dikomunikasikan oleh agen kepada pelanggan. Barangkali tiada pengurusan harapan (expectation management), yg membuatkan pelanggan berharap bulan dan bintang semuanya dapat cover dan semua boleh claim.
Apa yg kita boleh belajar di sini? Perlu celik perubatan dan celik undang-undang. Dan semestinya celik kewangan!

DISCLAIMER:
1. Ada perkataan yang saya tukar untuk tidak disalah ertikan (mislead information) oleh pembaca blog saya mengenai syarikat Takaful/Insurans
2. Untuk lihat entri yang asal tanpa pengubahan ayat, entri ini saya petik dari Facebook Faiz Najmi

Tuesday, October 6, 2015

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 3]: KEPENTINGAN SYARIKAT - MENYIASAT DAN MENJAGA KUALITI

Ya, syarikat takaful ada kepentingan juga untuk menjaga bisnes. Takkanlah anda bayar RM200 sebulan untuk 5 bulan, lepastu anda terus nak claim pembedahan batu karang RM11,000! Tak acilah, peserta lain yg dah mencarum 10 tahun ada yg tak pernah claim lagi, awak 5 bulan terus nak claim. Inilah anti-selection namanya! (Rujuk gambar)


Mestilah syarikat mahu siasat dahulu jika anda sudah mempunyai penyakit batu karang sebelum ini dan anda tidak beritahu kepada syarikat takaful (non-disclosure, suppression of material facts).
Adakah ini tindakan salah, tidak patuh syariah dan menipu pelanggan? Tidak. Malah, ada provisi dalam takaful operational framework lagi!

Bagi yg "menipu" atau "tidak beritahu" fakta penting tentang kesihatan mereka seperti berpenyakit kritikal atau kronik seperti lemah jantung, kanser, stroke dan lain-lain, tetapi masih mencarum takaful, syarikat boleh membatalkan polisi dan pulangkan wang yg dicarumkan (ada pengiraannya).
Siasatan boleh dilakukan semasa underwriting (proses selepas permohonan) berlaku dan boleh juga semasa proses claim. Percayalah lebih baik disiasat semasa underwriting. Siasat masa claim semua orang pening kepala.

DISCLAIMER: Semua entri Edisi Insurans Penipu di petik dari facebook seorang Dr dan juga seorang ejen Takaful Cc: Faiz Najmi

Wednesday, September 30, 2015

[Edisi kahwin] : Polisi Takaful hantaran Kahwin Era Terkini

Musim kenduri kawin dah tiba.. 💑 Bertuah bakal pengantin dapat hantaran Polisi Insurans sebagai lambang kasih sayang.. Hadiah paling mahal



Menarik untuk dikongsi bersama entry kali ini. POLISI TAKAFUL HANTARAN KAWIN ERA TERKINI....errmmm apa komen anda semua...jomlah kita fikirkan untuk seketika dan kita sebenarnya mampu mengubahnya...Penulis juga turut mengesyorkan agar kita membuat pembaharuan dalam tradisi hantaran perkahwinan. Bagi pendapat cik puan, ianya sangat memberi manfaat buat insan yang kita sayangi dan berpanjangan...salah satunya istiqamah dalam beramal jariah...InsyaAllah. Hadiah tetap ada tetapi ianya akan habis dan sekejap jer...tetapi polisi Takaful sebagai barang hantaran sangat baguskan...

Kita boleh mengubah adat yang lama kepada yang lebih baik. Bukan hendak dibuang yang lama tetapi yang baru boleh diwujudkan sekiranya ia mendatangkan kebaikan buat kita semua...tak gitu..Tepuk Dada jangan tanya selera tapi jawab dengan akal...

Antara petikan yang terdapat dalam buku Ke Mana Wang Anda, tulisan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir mengenai polisi Takaful sebagai  hantaran kawin.   Dengan adanya polisi Takaful ia menunjukan begitu prihatinnya bakal suami untuk membuat persediaan buat bakal isterinya. Jumlah polisi yang diambil serta manfaat yang termuat daam polisi tersebut boleh dijelaskan dalam mock policy yang diletak di atas dulang hantaran. Ini boleh ditulis dalam tulisan besar atau sejelas mungkin supaya ramai yang datang dapat melihat hantaran kawin Era kini.

Bagi Ibu bapa yang bakal menerima menantu tak salah untuk meminta Polisi Takaful sebagai Hantaran Perkahwinan. dengan nilai polisi sekurang-kurangnya Perlindungan RM 100,000.00 (Simpanan Tahunan Tak Banyak pon) ataupun lebih. Mungkin tak nampak kesan sekarang..If berlaku musibah sekurangnya kita manfaatkan wang kita semasa tengah banyak dan waktu kita sihat. Sangat bermanfaat. Yang belum berkahwin dan bercadang nak berkahwin dan fenin nak memikirkan hantaran perkahwinan...Polisi Takaful adalah salah satu hantaran yang dicadangkan....

cc: http://ierdahaszahida.blogspot.my/2013/03/hantaran-kawin-polisi-takaful.html

mbk
perunding takaful
0192853910

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 2]: ADAKAH PLAN PERUBATAN BERSAMAAN DENGAN KAD PERUBATAN?

Jawapan: Tidak sama.

Bacalah mana-mana buku polisi. Manfaat PLAN perubatan tidak sama dengan KAD perubatan, dan tiada apa-apa klausa yang menyatakan sedemikian.

Contohnya had tahunan perubatan anda RM100,000, adakah terus-menerus anda boleh habiskan semuanya sesuka hati dengan KAD itu? Boleh, dengan beberapa penyiasatan dan paperwork tertentu!


Analogi yg senang ialah akaun simpanan dan debit kad. Anda mempunyai akaun simpanan, di dalamnya ada wang RM100,000. Adakah anda boleh bawa keluar SEKALIGUS SEMUA wang anda dalam akaun tersebut melalui mesin ATM? Sudah tentu tidak. Anda kena pergi kaunter dan buat paperwork tertentu.

Jika anda KEHILANGAN kad debit tersebut, adakah bermaksud anda hilang wang RM100,000 itu? Tentulah tidak. Minta ganti dari bank saja. Begitu juga dengan kad perubatan, jika HILANG minta ganti saja, bukanlah hilang semua manfaat perubatan.


Jika bank akaun simpanan itu mengumumkan debit kad anda TIDAK DAPAT DIGUNAKAN di beberapa shopping mall atau stesen minyak tertentu, adakah ia bermaksud hak anda dirampas dan wang anda berkurangan? Sudah tentu tidak. Perkara yg sama jika syarikat takaful mengumumkan hospital sekian sekian bukan panel, kad perubatan TIDAK DAPAT DIGUNAKAN. Sila "pay first and claim later". Hak anda tidak pernah dinafikan mahupun dikurangkan.

Jadi, bezakan antara kontrak dan kemudahan (fasiliti). Plan perubatan (analogi akaun simpanan) adalah kontrak. Medical card (analogi debit kad) adalah fasiliti.

--------------------------------------

Kegunaan kad perubatan hanyalah untuk hospital panel. Sebab itu perkataan "kad perubatan" tidak dimasukkan ke dalam klausa, kegunaannya SANGAT TERHAD. Tetapi apabila klausa "manfaat perubatan" yg dimasukkan, ia lebih merentas masa, tempat dan situasi!

1. Hospital bukan panel seperti hospital kerajaan, hospital di luar negara, hospital swasta yg kecil-kecilan, pusat dialisis, pusat kanser, rawatan outpatient sebelum dan selepas masuk wad macamana nak claim? Jadi mesti bayar dulu, claim kemudian bawah klausa manfaat perubatan.

2. MMA (Malaysian Medical Association) melalui PHFSA (Private Healthcare Facilities and Services Act) boleh menukar arahan atau peraturan masuk wad dan harga barangan perubatan. Arahan boleh bertukar-tukar di masa hadapan. PHFSA sudah ada jadual ke-13! Ya, fasiliti kad perubatan sedia ada mungkin tak boleh keep up dengan peraturan/pekeliling yg dibuat oleh PHFSA atau Kementerian Kesihatan Malaysia!

3. Bacalah word-by-word dalam buku polisi anda, mana-mana syarikat sekalipun. Tiada perkataan KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD) di situ. Perkataan yg sering digunakan ialah REIMBURSEMENT atau PEMBAYARAN BALIK. Drama juga kan kad perubatan Malaysia ni? Di negara maju, kad perubatan hanya berfungsi sebagai ID atau pengenalan saja, tapi di Malaysia ianya dipromosi seolah-olah jawapan kepada semua masalah!

Jadi adakah medical card ini menipu semata-mata? TIDAK menipu, ia hanya sebuah kemudahan oleh semua syarikat insuran dan takaful. Cara yang betul ialah, bayar dulu dan tuntut bayaran balik seperti dalam terma dan syarat. Tapi kalau kad perubatan mahu bayarkan terus, apa salahnya?

Bersambung siri 3... Ya saya tau banyak isu yg perlu dijelaskan lagi2 kes viral baru-baru ni. Siri 1-4 ialah muqaddimah konsep dan kefahaman berkenaan manfaat perubatan. Dah siapkan siri-siri dari minggu lepas lagi tinggal nak pos secara berkala saja.



DISCLAIMER: Semua entri Edisi Insurans Penipu di petik dari facebook seorang Dr dan juga seorang ejen Takaful cc: Faiz Najmi

Monday, September 28, 2015

[Edisi Insuran/Takaful penipu siri 1] MEMILIH KAD PERUBATAN

Di pasaran sekarang banyak jenis kad perubatan. Setiap tahun ada saja kad perubatan yg baru dan nampak lebih bagus dari yg syarikat lain. Apa-apa kad perubatan yg anda pilih, minta agen anda terangkan klausa ini.
NON-CANCELLABLE CLAUSE (NCC) vs PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE (PWC)

1. NON-CANCELLABLE CLAUSE (NCC) bermaksud syarikat tidak boleh batalkan manfaat perubatan selagi pelanggan masih membayar dan tidak berlaku apa-apa penipuan (fraud or misrepresentation). PRUDENTIAL & PRUBSNTAKAFUL menggunakan klausa ini.

CONTOH NON CANCELLED CLAUSE

2. PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE (PWC) bermaksud syarikat BOLEH menarik balik manfaat perubatan dengan notis 30 hari jika syarikat mahu berbuat demikian (kerugian, claim banyak sangat etc). Sebab itu ada syarikat boleh kata manfaatnya jutaan atau tiada had, harga murah utk kad perubatan satu keluarga. Gimik saja.

CONTOH PORTFOLIO WITHDRAWAL CONDITION
Saya ada kad perubatan NCC dan PWC. Pilih NCC. Hari ini tentunya anda lebih sihat daripada 30 tahun akan datang. Tapi jika umur anda sudah 60-70 beserta kad perubatan PWC, syarikat pula tiba-tiba mahu tarik balik manfaat itu, apa jadi? Sudahla dengan pelbagai penyakit ketika umur tersebut - kencing manisla, darah tinggi la, batu sana sini, penyakit jantung, stroke, cancer - tiba-tiba ditarik semula manfaat tersebut. Maka kita pun berkatalah kad perubatan PWC menipu.
Adakah insuran PWC menipu? Tidak. Dalam buku polisi PWC sudah sedia tertulis, minta agen anda terangkan.
Seperti yg saya kata, pilih NCC. Nombor-nombor itu hanya gimik. Ya, NCC sedikit mahal. Klausa yg mahal tapi itulah fungsinya - ketenangan minda.

DISCLAIMER: Semua entri Edisi Insurans Penipu di petik dari facebook seorang Dr dan juga seorang ejen Takaful cc: Faiz Najmi

mbk
perunding takaful
0192853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...