Thursday, June 9, 2016

Takaful ada tapi tak cukup

Sumber: NST
Saya tertarik dengan artikel saudara Ariff Shah mengenai artikel "Must Have vs Nice To Have". Beliau ada cerita berkenaan dengan artikel surat khabar NST berkenaan seorang suami sanggup jual koleksi lego "Starwars" semata-mata nak menampung perbelanjaan kos rawatan kanser isterinya. Bukan isterinya tak ada Takaful. Isterinya ada mencarum Takaful, tapi tak cukup. Di sini kita dah nampak yang walaupun ada takaful untuk perubatan, masih boleh mendatangkan kesulitan kalau amaun perlindungan tak cukup. Sebab itulah, saudara Ariff menekankan konsep Personal Financial Health Check (PFHC) untuk semua bakal clientnya sebelum mereka ambil takaful untuk memastikan keperluan takaful perlindungan mencukupi. Daripada PFHC, kita cadangkan berapa nilai pampasan yang cukup untuk tampung hidup selepas disahkan menghidap penyakit kritikal atau kecacatan kekal. Benda ni penting sebab kalau annual medical limit dah habis (biasanya untuk kes sakit kritikal), at least pampasan ada untuk cover mana yang tak cukup.

Menurut LIAM (Persatuan Insurans Hayat Malaysia), 90% daripada rakyat Malaysia miliki Insurans hayat dibawah perlindungan sebenar. Pada tahun 2015, kira-kira 50 peratus (lebih kurang 12.5 juta) daripada penduduk Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat tetapi hampir 90 peratus daripada mereka di bawah perlindungan sebenar, yang bermaksud perlindungan insurans mereka mungkin hanya satu atau dua kali pendapatan tahunan mereka. Apabila sesuatu yang tidak ingini berlaku kepada mereka, wang untuk keluarga mereka mungkin hanya dapat bertahan selama satu atau dua tahun. Sebab itu dicadangkan mempunyai perlindungan Insurans hayat bersamaan 10 kali pendapatan tahunannya (Bersamaan 120 bulan pendapatan).

Kebiasaannya, masalah yang sering saya temui apabila klien inginkan takaful adalah bajet. Sebab itu konsep yang diterapkan Saudara Ariff adalah suatu yang bijak yang mana dari situ kita akan dapat tahu aliran cash flow client. Kita boleh beri cadangan jumlah perlindungan yang boleh 'cover" 10 kali pendapatan tahunannya dan jumlah annual limit yang setimpal dengan kos rawatan terkini. Ini semuanya terpulang dengan keputusan klien samada mahu menerima nya atau sebaliknya. Sebagai perunding takaful, kami hanya memberi nasihat dan cadangan sahaja. Tiada paksaan.

Jika tiada aral melintang, saya akan tulis pasal TLSA suatu konsep "Advanced Takaful" yang boleh dipraktikkan untuk mengelak dari dibawah perlindungan sebenar.

mbk
perunding takaful
0192853910

Tuesday, June 7, 2016

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Surah Ar Rahman Ayat 55

Assalamualaikum,

Salam 2 Ramadhan,

Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberi kesempatan dan rezeki pada saya dan keluarga untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak pada kali ini. Bersyukur kepada Allah memberi nafas, kesihatan badan, kaki dan tangan untuk gagahkan diri menjalani ibadah puasa. Pada tahun ini, ujian Allah berikan pada saya bila Allah tarik nikmat untuk makan dan suara untuk bercakap. Dua tiga hari nie saya batuk-batuk, selsema dan sakit tekak hinggakan tak keluar suara. Dah jadi suara Dark Vader pun ada. Suara anjing laut pun ada. Pendek kata suara saya dah ke laut. Kalau ikutkan nafsu perut, nak makan makanan yang sedap.. tapi bila ingatkan tekak tak sihat, saya abaikan saja. Ada hikmat yang cuba Allah berikan pada saya. Kata nak kuruskan badan kan.. Inilah masanya. Bersyukurlah... aku bersyukur kepada Allah kerana masih memberi kesihatan tubuh badan walaupun suara tak ada dalam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah.. tidak sakit sampai terbaring. 

Untuk sesiapa yang batuk, selsema dan sakit tekak macam saya.. saya kongsikan petua rawatan alternatif yang saya jumpa dalam alam maya yang dipetik dari siraplimau.com. Namun, sekiranya batuk anda tidak kurang dalam masa 3 hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Petua yang dikongsi ini hanyalah untuk membantu menghilangkan batuk dan tidak boleh digunakan sebagai gantian kepada nasihat doktor. Moga ilmu ini sama-sama memberi manfaat buat semua.

10 Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat Yang Berkesan

1. Mandi dengan Air Panas
Mandi dengan air panas dikatakan mampu mengurangkan tempoh batuk anda selain mandi dengan air panas adalah terapi terbaik untuk diri anda. Dengan mandi air panas, anda memboilehkan kitaran darah anda untuk kembali optimum selain membantu saluran nafas anda untuk kembang

2. Teh dan Madu
Dari Timur ke Barat, meminum teh diakui baik untuk sakit tekak dan batuk. Apabila anda menambah madu sebagai ganti kepada gula, ia mempunyai efek teraputik yang membantu proses pemulihan. Jika anda tidak menggemari teh, anda boleh ambil madu itu secara terus atau mencampurkannya dengan air panas sahaja.

3. Pergi Spa Urut
Apabila sakit batuk anda telah berkurangan, anda digalakkan untuk pergi ke spa untuk berurut. Ia boleh melancarkan perjalanan darah serta membuat toksin-toksin yang tidak dikehendaki dalam badan anda. Pastikan anda meminum air yang banyak setelah mendapatkan rawatan spa untuk membolehkan anda mengalami perubahan fizikal yang baik

4. Kunyit
Makan masakan yang berasaskan kunyit apabila anda mempunyai masalah batuk terutamanya batuk kering. Jadi, masa lemak cili padi atau singgang merupakan antara masakan yang boleh dimakan panas untuk membuat tekak anda rasa selesa selain menyembuhkan batuk anda.

5. Air
Antara sebab kenapa anda batuk ialah kerana kurangnya air di dalam badan anda. Oleh itu,meminum air yang cukup setiap hari memainkan peranan yang amat penting. Ia dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin di dalam badan melalui air kencing anda. Namum anda harus ingat bahawa air berperisa atau air manis tidak diambil kira.

6. Sup Ayam
Tahukah anda bahawa sup ayam telah dibuktikan berkesan untuk merawat batuk? Kajian oleh Universiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti inflamasi seperti kebanyakan ubat batuk disamping ia membolehkan kotoran yang berada ditekak anda untuk cair

7. Coklat
Coklat yang dibuat daripada koko mengandungi theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus. Saraf ini bertindak untuk menghasilkan reaksi batuk dalam badan anda. maka, meminum coklat panas adalah bain untuk melegakan rasa batuk anda dari semasa ke semasa.

8. Menthol
Minyak sapu memiliki menthol seperti Vicks boleh disapukan di dada selain gula-gula yang memiliki menthol boleh dimakan untuk membuka ruang nafas anda dan melegakan batuk. Namun begitu, rokok yang mempunyai menthol bukanlah ubat kerana rokok adalah penyebab utama anda batuk dan ia menyebabkan batuk anda lebih teruk daripada biasa.

9. Tambah bantal apabila tidur
Sememangnya waktu paling sukar untuk tidur adalah apabila anda mengidap sakit batuk. Tidur sepanjang malam anda tidak akan lena. Anda boleh cuba atasi masalah ini dengan menambah bilangan bantal dikepala apabila anda tidur kerana apabila kepala anda lebih tinggi sedikit daripada badan anda, ini membolehkan hingus atau kotoran di tekak dan hidung anda untuk hilang daripada salur pernafasan anda.

10. Kebersihan persekitaran
Sekiranya anda dapati diri anda sering bersin atau batuk jika berada di sesuatu kawasan, maka ini bermakna kawasan tersebut perlu dibersihkan. Walau apa ubat-ubatan moden dan tradisional yang anda ambil, tetapi persekitaran dan pemakanan anda kotor, anda tetap boleh kembali batuk selepeas pulih sedia kala.

Rawatan Alternatif
Ini video dari Ustaz Sharhan Shafie. Beliau kongsikan doa & penawar untuk batuk berkahak. Mudah-mudahan, berguna.



mbk
perunding Takaful.

Monday, June 6, 2016

Salam Ramadhan Al-Mubarak



Selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa pada hari yang pertama ini dan hari-hari berikutnya sehinggalah menjelangnya Syawal. Mohon ampun dam maaf jika selama saya menulis ada terkasar bahasa..Semoga dipermudahkan dalam segala urusan beserta ibadah mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keberkatan di sisi Allah.  Amin.

mbk
perunding takaful
0192853910

Wednesday, June 1, 2016

Info Ringkas Pentingnya Ada Perlindungan Insurans dan Takaful



Kepada orang ramai yang masih belum mempunyai perlindungan hayat, pakej perubatan dan simpanan dalam takaful, maka anda bolehlah mengambil polisi perlindungan takaful ini dengan mengunjungi mana-mana gerai yang dibuka sama ada di pasaraya atau datang sendiri ke pejabatnya yang berdekatan dengan kawasan anda. Anda boleh tanya sendiri pada ejen berkenaan tentang produk, ciri-ciri, manfaat, apa yang termasuk dan tidak termasuk (exclusions) dalam perlindungan (coverage) polisi yang ditawarkan serta berapa jumlah bayaran yang dikenakan bagi pakej yang mahu diambil. 

Sedikit info, secara umumnya perlindungan insurans dan takaful menumpukan pelan perlindungan pada harta benda (properties) dan hayat (life). Orang ramai perlu tahu syarikat tersebut dan apakah pelan perlindungan yang ditawarkan, juga sama ada ia adalah jenis konvensioanal atau islamik yang patuh syariah (takaful). Ada syarikat yang tawarkan perlindungan bagi harta dan hayat. 

Untuk perlindungan hayat, polisi perlindungan boleh diambil sama ada untuk seorang, ramai (biasanya sekeluarga atau sebahagiannya) atau untuk syarikat. Antara faktor yang dipertimbangkan ketika ingin mengambil polisi perlindungan ini ialah jantina, status merokok, umur, indeks jisim tubuh (body mass index atau BMI), profail gaya hidup, sejarah berkaitan penyakit atau kemalangan, kecenderungan dan penglibatan dalam sebarang aktiviti yang berisiko dan berbahaya, pekerjaan dan kelas pekerjaan (kelas 1-berisiko rendah hingga 4-berisiko tinggi), dan beberapa perkara lagi. 

Diingatkan kepada sesiapa yang ingin mengambil polisi untuk mengingati dengan jelas dan tidak menyembunyikan sebarang maklumat terutama berkenaan sejarah penyakit dan kemalangan. Polisi seseorang boleh dibatalkan atau permohonan polisi ditolak jika didapati ada sebarang unsur penipuan atau yang meragukan. Segala surat jaminan (guarantee letter atau GL) dan laporan perubatan (medical report) perlu disertakan bersama permohonan sebagai bukti pemohon pernah alami kemalangan atau ada penyakit berkaitan. Sila jangan sembunyikan maklumat penting ini bagi mengelakkan sebarang masalah. 


Adalah selalu diingatkan kepada orang ramai juga bahawa polisi perlindungan sama ada insurans konvensional atau takaful perlu diambil ketika masih sihat dan sebaik-baiknya tiada tanda-tanda penyakit berbahaya atau kritikal, kerana sekiranya sudah sedia ada sebelum mengambil polisi, maka penyakit tersebut tidak akan dilindungi lagi walaupun penyakit berkenaan asalnya termasuk dalam senarai penyakit-penyakit kritikal yang mendapat perlindungan ketika dalam polisi. Contohnya sakit jantung, diabetes, katarak, dll. Namun jika mahu memohon juga, pemohon boleh berbuat demikian untuk mendapatkan perlindungan bagi penyakit-penyakit lain yang belum berlaku lagi ketika itu, iaitu selain yang sudah tidak dilindungi itu. Nasihat kepada orang ramai, jangan menganggap pengambilan polisi perlindungan ini seperti panadol, bila sakit baru akan ambil. Ini kerana jika itu berlaku, maka ia sudah terlambat dan sakit (penyakit atau kemalangan) berkenaan tidak akan dapat dilindungi dan mana-mana ejen pun tidak akan dapat membantu. 

Ringkasnya - AMBIL POLISI KETIKA SIHAT!  

Dari sudut lain, ada beberapa kes bagi pemegang polisi (policyholder) yang ditolak permohonan tuntutannya atas beberapa sebab, hinggakan memburuk-burukkan syarikat polisi tersebut dan menjadi viral di internet. Dalam hal ini, sebaiknya silalah rujuk kepada ejen yang menguruskan polisi itu dan apakah bentuk perlindungan yang diambil ketika menandatangani borang permohonan dahulu. Dari semasa ke semasa, pemegang polisi perlu sentiasa mengemaskini maklumat terbaru berkenaan polisi dan produk syarikat tersebut kerana mungkin akan ada perubahan dalam ciri yang ditawarkan. Contohnya elaun wad. Mungkin versi dahulu ia ada tetapi sekarang sudah dimansuhkan. 

Selain bertanya terus pada ejen, orang ramai juga boleh mendapatkan info daripada banyak laman web, forum, kumpulan dalam Facebook, WhatsApp, di internet yang membincangkan mengenai perlindungan insurans dan takaful ini. 

credit: http://mygalaxyandme0000.blogspot.my/2015/09/artikel-info-ringkas-pentingnya-ada.html

mbk
perunding takaful

Are Medical Bills Leading Malaysians To Bankruptcy?

Masih ingat dengan pelari pecut Negara, Watson Nyambek? Beliau disytihar muflis susulan pinjaman bank lebih dari RM100,000 untuk membayar kos perubatan bapanya. Watson gagal untuk membayar balik pinjaman bank kerana beliau ada komitment kewangan lain yang perlu di bayar.
Hakikat sebenarnya, ramai rakyat Malaysia yang diistihar muflis akibat kegagalan membayar bill hospital. Menurut AKPK, dari jumlah 8,321 kes hutang yang telah mereka selesaikan pada tahun 2015, 14.3% (atau 1,190 kes) adalah disebabkan oleh bill hospital yang tinggi.
Adakah anda semua masih tunggu untuk mencarum Takaful?

Sila klik gambar ini untuk imej yang besar





mbk
perunding takaful

Tuesday, May 31, 2016

20 MITOS TENTANG INSURAN & TAKAFUL


Mitos #1 : Insuran dan Takaful kerjanya ambil duit orang sahaja.
Hakikatnya, insuran dan takaful membantu anda menguruskan kewangan dari segi risiko kewangan seperti keadaan tidak disangka-sangka – kemalangan, kematian dan kesihatan.


Mitos #2 : Anak yang masih kecil tidak perlukan sebab masih muda, kurang sakit dan lambat lagi nak tua.
Hakikatnya, anak kecil sekarang mudah terdedah dengan penyakit berjangkit yang sukar diubati dan kos rawatannya bukanlah murah.


Mitos #3 : Insuran dan Takaful hanya menikmati manfaat apabila mati sahaja. Buat apa, tinggalkan untuk orang hidup.
Hakikatnya, kewangan peribadi apatah sebagai seorang Muslim pengurusan kewangan bukan terhad hanya bila mati sahaja tapi sehingga sesudah mati. Hutang tetap perlu dilangsaikan.


Mitos #4 : Ambil Insuran dan Takaful hanya mengkayakan ejen sahaja.
Hakikatnya, insuran dan takaful adalah instrumen pengekalan dan perlindungan kewangan bila terjadi sesuatu luar jangkaan. Ia adalah amat penting kepada kita. Isu mengkayakan bukan satu hal besar, sebab caruman diberi kepada pengendali insuran dan takaful, bukan ejen.


Mitos #5 : Dah ambil Insuran dan Takaful, kena buat post-mortem bila mahukan pampasan kematian.
Hakikatnya, senarai checklist pampasan kematian memerlukan sijil atau polisi fizikal itu sendiri, dan dokumen lain seperti permit mengubur dan sijil kematian. Post-mortem dilakukan oleh pihak polis, jika kes itu berkaitan dengan hal polis (jenayah)


Mitos #6 : Bila ada duit lebih, baru boleh buat Insuran dan Takaful.
Hakikatnya, bila anda mendapat gaji sepatutnya menyimpan dahulu. Selebihnya baru dibuat untuk berbelanja. Tabiat ini untuk memastikan anda tidak menyesal di kemudian hari kerana tiada perlindungan kewangan – insuran dan takaful.


Mitos #7 : Hospital kerajaan ada dan cajnya juga murah. Tidak perlu Insuran dan Takaful untuk ke hospital swasta.
Hakikatnya, kebanyakan orang bukan risau sebab kos tetapi sebab ‘kesegeraan’ untuk mendapatkan rawatan. Ini kerana hospital kerajaan terlalu ramai, bantuan diutamakan kepada yang sangat kronik. Oh ye, ada beberapa ubatan dan rawatan anda perlu bayar apabila berada di hospital kerajaan.


Mitos #8 : Kalau ambil Insuran & Takaful, nanti cepat mengalami eksiden.
Hakikatnya, ini adalah mengarut. Ketentuan Allah kepada manusia bilakah berlaku kematian atau eksiden.


Mitos #9 : Tak nak jumpa orang itu, sebab dia ejen Insuran dan Takaful. Nanti mereka paksa ambil.
Hakikatnya, kalau ada dalam rakan anda atau famili anda seorang ejen insuran dan takaful – sepatutnya anda kena bersyukur. Mereka sebenarnya sudah dilatih untuk menjadi profesional dalam karier mereka. Jadi pengetahuan mereka dalam apa mereka buat seperti urusan tuntutan adalah penting apabila anda memerlukan bantuan. Soal paksa atau tidak, itu lihat kepada cara anda menilai. Mereka memaksa ke arah kebaikan, bukan masuk MLM atau Skim Cepat Kaya.


Mitos #10 : Insuran dan Takaful menipu, susah nak buat tuntutan.
Hakikatnya, insuran dan takaful mengikut klausa, syarat dan keadaan tertentu. Jika tidak tepat berkemungkinan besar tuntutan tidak akan diberi. Kebanyakan kes datang dari pelanggan itu menipu atau menyorok fakta yang memungkin kes tuntutan anda tidak selesai. Jadi pelanggan yang bijak, buat kajian atau bacaan dulu sebelum mempunyai polisi. Lihat sejarah tuntutan mereka dan rekod perkhidmatan mereka.


Mitos #11 : Syarikat anda bekerja menangung segala perbelanjaan perubatan akibat sakit atau kemalangan.
Hakikatnya, syarikat adalah entiti perniagaan yang mahukan keuntungan yang maksima. Jadi perlindungan perubatan untuk pekerja ada batasan tertentu. Jika pekerja itu mengalami sakit kritikal, kemungkinan besar akan dilucutkan dari syarikat kerana syarikat tidak mahu menanggung kerugian.


Mitos #12 : Menyimpan untuk pendidikan melalui insuran dan takaful tidak perlu, kerana ada bantuan kewangan pelajaran seperti PTPTN, biasiswa dan sebagainya.
Hakikatnya, dana pendidikan adalah memberi kelebihan kepada anak atau generasi akan datang. Bila habis belajar, mereka tidak berhutang dan mampu menjana pendapatan kewangan melalui gaji mereka kelak.


Mitos #13 : Kalau sakit nanti, ada keluarga dan saudara mara sanggup membantu dari segi kewangan nanti.
Hakikatnya, bila anda sakit dan sukar dibantu akan ada ramai ahli keluarga dan saudara mara menjauhkan diri. Kalau sanggup bantu pun, RM10 ataupun bacaan Al-Fatihah dan doa-doa kerana mereka juga ada tanggungan yang perlu dibiayai.


Mitos #14 : Semua penyakit boleh dirawat di hospital kerajaan, sebab mereka pakar. Saya tak perlukan Insuran dan Takaful untuk ke hospital swasta.
Hakikatnya, ya betul mereka adalah pakar tetapi anda perlu ingat bahawa senarai yang menunggu ‘waiting list’ adalah terlalu ramai. Temujanji makan berbulan-bulan.


Mitos #15 : Insuran dan Takaful hanya untuk waris sahaja je dapat. Itupun kena tunggu mati.
Hakikatnya, fungsi insuran dan takaful utama adalah berkenaan kematian. Tetapi hari ini, instrumen insuran dan takaful telah berkembang kepada perubatan, kemalangan, sakit kritikal, pendidikan dan persaraan.


Mitos #16 : Simpan di bank lagi bagus, ada dividen. Simpan di Insuran & Takaful nanti duit sikit je.
Hakikatnya, apabila berlaku keupayaan kekal atau sakit – ramai di luar sana mengeluarkan simpanan untuk menanggung segala kos. Kalau anda risaukan tentang ‘kehangusan’ duit, anda boleh memilih insuran dan takaful berkaitan pelaburan.


Mitos #17 : Susah nak berurusan dengan pihak insuran / takaful apabila urusan tuntutan.
Hakikatnya, hari ini bukan seperti dulu. Segalanya dalam talian – internet, telefon dan sebagainya. Hari ini juga, setiap pelanggan diberi kad insuran / takaful (samada perubatan atau tidak) dengan tujuan memudahkan urusan kelak.


Mitos #18 : Insuran dan Takaful kena bayar sampai tua.
Hakikatnya, tidak semua insuran dan takaful bersifat begitu. Anda boleh memilih pelan seperti ‘investment-linked’. Di mana, anda boleh menggunakan simpanan yang datang dari insuran dan takaful itu sendiri membayarkan / mencarumkan untuk anda sehingga umur tua.


Mitos #19 : Semua ejen yang kita jumpa boleh bantu buat tuntutan.
Hakikatnya, hanya ejen yang anda lantik boleh bantu sehingga selesai tuntutan yang mahu dibuat. Ini kerana akses dari segi maklumat polisi dan sijil adalah terhad jika ejen tersebut bukan ejen dilantik. Sebaiknya, carilah ejen yang kompeten dan mudah berurusan.


Mitos #20 : Sekarang sihat, tidak perlukan Insuran dan Takaful.
Hakikatnya, anda kena faham bahawa anda perlu berada dalam keadaan sihat sepenuhnya jika mahu memohon insuran dan takaful. Kalau jika anda memohon selepas keadaan sakit alamatnya agak sukar. Mungkin anda akan di-rejek.


Hakikat paling besar insuran dan takaful membantu anda sebenarnya. Ia merupakan keperluan setiap individu masa kini dimana segala kos telah meningkat.

Jadi tunggu apa lagi? Nak kena senaraikan sampai 40 mitos lagi ke?

credit: Khairunnisa Hamzah

Tq Adib Yazid

mbk
perunding takaful

Friday, May 27, 2016

Pengajaran cerita Takaful : "Saya dah ada insurance company, mengapa perlu saya ambil polisi insurans lain?"

Alasan ini mmg dah biasa kita dengar tapi apakah kesannya kepada anda & keluarga anda. Hayati lah cerita di bawah ini berkenaan pengalaman seorang rakan agent  bersama prospek nyer. Diharap kita dapat bersama-sama mengambil ikhtibar.

Okay, ini cerita saya tentang orang yang tak nak ambil personal insurance/medical card sebab terlalu selesa dengan coverage yang company bagi.

1. Hari Rabu baru ni, saya dapat satu phone call dari seorang prospect perempuan yang dapat flyers saya dari booth di Jusco Alpha Angle.

2. Dia kata nak ambil medical card untuk suami dan dia kata dia boleh bayar maximum RM4,000.00 setahun.

3. Saya kata boleh je nak ambilkan untuk suami. Kalau suami sihat dan takde masalah kesihatan, dalam 2 weeks policy boleh approve dan siap.

4. Lepas tu baru prospect tu gitau yang suami dia sebenarnya ada leukemia stage 3. Ramai yang tak tau bahawa leukemia juga adalah cancer. Dia nak ambil medical card sebab treatment cost mahal sangat.

5. Prospect tu gitau dulu suami dia seorang electronic engineer di sebuah company selama 14 tahun. Suami dia tak nak ambil personal insurance sebab company dia cover unlimited medical bill.

6. Pada tahun 2008, doctor diagnosed suami dia ada leukemia. Masa tu company cover semua medical bill.

7. Bila dah start sakit, badan belum dapat sesuaikan dengan keadaan kesihatan waktu tu. So boleh kata hampir tiap-tiap hari suami dia cuti. Medical bill tiap-tiap bulan company tanggung.

8. Pada November 2009, suami dia dapat surat diberhentikan kerja sebab tak cukup tempoh bekerja dalam setahun dan company terpaksa tanggung medical bill tinggi.

9. Prospect tu kata, company ada bagi pampasan gratitude RM20,000 kat suami dia, tapi dah habis untuk buat leukemia treatment.

10.Prospect tu gitau, sebulan sekali kena buat blood treatment (rawatan darah) RM2,500 dan sebulan 2 kali kena buat therapy RM600/session. Total treatment cost sebulan ialah RM3,700. Setahun RM44,400.

11.Prospect tu tambah lagi, dia kata sekarang ni dia mampu untuk buat blood treatment je untuk suami dia sebab kalau buat therapy sekali terlampau mahal. Suami dah tak kerja, so prospect tu yang tanggung belanja family 100%. Anak 4 orang, semua masih bersekolah.

12.Sepanjang phone call tu, prospect menangis dan merayu supaya saya tolong beliau. Saya kata saya kena contact dulu untuk kepastian.

13.Saya call leader saya dan consult tentang kes saya ni.

14. Leader kata, dia ada experience tentang kes cancer. Ada prospect dia kena cancer stage 1, dah sembuh, verified by doctor’s report, tapi still company takaful reject application prospect tu.

15.Syarikat Takaful suruh client tu tunggu 2 tahun dulu baru re-apply medical card. Medical report je dah RM400 kena bayar, last-last kena reject juga.

16.Kalau orang yang pernah kena cancer stage 1, dah sembuh dan disahkan doctor pun kena reject dan kena tunggu 2 tahun, orang yang cancer stage 3 pula macam mana?

17.Ada satu je jawapannya: Confirm kena REJECT on the spot. As simple as that. No backdoor exploitation.

18.Saya pun call prospect tadi dan gitau perkara sebenar. Saya minta dia bersabar. Tapi dari suara dia, seolah-olah dia dah putus harapan dengan masa depan family dia.

19.Moral of the story – walaupun you mampu untuk bayar RM4,000 setahun untuk Takaful, tapi kalau you dah sakit, either Takaful you approve tapi bersyarat tak cover penyakit sedia ada atau kena REJECT terus.

20.Anda taknak ambil personal Takaful/medical card sebab company dah provide unlimited coverage? It’s up to you.

21.Electronic engineer yang dah kerja 14 tahun dan dah senior di company tersebut pun boleh diberhentikan sebab tak productive dan merugikan company.

22.Anda rasa anda bagaimana? Renung-renungkan lah dan selamat beramal.

"UTAMAKAN KESIHATAN. JADIKAN KISAH INI TAULADAN."


mbk
perunding takaful
0192853910

Yang mana satu pilihan anda: Kad perubatan atau Takaful hayat?


 Jika diberi pilihan, yang mana satu anda pilih?

a) Kad rawatan RM200,000 setahun dengan had seumur hidup 10 Juta, atau



b) Lump Sum RM500,000




Yang mana satu anda pilih. Mohon pilih salah satu. Dan berikan sebab kenapa?

mbk
perunding takaful

Monday, May 23, 2016

Pengalaman kecil buat tuntutan AMR "Accident medical Reimbursement"


AMR atau accident medical reimbursement adalah pampasan perubatan untuk kemalangan sahaja.Manfaat ini hanya boleh diperolehi dengan mencarum insurans kemalangan diri (secara stand alone) atau "attached" dengan Insurans Hayat. 

Pada Disember 2015, seorang klien saya mengalami kemalangan motor. Break terlampau kuat menyebabkan dia terpelanting dan terhentak kepala. 

Klien saya dibawa ke Hospital KL. Dr. diagnose , klien saya ada pendarahan dalam otak sebelah kiri. Setelah menjalani operation, Alhamdulillah beliau semakin pulih.

Cuma ada kesan sampingan untuk beberapa minggu seperti sakit kepala dan penglihatan mata ada sedikit rabun.

Dengan adanya AMR, klien saya dapat membuat tuntutan kemalangan tanpa perlu menggunakan kad perubatan. AMR adalah berdasarkan tuntutan "reimbursement" atau Pay and Claim.

Oh ya.. Takaful yang diambil klien saya adalah berbentuk investment link yang mana beliau sudah 2 tahun tak membayar Takaful. Memandangkan cash value masih inforce, klien saya masih berpeluang buat tuntutan.

mbk
perunding takaful.
019-2853910

Tuesday, May 3, 2016

tabungan dan takaful


Hampir semua pelan takaful keluarga mana-mana syarikat takaful ada fungsi tabungan. Dan biasanya agen takaful akan sebutnya sebagai savings.
Kecuali anda ambil medical card standalone. Bila sebut standalone, ia memang tiada sebarang tabungan.
Apa fungsi tabungan? Perkataan yg lebih tepat ialah "cash value" atau nilai tunai.
Jangan samakannya dengan simpanan anda di bank. Pasti akan ada agen yang beritahu, "Tuan hanya perlu bayar takaful setiap bulan dan tuan akan dapat perlindungan, simpanan dan pelaburan."
Kemudian si pencarum pun dengan rileksnya tidak membuat sebarang simpanan peribadi di bank. Pelaburan pun tak buat kerana menyangka takaful sudah setelkan semuanya.
Mindset ini perlu dibetulkan.
Saya pernah bertemu pencarum takaful yang sudah lebih 5 tahun mencarum dengan jumlah carumah hampir RM500 sebulan.
Diajnjikan akan ada saving sekian-sekian.
Bila dia check dengan syarikat takaful, jumlah tabungannya hanya ada sedikit sahaja. Lalu dia kecewa dan rasa dipermainkan oleh syarikat takaful.
Pertama, kita perlu tahu bagi polisi takaful investment-link, bayaran premium sentiasa meningkat mengikut tahun dan keadaan semasa.
Jadi dengan adanya fungsi tabungan dalam polisi kita, ia boleh menampung kenaikan tersebut.
Kerana itu ada agen yang berani kata jumlah yang kita carum waktu muda akan kekal sehingga tua. TETAPI, ini juga mindset yang salah.
Andai kata jumlah tabungan kita berkurangan dan tidak cukup untuk menampung bayaran premium semasa, maka pihak syarikat takaful akan minta untuk dinaikkan bayaran caruman bulanan.
Kedua, tabungan itu berfungsi sebagai backup seandainya berbulan-bulan kita tiada duit untuk bayar takaful.
Ini pun dengan syarat duit dalam tabungan itu cukup banyak untuk membayar bulan-bulan yang kita tidak mampu bayar.
Sekiranya tidak, polisi kita tetap akan luput (lapse).

Credit: Rahsia Takaful

mbk
perunding takaful
0192853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...