Tuesday, October 8, 2013

sedikit perkongsian : Retentan dari RM400K dapat dalam masa 4 bulan

Asalamualaikum,

Kawan kawan, 

Saya doakan kawan kawan berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam peliharaan Allah Azza Wajalla.

Tujuan saya memberi emel adalah hendak berkongsi pengalaman kelmarin semasa saya bersama rakan rakan Takaful memberi cek takaful kepada seorang waris.

Selama saya menjadi ejen Takaful ni, saya tidak dapat menggambarkan sejauh mana benarnya Takaful ini boleh membantu masyarakat. Bermula dengan kes kecil kecil kemasukan hospital, sehinggalah detik kelmarin, saya sangat faham dan percaya yang sememangnyalah Takaful yang ada pada tuan puan sekalian sangat bermakna dan InsyaAllah akan membantu di masa akan datang.

Sedikit cerita mengenai arwah,
Namanya Hazwan, pekerja Petronas di PMO Kerteh, arwah merupakan junior saya di UTP (tak sempat jumpa sebab saya dah graduate dia baru masuk). Beliau memiliki isteri yang sedang sarat mengandung. Pada bulan April yang lalu, sahabat saya yang juga ajen Takaful, Johari Julis telah bertemu arwah untuk membincangkan hal Takaful.

Alhamdulillah arwah bersetuju untuk contribute RM300/month (Meninggikan life RM200k + Eksidental Death RM200k).

Taqdir sudah tentukan segalanya, hanya 4 bulan selepas menyertai Takaful, saudara Hazwan dijemput bertemu Yang Esa dalam kemalangan ngeri ketika beliau memandu seorang diri dalam perjalanan ke tempat kerja.

Betapa tabah isterinya, sedang mengandung 6 bulan, juga bertugas sebagai Doktor di Hospital Terengganu, menerima berita tersedih sebegitu. Lebih memilukan, sang isteri turut menyertai pasukan bedah siasat terhadap mayat suaminya sendiri.
Coverage medikel syarikat juga terpaksa ditamatkan selang beberapa hari selepas kejadian, apa boleh buat kerana itu lah polisi syarikat yang beroperasi di negara mana pun.

Bulan depan, (november), puan Natasya akan melahirkan anak yang tidak sempat menatap wajah ayahnya, bayangkan sukarnya kehidupan si anak juga si ibu yang perlu menelusuri kehidupan seterusnya tanpa orang tersayang.

Semasa menyerahkan cek pampasan, kami tanya juga apa yang hendak dibuat dengan wang sebanyak itu? (RM400,000). Puan Natasya berniat nak serahkan semua wang berkenaan kepada ibu dan ayah arwah, kerana menurutnya, ibu dan ayah arwah lebih layak menerima wang pampasan tersebut untuk digunakan ke jalan yang sepatutnya. Syukur puan natasya memiliki kerjaya yang baik, keluarganya juga sederhana dan pada perkiraan saya, tanpa wang pampasan sekalipun, mereka masih mampu membesarkan anak/cucu yang bakal lahir.

Apa yang saya kira harus diberi perhatian adalah bentuk persediaan yang kita buat, dalam mempersiapkan ahli keluarga kita jika berlaku sesuatu ke atas diri kita, terutamanya suami kepada isteri, ayah dan ibu kepada anak anak, juga tidak ketinggalan..anak anak muda kepada ibu dan ayah yang sudah tua.

Saya kira, arwah Hazwan sudah menjalankan amanah dengan baik, justeru mempersiapkan sesuatu sebagai bekalan kepada isteri dan bakal anak yang akan lahir.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada tuan puan, kerana telah membuat persediaan untuk diri sendiri dan keluarga. Alhamdulillah.

Kejadian di atas juga, sedikit sebanyak memberi peringatan kepada saya bahawa memberi khidmat nasihat untuk meninggikan 'Life' (Pampasan kematian) untuk klien klien seterusnya sangatlah penting, dan tidak terlalu memfokus kepada perihal medikel kad (wpun hakikaktnya, kedua duanya sama penting).

Ini memberi saya kesedaran untuk melihat semula status polisi kesemua klien klien dibawah penyeliaan saya,
Tuan puan yang memiliki polisi Takaful, saya dapati pampasan life tuan puan sekalian secara puratanya adalah di bawah RM100,000, dan ramai juga yang di bawah RM50,000. Mungkin ini sedikit kesilapan saya ketika memberi khidmat nasihat dahulu, atau mungkin juga persetujuan kita yang lebih menjurus kepada perlindungan medikel kad. 

Saya ingin menyarakan, jika tidak keberatan, tuan puan boleh consider untuk tinggikan bahagian Life ini juga supaya pampasan menjadi tinggi jika sesuatu berlaku kelak.
Bahagian Life ini tidak semahal mana.
Setiap RM50 --> akan memberi nilai pampasan sebanyak RM100,000
Setiap RM100 --> RM200,000
Begitulah seterusnya.

Kalau tuan puan rasa ianya berbaloi, hubungi lah saya, InsyaAllah saya akan memberi penerangan yang lebih terperinci tentang apa apa hal yang melibatkan polisi tuan puan.

Semoga kita semua diRahmati Allah.

Wassalam.

Terima Kasih
Mardiyah Kamarudin
019 2853910

Monday, October 7, 2013

The 10 top hospitals in Malaysia

When it comes to hospital bills, it could vary between different institutions. This is because every hospital in Malaysia is known for a certain specialization and expertise. It must be noted that medical bills are define fully by the extent of a treatment and is usually under the discretion of the hospital’s management.

In Malaysia, private hospitals are managed and operated by larger groups while there are some which are independently managed. Below are 10 of the most expensive hospitals in Malaysia

1. Prince Court Medical Centre


This medical centre is managed and operated by Petronas, the national oil and gas company. The multi-specialty hospital provides a complete range of medical services which is known to be the preferred hospital among the rich as well as royal family members.

2. Pantai Hospital Group

Pantai Hospital is among the most established medical centres in Malaysia. It has branches around the country which include Batu Pahat, Sungai Petani, Klang, Ayer Keroh as well as a few in the Klang Valley. Pantai Hospital in Bangsar is among the top hospital in Malaysia which is very popular among those from the high income groups

3. KPJ Specialist Hospital


The KPJ Specialist Hospital is managed under the KPJ Healthcare Berhad group. It currently has 21 hospitals in Malaysia and another 2 in Indonesia and is very well established with a medical school.

4. Gleneagles Medical Centre


The Gleneagles Medical Centre was formerly known as the most expensive hospital in the country but has dropped down the list with new and more sophisticated centres like Prince Court and Sunway

5. Sunway Medical Centre


The Sunway Medical Centre is managed and owned by the Sunway Group which has many other areas of business like property development, retail and education. It is a multi-specialist hospital with some of the most modern medical equipment which is why its billings can be quite high.

6. Columbia Asia Medical Center


The Columbia Asia Medical Center is one of the recently established and expanded hospitals in the country although it has been around since 1998. Its first centre was in Shah Alam while today it has many branches around the country in which it is partially owned by EPF (Employee Providence Fund).

7. Assunta Hospital

Assunta Hospital is renowned for its medical expertise in cancer. Located in Petaling Jaya, Assunta Hospital provided many other medical services since 1954, making it one of the oldest hospitals in Malaysia.

8. Tun Hussein Onn National Eye Hospital

The Tun Hussein Onn National Eye Hospital is one of the most specialized hospitals in Malaysia focusing on dedicated eye care treatment.

9. TMC Fertility Centre

The TMC (Tropicana Medical Centre) is a highly specialized medical centre which focuses on fertility. So far, it has conducted more than 3,000 IVF cases, making it the preferred choice in this area for couples who are having problems conceiving and other related medical problems.

10. Mount Miriam Cancer Hospital

The Mount Miriam Cancer Hospital is a medical centre in Penang which is very focused and specialized in cancer treatments. As the name implies, Mount Miriam Hospital is commonly referred to as the cancer experts and has been providing treatment for patients from all over the country for many decades now.

Saya tak pasti cam ner mereka menilai sesuatu hospital tue. Nie pun saya dapat dari http://www.family.my/the-10-top-hospitals-in-malaysia/

UPDATE:citer dapat RM400K dalam masa 4 bulan (WIFEY DAH DPT CLAIM-ADER GAMBAR) part 2

Masih ingat kes Client dapat RM400K dalam maser 4 bulan? Kalu tak ingat click sini http://akupenjualinsurans.blogspot.com/2013/09/citer-dapat-rm400k-dalam-masa-4-bulan.htmlDi bawah nie saya nak share sikit luahan hati agent dari facebook dier Johari Julis . Moga anda diluar saner sedar akan kehebatan Takaful nie...kalau tak sedar lagi tak tahulahhhh

Pn Natasha , Johari dan CEO PruBSN Takaful

Terima Kasih Takaful
Harini hari yg bersejarah utk diri saya sebagai ejen insurans dan takaful..Alhamdulillah selesai majlis ringkas penyampaian cheque kpd isteri kepada arwah client saya yg meninggal dunia kemalangan pd bulan 8 yg lalu.. wang ringgit tak mampu nk menggantikan orang yg tersayang tp dgn wang ringgit juga kita dpt pastikan masa depan keluarga tak terjejas. Semoga isteri arwah dpt meneruskan kehidupan dgn penuh ketabahan..Inshaallah

Dan tahukah anda sebagai pemilik sijil takaful..anda juga sama sama menyumbang kepada keluarga ini berdasarkan konsep menderma pada tabung tabarru'?
Jadi dgn ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemilik sijil takaful dari prudential bsn takaful kerana sesungguhnya anda telah membantu keluarga ini.. jasa anda hanya Allah yg boleh balas..

Juga terima kasih kpd ahli keluarga arwah, CEO & pengurusan PruBSN takaful, ahli keluarga saya serta rakan2 SIXMA kerana menjayakan majlis tadi.

Semoga posting ini dapat memanfaatkan semua pihak dan majulah takaful untuk semua.. sila share jika post ini memberi impak kepada anda..terima kasih

Facebook: Johari Julis

Friday, October 4, 2013

Mohon penjelasan mengenai bill hospital (pay n claim) tak dapat seperti dijangka

Saya dapat e mail dari pengguna pru bsn takaful. Harap ia memberi manfaat buat semua

salam..puan..saya ida, saya mengambil pru bsn takaful utk anak saya..bulan 7 yg lalu dia dimasukkan ke hospital swasta kerana muntah akibat keracunan makanan,dia warded selama satu hari satu mlm..

bil hospital adalah rm 868..saya telah bayar guna duit saya kerana hosp tersebut bkn panel..saya sudah dapat elaun ward sebanyak rm 200.malangnya utk bil hospital saya hanya dapat rm 547.bila saya tanya agen..dia kata coz saya punya bil tak sampai seribu.sedangkan yg saya faham saya sepatutnya bayar 10% dari 868 sahaja.
Jawapan saya: 

Ok saya akan terangkan...

Seperti yang kita tahu ko takaful 10% customer kena bayar n 90% pihak takaful bayar kan. Akan tetapi kita ader syarat2 untuk 10% tue yaitu min 300 hingga max 1000 sahaja. 

Untuk kes pn nie:

Jumlah kos rawatan   : RM 868
Tolak ko takaful        : 10% dari RM 868 dikira RM86. Tapi memandangkan syarat2 ko takaful min 300 maka ditolak dengan RM300
admin fess+gov tax   : RM21 (pihak takaful tolak hospital admin fees                                     + government tax)

So kiraanya:-
(kos spital - ko takaful-(admin fess+gov tax))
RM 868    -  rm300        -rm21                         = rm547 

Sesaper nak bertanya dipersilakan.....

mardiyah79@gmail.com

Thursday, October 3, 2013

Sakit Puan : Placenta Praevia

Last 3 weeks saya ader jumpa clients di Putrajaya. So, maser dier buat health declaration dier ader mention mase first semester of pregnancy, dier ader Placenta Praevia. N maser tue saya ader proposed medical card yang baru Health Enrich yg cover maternity complications. Saya memang akui saya tercengang. Apalah tue? Client saya cakap nie kalu tak detect awal boleh bawa kematian. Dalam bahasa melayu uri tue turun..... Maka ia memberi idea untuk aku tuleh dalam blog.

Placenta Praevia?

During pregnancy, the placenta moves as the womb stretches and grows. It is very common for the placenta to be low in the womb in early pregnancy. But as the pregnancy continues, the placenta moves to the top of the womb. By the third trimester, the placenta should be near the top of the womb, so the cervix is open for delivery.

Sometimes, the placenta partly or completely covers the cervix. This is called a previa.

There are different forms of placenta previa:

Marginal: The placenta is next to cervix but does not cover the opening.

Partial: The placenta covers part of the cervical opening.

Complete: The placenta covers all of the cervical opening.

Placenta praevia occurs in 1 out of 200 pregnancies. It is more common in women who have:
  • Abnormally shaped uterus 
  • Many previous pregnancies
  • Multiple pregnancy (twins, triplets, etc.)
  • Scarring on the lining of the uterus, due to history of surgery, c-section, previous pregnancy, or abortion
  • Women who smoke or have their children at an older age may also have an increased risk.

Symptoms:-
The main symptom of placenta previa is sudden bleeding from the vagina. Some women have cramps, too. The bleeding often starts near the end of the second trimester or beginning of the third trimester.
Bleeding may be severe. It may stop on its own but can start again days or weeks later.
Labor sometimes starts within several days of heavy bleeding. Sometimes, bleeding may not occur until after labor starts.

Exam n Tests
Your health care provider can diagnose this condition with a pregnancy ultrasound.

Treatments

Your health care provider will carefully consider the risk of bleeding against early delivery of your baby. After 36 weeks, delivery of the baby may be the best treatment.
Nearly all women with placenta previa need a c-section. If the placenta covers all or part of the cervix, a vaginal delivery can cause severe bleeding. This can be deadly to both the mother and the baby.
  If the placenta is near or covering a part of the cervix, your doctor may recommend:
  • Reducing your activities
  • Bed rest
  • Pelvic rest, which means no sex, no tampons, and no douching
Nothing should be placed in the vagina.
You may need to stay in the hospital so your health care team can closely monitor you and your baby.
Other treatments you may receive:
  • Blood transfusions
  • Medicines to prevent early labor
  • Medicines to help pregnancy continue to at least 36 weeks
  • Shot of special medicine called Rhogam if your blood type is Rh-negative
  • Steroid shots to help the baby's lungs mature
An emergency c-section may be done if the bleeding is heavy and cannot be controlled.

Adakah sakit puan nie dilindungi oleh Takaful?

TIDAK. Sudah termaktub dalam non disclosure yang mana Takaful TAK COVER Kehamilan, kehamilan sekarang dan sebelumnya (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan dan apa juga pembedahan atau prosedur bukan pembedahan ke atas sistem peranakan wanita ketika pembedahan untuk kelahiran), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.

mardiyah79@gmail.com

Kes Tengkok Aaron Aziz senget : Dalam kaca mata Takaful lady


Heboh satu Malaysia biler hero nie masuk spital pasal leher senget atau dalam bahasa sicentifiknya "Cervical Facet Arthritis". Ya.. hero nie masuk prince court.. pasal dier pelakon yg popular dan dapat endorsement saner sini maka bolehlah dier mendapat rawatan yg terbaek. tapi.. kita..?? Nak kater dari golongan pertengahan tak layak langsung. Pasal mengikut penerangan menteri di malaysia nie golongan pertengahan aderlah merujuk pada orang melayu yg boleh naik Mercedez-Benz (fuyyyooo!!!), ada rumah banglo, mempunyai harta yang ader RM2-RM3 juta (wallaweehhh!!) . So.. pandai pandailah korang nak kategorikan diri-sendiri dalam kategori apa.


So, moral of story dah tahu kiter nie mungkin bukan dalam golongan pertengahan mahupun elit (jauh sekali), maka cepat-cepatlah apply medikal kad n life protection.

Aku tak nak citer pasal gossip mossip nie.. just nak bagi penerangan sikit pasal sakit radang sendi nie atau artritis. Dari kaca mata seorang yg hanya penjual takaful nie.. aderkah client akan dilindungi oleh Takaful? 

Ya, jika client tue sudah mencarum pada Takaful melebihi 4 bulan. Kenapa 4 bulan? Kerna 4 bulan adalah tempoh bertenang untuk medikal kad. Konsep nie digunakan oleh mana2 takaful operator.

Akan tetapi, jika penyakit sendi nie memang dah ader dalam diri sindiri yg mana kita sendiri pun tak tahu , tapi baru jer detect by Dr. So, adakah Takaful cover? TIDAK. Dalam Non disclosure pun ader mention yang mana existing illness TAK COVER. TAPI, ini tidak adil bagi pihak client sendiri kerna memang mereka TIDAK TAHU akan pre existing illness nie. Ok.. menurut claim department, jika perkara ini berlaku maka panjanglah citernya. Investigation dari pihak Takaful akan dijalankan. Apa yg pihak takaful mintak adalah:-

1. Medical Report dari Dr yg merawat
2. Regular Dr yg client selalu jumpa
3. Mendapatkan kenyataan dari client (kaji selidik)
4. Mendapatkan kenyataan dari majikan (kaji selidik), berapa kali client nie MC due to this illness (penyakit yg sama).

Berapa lamer lah investigation nie? It's depend case by case basis. Ader yg cepat dan ader yg lambat. So memang ambik masa bebulan. Maka, client kena pay n claim dulu.

Apa tue Cervical Facet Arthritis?



Diagnosis:  Patients with cervical facet arthritis will complain of pain in the neck that can also be felt in the back of the head, shoulder or arm.  The pain is usually worse with neck movement. In the lumbar spine, facet arthritis causes low back, hip and thigh pain.   The pain is usually aggravated by extension or bending backwards.  When the doctor examines the patient, he or she will find tender muscles overlying the lumbar or cervical facets. The diagnosis can be confirmed with plain X-rays and CT scan studies.

Treatment:   In the event of a sudden flare up, bed rest, ice over the painful area and anti- inflammatory agents such as aspirin or Motrin will usually bring relief.   Sometimes a sudden flare-up can also cause muscle spasms. In this case, the doctor can prescribe muscle relaxants in addition to the anti-inflammatory agents.  Once the situation is stabilized, a cautious increase in activity can begin.  Over a period of a few weeks, most flare-ups will resolve without invasive treatment. If a significant amount of pain remains, the patient can be treated with physical therapy using ultrasound, back exercises, traction and soft tissue mobilization or massage. If physical therapy does not completely resolve the discomfort, the patient can be referred to a specialist for local injections into the inflamed joints.  Under X-ray, these joints can be injected with a powerful anti-inflammatory drug, usually bringing relief within 48 hours. The X-ray procedures are customarily performed under light intravenous sedation with drugs like Valium so that the patient is comfortable during the procedure.

Prevention: Preventing flare-ups is essential.
The most critical factor in cervical facet arthritis is sleep position.  It is best to use a firm non-feather pillow that keeps the neck in good alignment with the rest of the spine while sleeping.  If you routinely sleep on your back, use a fairly narrow pillow that does not bring your head too far forward, but once again, keeps it in good alignment.
In preventing back injuries, be careful bending, lifting and twisting.  Ideally, patients with low back problems should attend “back school” offered by a physical therapy department in order to learn how to take proper care of the back.
Proper strength training.
Proper flexibility training. 

credit to: michiganpain.com

mardiyah79@gmail.com

Fake: Cara-cara claim insuran nyawa yang fail

Ni berlaku di Russia. Most cars di Russia ader Dashboard Cams. Memang dier org purposely buat fraud accident pasal nak claims ngan insurans. huhuhuhuhuhuh.. Sib baik kat Malaysia tak der cam gini. So, enjoyyy watching funny compilation of car insurance scam fail.


Tuesday, September 17, 2013

jangan baca kalau korang dah bosan dengan Takaful

Tahniah pada korang yg sudi baca belog aku niehh. aku mula merasa bangga. meh sini aku nak citer lagi pasal Takaful. Aku tak nak citer pasal medikal kad. Aku tahu medikal kad tue super power. Apa aku nak citer sini lebih dari super power.. Ok.. ready aku nak citer nie..

Korang tahu beraper sum assured korang? ok bahasa terlalu teknikal... total life korang beraper di insured? RM20K, RM30K... Kalau lah betul alahaiiiiiiiiiiiiii.. sayangnya.... Apsal aku cakap cam nie? Meh sini aku citer.

Ok.. korang ader utang tak? mesti ader kan? Hutang aper? Rumah, keta, personal loan. Ok.. how about nafkah keluarga? Korang mesti buat perbelanjaan untuk keluarga dan orang yang tersayang ya tak.. ok aku citer details:-

hutang pokok bagi rumah ialah sebanyak RM 170.000.00. Tolak segala keuntungan bank. Kita kira pada hutang pokok sahaja, kerana apabila kita bayar langsam pihak bank hanya mengambil hutang pokok sahaja dan segala keuntungan akan ditolak (rebit). 

Hutang kereta : Contoh hutang kereta sebanyak RM 70.000.00. konsepnya sama juga seperti hutang rumah. 

Pembiayaan peribadi : contoh loan peribadi sebanyak RM 50.000.00. 

Nafkah keluarga : setiap bulan RM 2000.00 termasuk semua perbelanjaan sekolah dan rumah. 

Jumlah keseluruhan komitmen kita ialah sebanyak RM 314.000.00. Jadi sum cover (tabung khairat asas) kita tentukan sebanyak 314.000.00. Kenapa perlu begini? Jawapannya ialah kerana untuk mengelakkan kita menyusahkan keluarga kita, elak dari tekanan emosi, hutang yang ada dapat dilunaskan, dapat membantu persekolahan anak kita dan banyak lagi.

korang nampak tak?

Cuba fikirkan kalau sum cover ini kita ambil hanya RM 20.000 hingga 30.000. Apa yang kita dapat bantu keluarga kita dalam menyelesaikan masalah yang mereka tanggung waktu kita lumpuh atau mati nanti. Sekurang-kurangnya dapat menampung nafkah mereka selama setahun, sudah memadai untuk kita rasa selesa dengan tanggungjawab kita kepada keluarga.

Ambil Takaful Jangan Ikut Nafsu Siri 2

               
Ambil takaful ikut kepada keperluan bukan ikut nafsu, keperluan yang dimaksudkan di sini ialah ikut komitmen dan kemampuan kita yang sebenarnya. Orang yang hendak ambil takaful sendiri yang tetapkan berapa sumbangan yang hendak diberikan pada setiap bulan. Kalau ia mampu RM 50.00 maka polisi pun dengan harga RM 50.00. Salah dalam hal ini kalau agen yang tetapkan berapa jumlah caruman kita. Di sinilah agen boleh memanipulasikan jumlah yang sebenarnya. agen boleh masukkan banyak cover dengan alasan penting dengan harapan kliennya bayar besar dan komisyen yang ia dapat juga besar dari 25% jumlah caruman.

Agen hanya boleh memberikan cadangan sahaja bukan menentukan polisi takaful kliennya. Kalau hal ini berlaku anda boleh buat aduan kepada operator takaful dan Bank Negara, masukkan sekali dalam laporan tersebut nama no. kod agen tersebut. Bank Negara akan mengambil tindakan kepada agen tersebut di atas putar belit yang dilakukan olehnya.

Nasihat saya ambil yang lebih penting dahulu, setelah itu baru kita fikirkan yang lain, kalau tidak ambil yang lain pun tidak mengapa. Cadangan saya ialah seperti di bawah ini :

Sum Cover (Manfaat Asas)
Kenapa wajib ambil takaful? Wajib disebabkan kita mempunyai komitmen seperti hutang dan nafkah. Cuba kita kira hutang dan nafkah yang ditanggung oleh kita :

Hutang rumah : hutang pokok bagi rumah ialah sebanyak RM 170.000.00. Tolak segala keuntungan bank. Kita kira pada hutang pokok sahaja, kerana apabila kita bayar langsam pihak bank hanya mengambil hutang pokok sahaja dan segala keuntungan akan ditolak (rebit). 

Hutang kereta : Contoh hutang kereta sebanyak RM 70.000.00. konsepnya sama juga seperti hutang rumah. 

Pembiayaan peribadi : contoh loan peribadi sebanyak RM 50.000.00. 

Nafkah keluarga : setiap bulan RM 2000.00 termasuk semua perbelanjaan sekolah dan rumah. Nafkah kita hitung selama setahun, kerana apabila ditimpa apa-apa musibah kepada kita, isteri atau anak-anak sempat untuk mencari pekerjaan yang sesuai dan boleh menyusun semula ekonomi yang dimiliki olehnya. Dalam masa setahun itu amat baik bagi dirinya untuk membuat persediaan. Firman Allah yang bermaksud : “Hendaklah orang yang mampu, memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rizkinya, hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekedar) apa yang Allah berikan kepadanya” (At-Talaq : 7)

Jumlah keseluruhan komitmen kita ialah sebanyak RM 314.000.00. Jadi sum cover (tabung khairat asas) kita tentukan sebanyak 314.000.00. Kenapa perlu begini? Jawapannya ialah kerana untuk mengelakkan kita menyusahkan keluarga kita, elak dari tekanan emosi, hutang yang ada dapat dilunaskan, dapat membantu persekolahan anak kita dan banyak lagi. Alamak mesti kena bayar tinggi sebab besit cover ini tinggi? Setiap manusia Allah berikan akal fikiran, gunakan akal kita dengan baik, cari operator takaful yang murah pembiayaannya. Setahu saya, ada operator di Malaysia yang boleh memberikan besit cover ini sebanyak RM 100.000.00 dengan bayaran hanya RM 50.00 ke bawah (apa-apa pun rujuk kepada umur). RM 300.000.00 ini kita hanya perlu membayar RM 150.00 sahaja.

Cuba fikirkan kalau sum cover ini kita ambil hanya RM 20.000 hingga 30.000. Apa yang kita dapat bantu keluarga kita dalam menyelesaikan masalah  yang mereka tanggung waktu kita lumpuh atau mati nanti. Sekurang-kurangnya dapat menampung nafkah mereka selama setahun, sudah memadai untuk kita rasa selesa dengan tanggungjawab kita kepada keluarga.

Medical Card
Setelah selesai sum cover (basic cover/tabung khairat asas) barulah kita pergi kepada manfaat kedua iaitu kos rawatan (medical card). Lazimnya cas bulanan kepada medical card ini mahal, kita perlu membayar deposit hospital dan 10% dari ko takaful. Contoh apabila masuk sahaja hospital kita dikehendaki membayar deposit sebanyak RM 400.00 dan ko takaful sebanyak RM 1000.00 jumlah keseluruhan RM 1400.00. Setiap tahun ada maksimum kos yang boleh kita kliem dari takaful seperti setahun RM 50.000.00, lebih dari itu kita kena bayar sendiri. Kelemahan bagi orang yang menggunakan medical card ialah rata-rata pihak hospital akan mengambil kesempatan di atas kliem tersebut seperti kos rawatan menjadi mahal, ada pelbagai pemeriksaan hospital seperti x-ray dan sebagainya.

Perlu kita faham betul-betul sebelum ambil, jangan main ambil sahaja medical card, bila kena bayar itu dan ini baru kita melenting dan menuding jari kepada pihak takaful dan agen. Sebagai klien Tanya habis-habisan, setelah itu baru buat keputusan untuk ambil.

Pelaburan Atau Simpanan
Memang ada sebahagian orang diluar sana mengatakan tidak perlu buat simpanan di dalam takaful, kerana ia merugikan pencarum. Betul apa yang dikatakan oleh mereka, tetapi saya sangat menyarankan simpanan dan pelaburan. Setiap orang apabila telah berumur resikonya juga semakin tinggi. Contoh mudah, seseorang yang berumur akan mempunyai penyakit kritikal seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kanser dan sebagainya. Apabila kita tidak mempunyai pelaburan atau simpanan, sudah tentu akaun takaful kita menjadi muflis dan suatu ketika nanti pihak takaful akan meminta kita menambah bayaran bagi membiayai kos akaun takaful kita.

Penting di sini, kita buat pelaburan dan simpanan walaupun hanya RM 10.00 kerana ia membantu kita pada masa hadapan seperti dapat mengelakkan kita menambah bayaran, pulangan balik apabila telah matang menjadi besar. Sekurang-kurangnya pulangan tersebut boleh juga kita buat untuk menunaikan umrah dan haji.

Simpanan adalah lebihan setelah ditolak ke akaun resiko iaitu sum cover dan medical card. Lebihan dari situ dimasukkan ke dalam simpanan. Besar akaun resiko maka besar cas dan kecil simpanannya. Akaun resiko tidak akan kembali kepada kita dan ia akan habis begitu sahaja. Kenapa jadi begini sebab di dalam konsep takaful akaun resiko dinamakan tabarru (sedekah) yang disumbangkan oleh orang yang mengambil polisi (keterangan lanjut lihat di sini). Apabila berlaku apa-apa musibah kepada ahli yang mencarum, akaun resiko itu akan membantu ahli tersebut. Duit dalam akaun resiko tidak akan dapat balik walaupun setelah ia matang.

Pelaburan ialah satu perkara yang asing dari akaun simpanan dan resiko, ia bertujuan untuk mengembalikan pulangan yang besar kepada pencarum kerana ada sebahagian takaful memberikan bonus pelaburan besar dari bonus simpanan (lebihan)

Manfaat Lain Kurang Perlu
Bukan maksud saya tidak perlu, kalau orang itu berkemampuan, maka terpulang kepadanya untuk ambil yang lain-lain seperti hospital benefit, crisis cover dan banyak lagi. Kena ingat semua ini kita bayar dengan duit dan duit itu tidak akan kembali kepada kita. Lagipun yang paling penting ialah sum cover (manfaat asas) dan medical card sahaja. Mana-mana orang ambil takaful adalah bertujuan untuk kematian dan rawatan hospital sahaja. Jadi kenapa kita ambil banyak-banyak, kan baik duit kita masuk pelaburan dan buat simpanan sahaja, lebih bagus dan lebih manfaat.

ps:// ok saya tepek pulak gambar ustaz nie. Saya cilok dari belog ustaz nie. Tima kaseh ustaz. 


Ambil Takaful Jangan Ikut Nafsu Siri 1

Salam semua,

Saya ader terbaca satu artikel mengenai Takaful. Moga artikel nie memberi manfaat yg sungguh berguna buat pembaca sekalian. Takaful dari pandangan seorang ustaz. Bagi saya, ustaz nie mengolah mengenai Takaful cukup jelas. Saya harap saya n korang semua faham konsep takaful nie. Bukan tengok polisi jer..


Kebanyakkan manusia di luar sana tidak faham apa yang dikatakan takaful, ada sebahagian mereka beranggapan bahawa takaful ini sama dengan insuran konvensional dan hanya perlindungan semata-mata. Ada pula orang yang jahil tentang takaful memberi hujah dan menyamakan takaful dengan insuran dan ia menjadi haram kerana ia terlibat dengan riba, perjudian dan sebagainya. Banyak lagi andaian yang dibuat oleh mereka yang jahil, habis semua ulamak atau pakar-pakar ekonomi Islam dianggap bersyubahat dan berdusta untuk mencari keuntungan dunia. Persoalan saya, orang yang buat komen dengan pakar ekonomi Islam mana yang lebih berilmu dan alim. Sudah tentu pakar ekonomi Islam yang tahu kaedah mengeluarkan hukum bagi masalah-masalah baru yang timbul pada zaman sekarang.

Umat Islam dikelilingi dengan Hutang

Boleh dikatakan 90% umat Islam Malaysia terlibat dengan pelbagai hutang, di antara hutang yang dimaksudkan ialah hutang rumah, kereta, peribadi dan sebagainya. Memang semasa kita mengambil loan atau pembiayaan peribadi diwajibkan kita mengambil takaful sekali untuk melangsaikan segala hutang yang ada apabila berlaku kematian kepada diri kita. Tapi bagaimana kalau berlaku penyakit dan lumpuh sebahagian anggota badan kita? Takaful loan tidak cover kerana tidak berlaku kematian. Setiap bulan kita dikehendaki membayar hutang, waktu itu juga kita kehilangan pekerjaan, isteri pula tidak bekerja, kalau pun bekerja pendapatannya tidak cukup untuk menampung kos rumahtangga dan rawatan kita apatah lagi hendak membayar hutang. Dalam Islam membayar hutang adalah wajib seperti Sabda Rasulullah SAW :

“Jiwa seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Lagi Sabda Rasulullah SAW :

"Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (Riwayat Ahmad)

Bagaimana baik sekalipun seseorang yang berhutang, ia tidak di masukkan ke dalam syurga Allah sehingga hutangnya dapat dilunaskan. Ibadahnya kuat sentiasa Qiyamullail dan peribadinya soleh, tetapi disebabkan hutang ia masih tergantung dan segala amalannya disedut bagi melangsaikan hutangnya. Cuba kita bayangkan kalau hutang kita sebanyak RM 10.000.00 ibadah kita apabila ditimbang sebanyak 100 pahala, habis semua disedut bagi membayar hutang yang ada, hutang masih berbaki dan amalan kita habis disedut, mati juga tetap masuk di dalam neraka Allah sebab banyak dosa yang telah kita lakukan di dunia.

Nafkah Keluarga

Setiap orang mempunyai amanah dan tanggungjawab bagi memberikan nafkah kepada keluarganya. Memberikan perlindungan, pakaian, pendidikan, makan minum dan sebagainya. Jika kita gagal memberikan nafkah, bererti kita sudah mengabaikan amanah Allah. Firman Allah yang bermaksud :
  
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan”. (Al-Baqarah : 233)

Berdasarkan dalil Al-Quran ini, wajib kepada ketua keluarga menyediakan nafkah atau perbelanjaan kepada isteri dan anak-anaknya. Bagaimana kalau berlaku kematian, lumpuh, penyakit kritikal? Sudah pasti waktu ini kita tidak boleh bekerja, mungkin kita akan diberhentikan kerja. Pekerja swasta mungkin dalam masa tiga bulan selepas mengalami musibah. Penjawat Awam mungkin dalam masa setahun, jika perkhidmatan kita melebihi 20 tahun, bolehlah kita dapat pencen separuh gaji (kalau tak silap saya).

Semasa itu juga anak-anak bersekolah dan ada yang telah melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Kos pengajian makin meningkat, kos sara hidup makin meningkat, duit simpanan hanya ada sedikit sahaja sekitar RM 50.000.00 ke bawah. Hutang pula banyak dan perlu dilunaskan, mungkin isteri kita pada waktu itu bertanggungjawab untuk membayar hutang kita. Banyak lagi bebanan dan penderitaan yang perlu ditanggung oleh ahli keluarga kita.

Cuba anda bayangkan, kalau situasi ini semua berlaku kepada keluarga anda, waktu itu baru anda terpikir dan semasa itu rungsing memikirkan pendapatan keluarga, emosi makin meningkat dan pada masa itu juga anak-anak terpaksa bekerja dan mungkin ada yang berhenti dari sekolah untuk bekerja membantu isteri kita mencari duit bagi menampung kos rumahtangga. Waktu itu juga syaitan memainkan peranan menghasut kita perkara yang bukan-bukan seperti “isteri kerja sehingga lewat malam, mungkin ada lelaki lain”. Keluarga mertua menghasut isteri kita supaya mohon pasah dan banyak lagi kemungkinan yang akan berlaku.

Harta Dan Wang Simpanan

Apabila berlaku kematian segala harta dan akaun simpanan kita akan dibekukan oleh pihak yang berwajib seperti pihak bank dan sebagainya. Ahli keluarga kita tidak boleh mengeluarkan dan menjual satu pun harta peninggalan kita. Boleh kita keluarkan atau jual harta kita setelah selesai urusan mengagihan harta. Saya difahamkan masa pengurusan tersebut sekurang-kurangnya enam bulan dan boleh jadi lewat lagi dari masa tersebut. Ketika itu ahli keluarga kita terpaksa berhutang dengan bank dan sebagainya bagi menampung kos sara hidup dan kos pengebumian kita.

Wang simpanan tidak banyak, yang ada hanya cukup untuk anak sekolah sahaja. Untuk kos keluarga isteri perlu bekerja. Apa sahaja kerja yang ada terpaksa isteri terima walaupun bergaji rendah bawah dari RM 1000.00. Wang simpanan kita pada waktu itu juga dibekukan oleh pihak bank kerana ia menjadi harta pusaka. Tidak malukah kita kepada keluarga mertua dan Allah SWT di atas sikap tidak bertanggungjawab kita kepada keluarga. Semasa waktu akad nikah, semuanya kita janji akan memberikan kesenangan dan tidak akan menyusahkan ahli keluarga kita. Disebabkan pengabaian kita, pelajaran anak tidak menentu, murung dan terpaksa sibukkan diri mencari kerja sambilan bagi menampung kos pengajiannya. Pelajarannya makin merosot, sekolah rajin cuti, bila datang sekolah sering tidur di dalam kelas disebabkan penat melakukan pekerjaan sambilan.

Simpan Emas, perlu kita ingat.. zaman sekarang dunia berurusan dengan mata wang kertas, bukan lagi dengan nilaian emas. Jadi mahu tidak mahu, emas itu perlu dicairkan menjadi nilaian wang kertas. Semasa hendak menjual emas, pihak bank atau kedai emas mempunyai cas dan nilaiannya menjadi susut sebanyak 12% dari harga emas semasa. Kenalah waktu itu, baru kita beli atau nilaian emas susut. Maka sudah tentu kita menjadi rugi…

Kewajipan Mengambil Takaful

Berpandukan hujah di atas, maka perlulah kita mengambil takaful mengikut keperluan semasa, bukan ambil ikut nafsu. Kebanyakkan orang sekarang ambil takaful mengikut nafsu, semua manfaat hendak diambil olehnya. Bila banyak manfaat kita ambil, kos caruman juga makin tinggi dan bukan semua manfaat kita gunakan sehingga tamatnya kontrak. Jadi di situ kita telah rugi, duit kita habis begitu sahaja. Sebelum ambil wajib kita fahami dahulu, jika tidak faham takut ia menjadi fitnah dan akadnya menjadi tidak sah. Sebab itulah setiap agen perlu pakar dan perlu dalami betul-betul asas takaful dalam muamalah Islam. Bukan main jual sahaja untuk mendapatkan komisyen dan target tahunan.

Ini sering terjadi kepada para agen (wakil) takaful hanya pandai membicarakan polisi sahaja dan tidak mendalami konsep asas di dalam takaful tersebut. Sebab itulah ramai di luar sana hanya tahu polisi sahaja tetapi tidak tahu mana yang lebih penting dan mana yang tidak penting. Kadang-kadang orang yang ada takaful pun tidak tahu apa yang dia ambil. Bila Tanya ada takaful? Beliau jawab ada, Macam mana cover dia? Entah tidak tahu tetapi ada simpanan. Hal inilah yang menyebabkan mereka yang menjadi ahli takaful apabila polisinya matang (habis kontrak) terkejut duit yang dapat balik hanya sedikit bukan semua dari apa yang mereka bayar. Dari sinilah mereka menuduh takaful bohong dan sama dengan insuran, tidak perlu ada pun tak apa sebab semuanya bohong belaka. Sebenarnya bukan operator takaful yang bohong, tetapi agen yang menjualnya berbohong dan tidak menceritakan perkara yang sebenarnya, kerana takut orang tidak mengambil takaful.

Jadi rumusan yang dapat diambil, takaful yang dijual oleh para agen diluar sana tidak menepati hukum muamalat yang telah ditetapkan seperti rukun jual beli yang terdiri daripada penjual, pembeli, barang yang dibeli dan akad. Semua ini mesti berlaku dengan jelas dan tidak ada perkara yang terselindung, bila ada akat jual beli itu tidak terlaksana, maka jual beli itu menjadi haram. Cara menpromosikan takaful tidak boleh sama dengan menjual insuran konvensional, kerana dia boleh mengundang fitnah seperti yang ada di lapangan sekarang. Agen itu perlu memperjelaskan satu persatu dari pada asas takaful, keperluan mengambilnya, komitmen orang (hutang, nafkah), kemudian tunjukkan ilustrasi kepada klien agar ia jelas dan terang apa yang dia ambil. Tidak boleh ada konsep paksaan, jika prospek tidak mahu, anda tidak boleh memaksa dan hanya boleh ingatkan dia tentang keperluannya sahaja seperti konsep berusaha,bertawakal dan berdoa. Kalau semua ini cantik penerangannya, maka sudah pasti ia tidak boleh mengundang fitnah seperti yang ada sekarang iaitu “takaful dan insuran sama sahaja.”

Ps:// Nie saya tepek gambar ustaz nie. Terima kasih ustaz diatas penerangan ustaz. Alhamdulillah dan Insya-Allah saya akan jelaskan apa yang ustaz cakap pada prospek saya.


Monday, September 9, 2013

UPDATE:citer dapat RM400K dalam masa 4 bulan (WIFEY DAH DPT CLAIM-ADER GAMBAR)

Salam,

UPDATE: THX PADER SESAPER SUDI BACA BELOG TAKAFUL NIE N ARTIKEL NIE. SO, UPDATE WIFEY DAPAT CLAIM DARI PIHAK TAKAFUL DUE TO HER HUSBAND ACCIDENT DEATH. MOGA IA MEMBERI IKTIBAR PADA SEMUA. Check it out. Untuk mengetahui citer part 2 click sini http://akupenjualinsurans.blogspot.com/2013/10/updateciter-dapat-rm400k-dalam-masa-4.html


Pn Natasha (baju biru) isteri arwah, Johari (baju putih), CEO PruBsn, Mr Azim, Business Development Director Pn Josila, ahli team dan bos SIXMA, bai, afiq, zairol, megat dan dell.

Johari menerangkan sesuatu kepada Pn Natasha

Bergambar bersama CEO PruBSN Takaful
Tergezut aku baca citer kat portal artis rotikaya n forum cari.com.my pasal abil (nabila huda) anak amy search accident bersama dengan anak dier kat karak. Alhamdulillah mereka selamat.

Terbaca pasal citer artis accident nie.. teringat citer pasal client kawan aku nie.. meninggal accident kat Rantau Abang selepas Raya...

Perghhhhhhhhhh... dalam masa 4 bulan dier dapat RM400K aper citer bro? Kalau korang baca mesti korang nak kan. Ok.. aku tulis kali nie bukan nak citer pasal MLM atau skim cepat kaya tapi Kisah benar yang patut korang pikir n renung renungkan.......

Sabtu lepas aku pi training Takaful.. so aderlah sorang mamat agent nie citer pasal claim accident n kematian. So dier kata client dier nie baru ambik 4 bulan Takaful dengan dier. Client dier nie engineer tempat syarikat minyak.. di Terengganu. Satu hari lepas antar isteri dier di tempat kerja kat spital Terengganu... sampai kat Rantau Abang...(ddddaaaammmmmmmnnnnnnnnnnnn) satu bunyi kuat terdengar. Rupa2 nya client dier accident n meninggal dalam perjalanan ke hospital. Bayangkan isteri dier kena clean up arwah suami dier. Btw, isteri client agent nie dr. So .. agent nie citer coverage yang dier beli ngan Takaful:

Pampasan kematian              : RM200,000

Pampasan penyakit kritikal : RM100,000

Pampasan cacat kekal           : RM200,000

Pampasan Accident                : RM200,000

Medikal kad                             : coverage sethaun RM50,000

So, isteri akan dapat RM400,000 dari pihak Takaful . Nie tak termasuk cash value. Agent nie claim perbelanjaan pengebumian jenazah RM2,000.

Citer sedih lagi.. sehari selepas arwah nie tiada, pihak company dah terminate kad perubatan (company medikal kad) untuk family dier. Bayangkannnnnnnn..... 

Kisah yang aku citer nie bukan nak meraih simpati atau belas kasihan atau nak buat iklan atau marketing kat korang.. tapi sebagai citer n tauladan. 

Kelmarin.. surat khabar omputeh The sunday Times ader citer pasal bill medical yg ramai suffer nak bayar balik. Dah sakit teruk.. takkan nak biarkan jer. Demam sikit pun dah pi jumpa dr klinik. Nie kan pulak sakit yang kritikal......

hmmmmmmmmmm.. renungkan

ps:// kesian dengar citer kawan abah kena tunggu giliran nak buat bypass surgery... alahaiiiii 

mardiyah79@gmail.com
019-2853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...