Tahniah pada korang yg sudi baca belog aku niehh. aku mula merasa bangga. meh sini aku nak citer lagi pasal Takaful. Aku tak nak citer pasal medikal kad. Aku tahu medikal kad tue super power. Apa aku nak citer sini lebih dari super power.. Ok.. ready aku nak citer nie..
Korang tahu beraper sum assured korang? ok bahasa terlalu teknikal... total life korang beraper di insured? RM20K, RM30K... Kalau lah betul alahaiiiiiiiiiiiiii.. sayangnya.... Apsal aku cakap cam nie? Meh sini aku citer.
Ok.. korang ader utang tak? mesti ader kan? Hutang aper? Rumah, keta, personal loan. Ok.. how about nafkah keluarga? Korang mesti buat perbelanjaan untuk keluarga dan orang yang tersayang ya tak.. ok aku citer details:-
hutang pokok bagi rumah ialah sebanyak RM 170.000.00. Tolak segala keuntungan bank. Kita kira pada hutang pokok sahaja, kerana apabila kita bayar langsam pihak bank hanya mengambil hutang pokok sahaja dan segala keuntungan akan ditolak (rebit).
Hutang kereta : Contoh hutang kereta sebanyak RM 70.000.00. konsepnya sama juga seperti hutang rumah.
Pembiayaan peribadi : contoh loan peribadi sebanyak RM 50.000.00.
Nafkah keluarga : setiap bulan RM 2000.00 termasuk semua perbelanjaan sekolah dan rumah.
Jumlah keseluruhan komitmen kita ialah sebanyak RM 314.000.00. Jadi sum cover (tabung khairat asas) kita tentukan sebanyak 314.000.00. Kenapa perlu begini? Jawapannya ialah kerana untuk mengelakkan kita menyusahkan keluarga kita, elak dari tekanan emosi, hutang yang ada dapat dilunaskan, dapat membantu persekolahan anak kita dan banyak lagi.
korang nampak tak?
Cuba fikirkan kalau sum cover ini kita ambil hanya RM 20.000 hingga 30.000. Apa yang kita dapat bantu keluarga kita dalam menyelesaikan masalah yang mereka tanggung waktu kita lumpuh atau mati nanti. Sekurang-kurangnya dapat menampung nafkah mereka selama setahun, sudah memadai untuk kita rasa selesa dengan tanggungjawab kita kepada keluarga.
No comments:
Post a Comment