Wednesday, February 22, 2017

TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI.

Kalau penyakit tu dah wujud sebelum tempoh menunggu, ia takkan dilindungi melainkan sudah declare pada sykt Takaful dan Sykt approved untuk tanggung risiko tersebut seperti kos pembedahan akan datang etc Penyakit Tertentu (Specified Illnesses)

Jaminan perlindungan untuk kes penyakit tertentu yang telah disenaraikan bermula selepas 120 hari dari tarikh polisi takaful diluluskan. Penyakit tersebut mestilah baru wujud selepas tempoh 120 hari.
Antaranya :-
1. Hipertensi, Diabetis Mellitus atau Penyakit Kardiovaskular 
2. Semua tumor, kanser, cysts, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari 
3. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak 
4. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
6. Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

Keadaan Meragukan (Case Under Investigation)

Bagi tuntutan perubatan yang menimbulkan keraguan dalam tempoh 2 tahun pertama dari tarikh kelulusan (tempoh boleh pertikai), syarikat takaful berhak menangguh jaminan perlindungan dan meminta anda membuat bayaran terlebih dahulu, sehingga hasil siasatan diketahui dari laporan doktor yang pernah merawat anda. Ini bagi mengelakkan berlakunya penipuan dalam tuntutan takaful (biasanya dikhuatiri anda mempunyai masalah kesihatan yang tidak diisytiharkan semasa membeli kad perubatan seperti darah tinggi, kencing manis, sakit dada, sesak nafas, jantung tersumbat, ketumbuhan, tonsil, batu karang dan sebagainya).

Cc to azha

Tuesday, February 21, 2017

PERNAH ANDA TAHU? MERANGKA PELAN INSURANS / TAKAFUL SEPERTI MERANGKA RUMAH.

Hari ini ramai mengaku mereka ada insurans / takaful. Bukan mereka menipu, mereka jujur. Ya, memang mereka ada. Bila ditanya lebih dalam, mereka hanya mempunyai satu elemen (atau dua elemen) sahaja dalam pelan insurans / takaful.

Bagi mereka yang faham mengenai insurans/takaful, elemen penting merangkumi beberapa jenis perlindungan.

Apa Elemen-Elemen Penting Dalam Insurans/Takaful?
Seperti ketika anda diberi peluang untuk membina rumah idaman, anda akan bermula dengan meratakan tanah, dan membina tapak. Ini adalah proses yang sangat penting, memastikan rumah yang bakal dibina berdiri kukuh. Selepas itu anda akan bina pula tiang dan dinding. Akhir sekali, anda akan lengkapkan dengan atap.
Begitu juga pelan insurans/takaful peribadi…
Tapak adalah meletakkan jumlah insurans hayat / takaful nyawa. Tapak yang kukuh adalah bernilai 10 kali ganda jumlah pendapatan setahun. Kalau setahun pendapatan anda, RM100,000 maka anda perlukan insurans / takaful bernilai RM1,000,000 (1 juta).
Dinding pula, anda perlu perlindungan personal accident (PA) atau nama lain, perlindungan kemalangan dan satu lagi, perlindungan penyakit kritikal (critical illness). Berbalik bila saya selalu tanya, anda ada insurans / takaful? Mereka jawab ada – rupanya mereka ada PA sahaja. Memang murah, RM50-100 sebulan dan senang dibeli, melalui telefon pun boleh.
Bahagian akhir, atap adalah kad medikal. Walaupun anda mempunyai insurans hayat / takaful nyawa bernilai jutaan ringgit pun – tapi bila anda sakit masuk ke hospital, tapi masih mengeluarkan sendiri wang belanja hospital. Berbaloikah insurans / takaful jutaan ringgit anda itu?
Saya berharap anda faham analogi pelan insurans / takaful yang lengkap, seperti membina rumah. Kalau salah satu elemen tak ada, maka tak sempurnalah rumah itu. Kalau salah satu elemen itu tak kuat pun, maka keseluruhan struktur rumah pun lemah.
Sila periksa polisi insurans / sijil takaful anda, adakah betul-betul melengkapi keperluan anda?
kredit: Adib Yazid
mbk
0192853910

TEMPOH MENUNGGU & TEMPOH BOLEH PERTIKAI


Ramai yang sangka kalau beli polisi Takaful, ia akan terus covered. Betul, untuk accident ya.


Tapi untuk plan Takaful lain yang anda ambil, seperti kematian kerana sakit, penyakit kritikal, elaun hospital dan medical kad, ada tempoh menunggu bila ia mula cover. Jangan ingat, beli je terus boleh pakai, boleh claim.

Contoh kematian kerana sakit, cover selepas 30 hari polisi diluluskan. Kalau kematian berlaku selepas 7 bulan, adakah ianya cover?

Jawapan dia - Bergantung kepada siasatan. Ya semua polisi yang kurang dari 2 tahun, syarikat berhak siasat terlebih dulu, jika ada keraguan. Tempoh 2 tahun inilah dipanggil tempoh boleh pertikai. Maknanya syarikat hanya akan buat keputusan selepas siasatan lengkap dilakukan


Client saya meninggal dunia kerana serangan jantung selepas 7 bulan ambil polisi. Siasatan ambik masa 15 bulan, baru claim diluluskan setelah syarikat puas hati tiada lagi keraguan.

So, apa moralnya disini?

MOHON TAKAFUL CEPAT CEPAT


Karang claim kena siasat sebab baru beli, anda marah dan mengamuk tak tentu hala. Jangan ingat, beli je terus dapat claim.

kredit: azha syazri azizan.


mbk
0192853910

10 Fakta Takaful Yg Patut Kita Semua Tahu(Yg sudah ada, lebih2 lagi Yg Belum Ada)

1. Byk jenis produk/plan yg ada utk keperluan yg berbeza.

2. Anda perlu menerusi proses permohonan. Yg mana anda mungkin akan di terima sebagai

a. Standard underwriting(penerimaan dgn kadar biasa. )
b. Accepted but rated( di terima ttpi kadar yg berlainan dan lebih tinggi).
c. Accepted, rated, with exclusion. ( Di terima ttpi kadar yg lebih tinggi dan ada sesetengah benefits tidak diterima atau tdk boleh diambil)
d. Decline. Tidak di terima.

3. Tidak semua org boleh ambil Takaful

4. Masa yg paling baik utk ambil Takaful ialah masa muda.

5. Agent yg boleh dipercayai adalah penting.

6. Ambil Takaful mengikut Yg anda Boleh bayar/Sumbang. Ianya long term commitment.

7. Baca Sijil Takaful setiap ayat.

8. Jangan dgn mudah 'surrender' sijil takaful anda.

9. Review sijil takaful anda dari semasa ke semasa.

10. Tahu prosedure tuntutan setiap benefit tu macam mana. Tahu kenapa tuntutan boleh jadi tidak lulus, lewat, dan sebagainya..

mbk
akupenjualinsurans@blogspot.com
0192853910

Monday, February 20, 2017

SUAMI MENINGGAL MENGEJUT... BERSEDIAKAH ANDA?


Dah banyak kes macam nie kita dengar. Meninggal semasa bekerja atau dirumah.. tetiba jatuh. Bila post mortem, Dr detect ada sakit jantung. Ada juga meninggal mengejut kerana terlibat dengan kemalangan.

Apa persiapan kita sebagai seorang Isteri? Bersediakah kita?

Saya sarankan, apabila si suami menghibahkan sesuatu perkara sama ada buat Hibah Takaful atau hibah harta yang lain, pastikan Si Isteri tahu. Buat apa nak sorok.

Kalau suami nak sorok tuh.. kalau kahwin di sempadan. Itu memang nak sorok.

Jom kita buat Hibah Takaful.

#hibahtakaful
#TabungWanita
#HibahAwarenessCampaign

mbk
0192853910

Friday, February 17, 2017

Langau dan Syaitan



Ada kenalan Facebook aku baru kehilangan bapanya disebabkan kemalangan jalan raya. Semasa tengah kemas dokumen, dia terjumpa resit Takaful ni. Dia suruh aku datang jumpa dia dan ambil benda ni suruh cek dengan Takaful. Dia syak Ayah dia ada ambil plan dengan Takaful.

Aku baru cek dengan pihak Takaful siang tadi apa benefit yang bapak dia ambil. Rupa rupanya bapak dia ada benefit Hibah Takaful sebanyak RM100,000. Aku tanya inforce atau tidak policy nya?

Rupanya dah SURRENDER pada 21 Oktober 2016.

Jadi aku tanya pada dia kenapa arwah surrender? Dia tak tahu. Dia tanya Mak nya. Mak nya bagitahu, Jiran yang hasut suruh berhenti katanya insurans ni penipu dan takkan dapat claim.

Rupanya kenalan Facebook ni di tahun akhir belajar di UiTM, adik ada 2 masih sekolah. Tingkatan 4 dan 5. Mak nya suri rumah sepenuh masa. Jadi aku terfikir, macam mana nak teruskan kelangsungan hidup?

Entah berapa pula si Jiran tu bagi kat Keluarga kenalan aku ni, aku harap cecah la 5 angka. Disebabkan sorang yang telah beri salah info dan memperjudikan masa depan keluarga ni, aku harap kau rasa bersalah sampai mati nanti.

Bila sakit jumpa Doktor.

Bila kereta rosak jumpa Mekanik.

Bila nak belajar agama, jumpa Ustaz.

Bila nak tanya pasal Takaful, jumpa Ejen. Jangan jumpa langau atau Syaitan.

-Copypaste-

mbk
0192853910

Risiko-risiko KEHILANGAN GAJI BERTERUSAN


Risiko-risiko yang akan sebabkan seseorang itu KEHILANGAN GAJI BERTERUSAN

1) Meninggal dunia awal sebelum bersara
2) Hilang upaya kekal & keseluruhan
3) Sakit kritikal yang berpanjangan (3-4 tahun)
4) Ditahan wad hospital untuk tempoh lama
5) Kehilangan anggota badan akibat kemalangan (jika ada risiko kemalangan tinggi)

Kalau ejen kasi Pelan Takaful basic coverage saja tapi sebut Income Replacement, tu pelan tak lengkap dan tak seimbang

Rujuk penasihat Takaful yang terlatih

TQ: Azha Syazri Azizan.

mbk
0192853910

Monday, February 6, 2017

[Edisi Bahasa Inggeris]: 5 Reasons Why You Should Protect Yourself With Insurance?

1. To protect family income
For many families, continuity of income is dependent on the continuation for life and health of the breadwinner. At least, insurance guarantee adequate family income in any unpredictable event.

2. A plan of medical or health

Most people complain about the rising cost of health treatment but they don’t make an effort to get additional protection. Only people who think wise for their future will protect themselves with insurance to ease the burden of high medical cost.

3. Financial protection as provident fund when in permanent or temporary disability

Due to the breadwinner disability, life insurance and personal insurance will ensure and protect the needs of the families will not affected. 

4. A plan for the children education

All parents have high dreams for the future of their children. So insurance is a good for back up plan for long term benefits to protect your children in future.

5. The retirement fund 

Do not just rely on the Employees Provident Fund (EPF) and pension. In fact all the people that work look forward to a happy retirement. So by protect youself with insurance it is a practical step toward that goal. 


kredit: https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=853517&highlight=insurance

mbk
0192853910

Thursday, February 2, 2017

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai...
LAUT INI PENCURI...

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai...
LAUT INI BAIK HATI...

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
LAUT INI PEMBUNUH...

Tak lama datanglah Seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai..
LAUT INI PENUH BERKAT...

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!

Maka ...
JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Kita Bukan Siapa Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa

Eratkan silaturahim, Walau sekadar doa.

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...