Wednesday, February 22, 2017

TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI.

Kalau penyakit tu dah wujud sebelum tempoh menunggu, ia takkan dilindungi melainkan sudah declare pada sykt Takaful dan Sykt approved untuk tanggung risiko tersebut seperti kos pembedahan akan datang etc Penyakit Tertentu (Specified Illnesses)

Jaminan perlindungan untuk kes penyakit tertentu yang telah disenaraikan bermula selepas 120 hari dari tarikh polisi takaful diluluskan. Penyakit tersebut mestilah baru wujud selepas tempoh 120 hari.
Antaranya :-
1. Hipertensi, Diabetis Mellitus atau Penyakit Kardiovaskular 
2. Semua tumor, kanser, cysts, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari 
3. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak 
4. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
6. Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

Keadaan Meragukan (Case Under Investigation)

Bagi tuntutan perubatan yang menimbulkan keraguan dalam tempoh 2 tahun pertama dari tarikh kelulusan (tempoh boleh pertikai), syarikat takaful berhak menangguh jaminan perlindungan dan meminta anda membuat bayaran terlebih dahulu, sehingga hasil siasatan diketahui dari laporan doktor yang pernah merawat anda. Ini bagi mengelakkan berlakunya penipuan dalam tuntutan takaful (biasanya dikhuatiri anda mempunyai masalah kesihatan yang tidak diisytiharkan semasa membeli kad perubatan seperti darah tinggi, kencing manis, sakit dada, sesak nafas, jantung tersumbat, ketumbuhan, tonsil, batu karang dan sebagainya).

Cc to azha

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...