Hari ini ramai mengaku mereka ada insurans / takaful. Bukan mereka menipu, mereka jujur. Ya, memang mereka ada. Bila ditanya lebih dalam, mereka hanya mempunyai satu elemen (atau dua elemen) sahaja dalam pelan insurans / takaful.
Bagi mereka yang faham mengenai insurans/takaful, elemen penting merangkumi beberapa jenis perlindungan.
Apa Elemen-Elemen Penting Dalam Insurans/Takaful?
Seperti ketika anda diberi peluang untuk membina rumah idaman, anda akan bermula dengan meratakan tanah, dan membina tapak. Ini adalah proses yang sangat penting, memastikan rumah yang bakal dibina berdiri kukuh. Selepas itu anda akan bina pula tiang dan dinding. Akhir sekali, anda akan lengkapkan dengan atap.
Begitu juga pelan insurans/takaful peribadi…
Tapak adalah meletakkan jumlah insurans hayat / takaful nyawa. Tapak yang kukuh adalah bernilai 10 kali ganda jumlah pendapatan setahun. Kalau setahun pendapatan anda, RM100,000 maka anda perlukan insurans / takaful bernilai RM1,000,000 (1 juta).
Dinding pula, anda perlu perlindungan personal accident (PA) atau nama lain, perlindungan kemalangan dan satu lagi, perlindungan penyakit kritikal (critical illness). Berbalik bila saya selalu tanya, anda ada insurans / takaful? Mereka jawab ada – rupanya mereka ada PA sahaja. Memang murah, RM50-100 sebulan dan senang dibeli, melalui telefon pun boleh.
Bahagian akhir, atap adalah kad medikal. Walaupun anda mempunyai insurans hayat / takaful nyawa bernilai jutaan ringgit pun – tapi bila anda sakit masuk ke hospital, tapi masih mengeluarkan sendiri wang belanja hospital. Berbaloikah insurans / takaful jutaan ringgit anda itu?
Saya berharap anda faham analogi pelan insurans / takaful yang lengkap, seperti membina rumah. Kalau salah satu elemen tak ada, maka tak sempurnalah rumah itu. Kalau salah satu elemen itu tak kuat pun, maka keseluruhan struktur rumah pun lemah.
Sila periksa polisi insurans / sijil takaful anda, adakah betul-betul melengkapi keperluan anda?
kredit: Adib Yazid
mbk
0192853910
No comments:
Post a Comment