Tuesday, July 12, 2016

7 Perbezaan Mudah Takaful Perubatan (Medical Card) vs Takaful Hayat

Semoga bermanfaat untuk anda lebih mengenali 2 jenis insurans yang menawarkan perlindungan yang berbeza ini.

PERBEZAAN MEDICAL CARD (TAKAFUL PERUBATAN) DAN TAKAFUL HAYAT SAHAJA
1. Medical card itu bersifat bayar balik (reimbursement) – bayar balik bil perubatan saja. Itu pun banyak peraturan dan prosedurnya.Takaful hayat pula bersifat pampasan (compensation) – pampasan dapat lumpsum dalam nilai yang besar. Tak banyak songeh sangat, kalau dah mati, matilah.

2. Medical card bayar kepada hospital.
Takaful hayat bayar kepada pelanggan.

3. Medical card tiada guna jika kita mati dilanggar lori.
Takaful hayat ada guna, dibayar sekaligus kepada keluarga (lumpsum)

4. Medical card boleh bayar bil potong kaki (amputation), tapi tak dapat bayar kerusi roda, kaki palsu, peralatan bantuan, kehilangan pendapatan.
Takaful hayat boleh guna wang pampasan untuk bayar peralatan sokongan dan ganti pendapatan.



5. Medical card hanya dapat claim satu saja setiap kali masuk hospital.
Takaful hayat jika ada banyak pun dapat claim semua (jika disahkan mati, cacat kekal atau berpenyakit kritikal)
6. Jika manfaat kematian takaful hayat lebih besar dari harga rumah, bank lebih suka pada kita dan tak paksa kita beli insuran loan rumah daripada mereka.
Medical card tak boleh buat begitu.
7. Medical card hanya bayar hutang hospital swasta. Hutang peribadi masih sangkut.
Takaful hayat boleh digunakan sebagai fungsi membayar apa-apa hutang peribadi setelah kita pergi supaya roh kita tak sangkut.
kredit: FaizNajmi

mbk
perunding takaful
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...