Thursday, July 28, 2016

Personal Insurans (medikal kad) cover tak kos rawatan di Luar Negara?

Banyak kes tetiba jatuh sakit macam stroke, accident dan tetiba lahir anak pramatang semasa melancong ke Luar negara. Kes terbaru seorang Ayah terkena stroke di Lapangan Terbang ketika ingin menghadiri graduasi anak di UK.

Dengan tiba-tiba diri sendiri dan rakan taulan menanyakan soalan ini: Medikal kad yang aku ada nie, cover tak semasa aku di Luar Negara? Maksudnya medikal kad nie boleh diguna pakai tak ketika di Luar Negara? Jawapannya: TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI ketika di Luar Negara. Apa yang boleh buat, tuntutan secara reimbursement (pay and claim) semasa pulang di Tanah air yang tercinta. Medikal kad yang di beli di Malaysia , hanya boleh diguna di Jajahan takluk kerajaan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak sahaja. 

Sesampai di Malaysia, sebarang tuntutan yang melibatkan kos rawatan hospital boleh di buat dan dibayar dengan duit RM. Syarat dan terma untuk buat tuntutan selepas discharge dari Hospital di Luar Negara:-

1. Mestilah ada di Luar Negara selama 90 hari sahaja. Bukti boleh dilihat melalui chop Kastam (passport) dan belian tiket.

2. Laporan Perubatan dari Dr yang merawat dan laporan yang berkaitan dengannya.

3. Itemised bills dan resit (Original)

4. Lab report (Jika ada)

5. Laporan x-Ray, MRI, Ct Scan etc...

Kos logistik yang melibatkan kos pembawaan balik pesakit adalah ditanggung oleh keluarga pesakit. Pihak Syarikat Takaful hanya "cover" kos rawatan di hospital sahaja. Jika berlaku kematian, pihak Takaful akan cover kos logistik pembawaan balik jenazah, 2 tiket flight return. Kos pembawaan balik jenazah jatuh pada manfaat "Repatriation". 

Maksud Repatriation:-

verb (used with object)repatriated, repatriating.
1.
to bring or send back (a person, especially a prisoner of war, a refugee,etc.) to his or her country or land of citizenship.
2.
(of profits or other assets) to send back to one's own country.

verb (used without object)repatriated, repatriating.
3.
to return to one's own country:
to repatriate after 20 years abroad.
Oleh itu saudara sekalian, sya nasihatkan dan galakkan ambil Travel Insurance yang cover kos rawatan semasa di Luar Negara termasuk kos pembawaan balik jika berlaku kecederaan atau sakit atau kematian untuk meringankan beban kewangan keluarga. Banyak Travel Insurans yang ditawarkan di luar sana. Kalau yang Insurans Penerbangan hanya melibatkan kematian, refund jika berlaku kelewatan penerbangan dan kehilangan bagasi. 

mbk
perunding takaful
0192853910

Caruman bulanan Takaful menjadi "WAIVE" jika....


Anda semua tak perlu bimbang untuk buat pembayaran caruman Takaful jika didiagnose penyakit kritikal atau cacat kekal menyeluruh. Ini kerana Takaful anda akan jadi "WAIVE" *. Pihak Takaful akan buat "contribution" pada polisi anda sehingga tarikh polisi matang atau meninggal (yang mana dahulu). Semasa keadaan ini, semua benefit atau manfaat yang anda perolehi masih "inforce" atau aktif (kiranya boleh buat sebarang tuntutan). Best kan kalau ada Takaful.
* tertakluk dengan penawaran oleh pihak Syarikat Takaful.
mbk
perunding takaful.
0192853910

Wednesday, July 27, 2016

Kalau anda berkira untuk mencarum Takaful....

Kalau anda berkira untuk mencarum Takaful, orang lain pun akan berkira dengan anda nanti

Syarikat Takaful akan berkira nak luluskan permohonan anda sebab dah sakit

Bank akan berkira nak luluskan loan anda sebab anda dah tak bekerja

Kawan sepejabat akan berkira nak bantu anda sebab gaji dia pun tak cukup

Orang lain akan berkira nak beri sumbangan sebab mereka hanya mampu bersimpati, like dan share rayuan anda je

Yang stressnya, muka ejen Takaful yang anda pandang macam peminta sedekah sebelum nilah, kerap terbayang pulak hari hari

Oleh itu, JANGAN BERKIRA NAK CARUM TAKAFUL.

Orang nak kasi duit bila anda susah nanti

Itupun anda tak mahu???

kredit: Azha Syazri Azizan.

mbk
perunding takaful
0192853910

Tuesday, July 26, 2016

"Ingat 5 perkara sebelum sampai 5 perkara "... Versi Takaful



1. Ambillah Takaful ketika SIHAT sementara masih layak.. Sebab bila dah SAKIT semua company akan REJECT..

"Tolong lah encik buatkan plan medical untuk saya segera.. Saya nak guna buat operation minggu ni.. Mana saya nak cari duit untuk bayar bil RM50,000??? "...

2. Ambillah Takaful ketika MUDA sebab waktu ni masih murah.. Bila dah TUA harga dah terlalu mahal nanti nak ambil pun dah tak mampu nak bayar..

"Aduhh RM600 sebulan!!! Macamana saya nak bayar bulan-bulan ni??.. Memang silap saya sebab waktu muda tak fikir nak ambil..."...

3. Ambillah Takaful ketika KAYA (ketika masih bekerja) nanti bila dah MISKIN (dah tak kerja) siapa nak tolong bayar ..

"Setakat nak bayar bil hospital RM50,000 tak de masalah lah bagi saya.. Simpanan saya masih banyak dan company saya pun ada coverage UNLIMITED untuk saya dan family"...

"Saya kena buang kerja.. Duit simpanan semua dah habis.. Boleh buatkan plan paling murah untuk saya dan family"...

4. Ambillah Takaful ketika LAPANG nanti bila dah SIBUK susah nak planning jumpa agent..

"Encik ambillah plan ni sekarang.. Nanti lah saya tengah busy.. Nanti bila dah tak busy saya cari awak"... Selama saya jadi agent insurans tak de lagi customer cari saya nak ambil Takaful KECUALI customer tu dah sakit.. Dan saya harap encik akan cari saya ketika encik masih SIHAT"...

5. Ambillah Takaful ketika masih HIDUP nanti bila dah MATI dah tentu tak boleh nak ambil..

"Berapa pampasan suami saya ambil dengan encik??? Boleh percepatkan klaim pampasan tu tak?? Saya anak beranak dah tak de pendapatan lain kecuali duit pampasan tu je.. "

*ramai orang BENCI dan TAK SUKA pada agent insurans.. Tetapi ramai dah mula SAYANG bila dia di timpa MUSIBAH kerana satu-satu nya orang yang boleh tolong tika tu adalah Agent Insurans..

*ramai orang akan LARI bila jumpa dengan agent tetapi tak kurang juga yang kejar agent bila dah jatuh sakit..

*ramai orang pandang NEGATIF pada agent insurans tetapi akan mula POSITIF bila diri ditimpa bencana..

P/s : RAMAI YANG TAK SUKA KERJA MACAM KAMI .. Tetapi RAMAI YANG INGINKAN KEJAYAAN SEPERTI KAMI.. 😊😊😊

Kredit to ‪#‎UD‬

mbk
Perunding Takaful
0192853910

Monday, July 25, 2016

Berapa banyak pampasan takaful yang sepatutnya anda sediakan untuk keluarga anda?

Berapa banyak pampasan takaful yang sepatutnya anda sediakan untuk keluarga anda sekiranya ditakdirkan meninggal dunia lebih awal? RM100,000? RM500,000? RM1 juta?

Jawapan mudah ni. Dalam al-Quran dah ada panduan.

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakaian dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dan perkara yang patut (yang tidak dilarang syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.

– Surah al-Baqarah Ayat 240

Memang tak tulis berapa, jadi nak mudah, kita ambil kiraan asas gaji setahun. Contoh, gaji RM3,000, maka pampasan minimum kita ambil adalah RM36,000 atau genapkan terus jadi RM40,000.

Itu permulaan. Bila dimurahkan rezeki, naik pangkat, zuriat bertambah, maka pampasan yang diambil awal-awal tadi berkemungkinan dah tak cukup. Gaya hidup mungkin dah berubah, perbelanjaan pun meningkat.

Dan lagi satu, takkan untuk sara hidup setahun je? Bagaimana pula selepas setahun tu? Bagaimana pula dengan dana pendidikan anak?

Bila dah sampai tahap ini, digalakkan untuk anda menyediakan pampasan 5 tahun gaji. Contoh pengiraan:

Gaji tahunan RM48,000 x 5 tahun = RM240,000. Kalau boleh, pampasan penyakit kritikal biarlah sekurang-kurangnya separuh daripada amaun ini. Kena ambil kira part bila anda menghidap penyakit kritikal dan masih panjang umur.


Macam mana nak survive kalau dah hilang pekerjaan + sakit? Memang perit masa tu. Pampasan takaful boleh bantu untuk kurangkan beban kewangan.

Walau bagaimanapun, pampasan banyak mana pun memang tak akan dapat menggantikan diri anda tapi sekurang-kurangnya mereka tidaklah terbeban dengan masalah kewangan sekiranya ditakdirkan anda

Apa-apa pun, kita hanya merancang dan segala apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Selagi mampu, usahakanlah untuk kebaikan diri dan keluarga sendiri dan selebihnya, bertawakallah.

kredit: BijakTakaful

mbk
perunding Takaful
0192853910

Friday, July 22, 2016

Hidup dengan hutang yang banyak atau sikit akan menjadi beban untuk ahli keluarga.

Saya ada terjumpa iklan berkaitan dengan insurans/takaful. Walaupun syarikat insurans/takaful yang kalian tonton ini, bukan dari syarikat insurans/takaful yang saya wakili, apa yang penting bagi saya ia memang memberi satu "message" yang jelas akan kepentingan insurans/takaful. Kisah seorang suami yang menyesal kerna tidak mencarum insurans/takaful seperti disarankan oleh isteri beliau. Setelah suaminya sudah tiada, suaminya meninggalkan hutang yang begitu banyak yang mana isterinya perlu menjelaskannya. Hidup dengan hutang yang banyak atau sikit akan menjadi beban untuk ahli keluarga.


Hidup tidak pernah menjanjikan kepastian, apatah lagi dalam melayari sebuah rumahtangga yang tidak pernah sunyi daripada cabaran dan dugaan.

Namun, perancangan awal mampu membantu dalam menghadapi saat-saat getir. Pelan perubatan yang baik bukan sahaja dapat meringankan beban namun dapat membela nasib mereka yang disayangi.

Sebagai Takaful Ejen, saya berharap agar dapat mencetus inspirasi kepada orang ramai untuk membuat perancangan awal.

mbk
perunding takaful
akupenjualinsurans.com
0192853910

Thursday, July 21, 2016

CUKUPKAH JUMLAH PERLINDUNGAN TAKAFUL ANDA?

Assalamualaikum,

Jom kita buat kira-kira. Terror tak subjek matematik? Kalau tak terror, jangan bimbang. Nak kira nilai perlindungan Takaful nie senang sajer. Tak perlu pecah kepala memikirkan jalan yang benar. Cer tengok gambar kat bawah sebagai panduan hidup. Kan senang........



Rules of Thumb: 

Setiap caruman RM 100 = Jumlah perlindungan Pampasan kematian ideal RM200,000 *

*Quotation berdasarkan umur bawah 35 tahun, risiko pekerjaan kelas 1 
(cth:kerja di pejabat ; admin, HR, setiausaha, cikgu, guru besar etc)

kredit gambar: Anwar Suran

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Tuesday, July 19, 2016

Suami Meninggal Dunia, Keluarga Berebut Nakkan Harta Sehingga Isteri Merempat. Mereka Lupa…


"Susulan tulisan saya mengenai hibah, saya kongsikan satu artikel kisah benar betapa pentingnya kita membuat persediaan untuk Wealth Distribution.
Baca dan hayati kisah ini kerana inilah yang saya sebut akan berlaku sekiranya kita tidak membuat persediaan, terutamanya kepada 3 kelompok. Dalam artikel ini, balu ini tidak mempunyai anak lelaki. Sebab itu ilmu agama perlu didalami agar kita faham tanggungjawab di sebalik pembahagian dalam hukum faraid dan buatlah perancangan yang terbaik untuk melalui situasi sebegini. Dan saya bersedia membentu!Terlalu ramai orang di luar sana belum tahu dan sedar betapa pentingnya merancang untuk situasi begini. Saya minta pertolongan anda semua untuk anda juga bantu diri anda dan mereka dengan:- 
1. Luangkan sedikit masa untuk berjumpa saya untuk saya kongsi secara mendalam bagaimana untuk anda merancang 
2. Kongsikan maklumat ini dengan saudara mara dan kawan kawan agar mereka ada kesedaran 
3. Sertai team saya supaya anda menjadi terlatih dan boleh membantu lagi ramai orang di luar sana"Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sekiranya berminat, boleh PM saya.

Kematian orang tersayang iaitu suami yang selama ini menanggung dan memastikan keluarga hidup dalam serba lengkap pastinya sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada keluarga.
Tugas untuk membesarkan anak selepas itu menjadi tanggungjawab si ibu. Namun ramai tidak tahu sebenarnya tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab.
Berikut perkongsian wanita ini beserta kisah benar yang pernah berlaku bagi menjelaskan hal ini.
Tanggungjawab jatuh kepada wali
Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya…iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. (Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila – al Maraaya, tv alhijrah). Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tahu pun setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.
Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki…bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..
Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.
Sy bukanlah ustazah nk cakap psl agama,tapi sy nk ajak saudara saudari semua berfikir akn kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.
Suami meninggal, keluarga minta harta dibahagikan
1. Semasa hidup simati org susah,adikberadik tak pernah menjenguk,apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.
2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan dpt buat sebuah rumah teres diats tanah tersebut.tak lama kemudian,si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)
3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank.ada sebuah rumah.dan sebidang tanah.
4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada,isteri dan anak2 tak lah susah mana,ada tempat bergantung,ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.
6. Sejurus selepas simati dikebumikan,adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.
7. Simati tiada anak lelaki,so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.
8. Tak sampai seminggu si mati meninggal,datanglah adik beradik bertandang kerumah,siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid,bahagian utk isteri,anak2,ibu simati dan adik beradik simati.
Hukum faraid, isteri dapat paling sikit
9. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit(org terengganu ckp dpt bahagian kepala mayat).lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih,dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.
10. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran.kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu,atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual,dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.
11.celah mana mahu cari 150k?nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut.rumah dijual,dapatlah bahagian sibalu dan anak2,dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat,mustahil dpt cari rumah baru.
12. Bermula lah episod merempat si anak2 yatim.berpindah randah,menyewa situ sini,jgnkan sibalu,si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri.duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris.harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali.
13. Waris2,semua lesap lepas dpt bahagian masing2.nak tanya khabar jauh sekali.nak hulur duit jauh sekali.
14. Lagi malang waris2 semuanya bekerja bagus2.ada cikgu,ada pegawai kerajaan,ada golongan prefesional,malah kaki masjid pon ada.tp syg,bab tangggungjawab pada anak simati langsung tak dihiraukan.
Wajib wali tanggung nafkah anak si mati
15. Walaupon berhak pada harta simati,tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul.jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri.ya,tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum,tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum)
16 .kalu kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni,berubahlah,dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.
17.ambil pengajaran saudara saudari.sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar,bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh,wajib bg walinya(mengikut turutan wali sebelah simati) menyediakan nafkah utk anak simati.kalu tidak diambil peduli,menanggunglah diakhirat kelak.
18. Hukum faraid itu sgt adil dan indah.diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya,kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada adik beradik simati?jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) ,dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
19.ingt ye dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru,shopping atau melancong dulu,tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim..
Sumber : Rahimah Rosli

mbk
Perunding Takaful
0192853910

Monday, July 18, 2016

Hibah dalam Takaful adalah satu cara yang sangat berkesan dalam WEALTH DISTRIBUTION ataupun Pembahagian Harta

Hibah dalam Takaful adalah satu cara yang sangat berkesan dalam WEALTH DISTRIBUTION ataupun Pembahagian Harta. Terutamanya kepada

1. Pasangan yang tidak mempunyai anak lelaki

2. Pasangan yang tidak mempunyai anak kandung tetapi mempunyai anak angkat yang disayangi

3. Lelaki yang berkahwin lebih daripada satu dan sayang kesemua isterinya( Poligami)

4.Individu yang single atau sebatang kara tidak mempunyai keluarga

Nak tahu details bagaimana HIBAH dapat membantu , jom hubungi saya untuk kita sembang kopi. Demi kesejahteraan keluarga tersayang yang ditinggalkan.

Sila Share atau tag rakan/keluarga anda yang memerlukan penerangan khusus tentang ini.

Sila Klik link dibawah untuk pembacaan artikel Hibah disiarkan oleh BH Online.

mbk
Perunding Takaful
0192853910

Tuesday, July 12, 2016

7 Perbezaan Mudah Takaful Perubatan (Medical Card) vs Takaful Hayat

Semoga bermanfaat untuk anda lebih mengenali 2 jenis insurans yang menawarkan perlindungan yang berbeza ini.

PERBEZAAN MEDICAL CARD (TAKAFUL PERUBATAN) DAN TAKAFUL HAYAT SAHAJA
1. Medical card itu bersifat bayar balik (reimbursement) – bayar balik bil perubatan saja. Itu pun banyak peraturan dan prosedurnya.Takaful hayat pula bersifat pampasan (compensation) – pampasan dapat lumpsum dalam nilai yang besar. Tak banyak songeh sangat, kalau dah mati, matilah.

2. Medical card bayar kepada hospital.
Takaful hayat bayar kepada pelanggan.

3. Medical card tiada guna jika kita mati dilanggar lori.
Takaful hayat ada guna, dibayar sekaligus kepada keluarga (lumpsum)

4. Medical card boleh bayar bil potong kaki (amputation), tapi tak dapat bayar kerusi roda, kaki palsu, peralatan bantuan, kehilangan pendapatan.
Takaful hayat boleh guna wang pampasan untuk bayar peralatan sokongan dan ganti pendapatan.



5. Medical card hanya dapat claim satu saja setiap kali masuk hospital.
Takaful hayat jika ada banyak pun dapat claim semua (jika disahkan mati, cacat kekal atau berpenyakit kritikal)
6. Jika manfaat kematian takaful hayat lebih besar dari harga rumah, bank lebih suka pada kita dan tak paksa kita beli insuran loan rumah daripada mereka.
Medical card tak boleh buat begitu.
7. Medical card hanya bayar hutang hospital swasta. Hutang peribadi masih sangkut.
Takaful hayat boleh digunakan sebagai fungsi membayar apa-apa hutang peribadi setelah kita pergi supaya roh kita tak sangkut.
kredit: FaizNajmi

mbk
perunding takaful
0192853910

CUBA TANYA ISTERI DAN SUAMI SEBELUM TIDUR NANTI

CUBA TANYA ISTERI SEBELUM TIDO NANTI
kalau one day saya dah takde, datang ejen takaful bawak cek RM500,000 untuk awak dan anak anak, awak akan terima tak cek tu?
jika jawapannya "mestila", "takkanlah nak tolak", "kalau dah hak kita, ambillah"..itu petanda suami kene kena ambil satu pelan takaful.

CUBA TANYA SUAMI SEBELUM TIDO NANTI
kalau one day saya dah saya pergi dulu, datang ejen takaful bawak cek RM500,000 untuk awak dan anak anak, awak akan terima tak cek tu?
jika jawapannya "mestila", "takkanlah nak tolak", "kalau dah hak kita, ambillah"..itu petanda isteri kene kena ambil satu pelan takaful.
Pesan kat dia, duit tu bukan untuk HANTARAN KAWIN DIA DENGAN PEREMPUAN LAIN.

credit: FB Zaman Kini.

mbk
perunding takaful
0192853910

Monday, July 11, 2016

Nak ambil takaful tetapi tidak mampu. Ini caranya


Bayaran bulanan takaful kadang kala menjadi beban bagi sesetengah orang terutama mereka yang berpendapatan rendah. Apabila ini terjadi, ramai yang terpaksa mengelak untuk mengambil pelan perlindungan tersebut walaupun mereka faham ia adalah penting.

Bagi mereka yang mempunyai gaji tinggi, mungkin tiada masalah untuk mencarum takaful. Namun, lain pula bagi mereka yang berpendapatan rendah kerana kos yang tinggi menjadi halangan untuk mengambil pelan perlindungan.

Apabila sesetengah pemegang polisi tidak mampu untuk membuat bayaran setiap bulan secara tetap, maka polisi tersebut boleh terbatal dengan sendirinya.

Bagi mereka yang bergaji rendah tetapi masih mahu mengambil takaful, anda mungkin boleh baca dan kaji beberapa faktor seperti berikut:

Bajet
Pengurusan kewangan yang baik biasanya menetapkan pengambilan takaful tidak melebihi 10% dari gaji yang diterima. Jika gaji anda adalah RM2,000 sebulan, ini bermakna anda hanya boleh ambil pelan takaful sehingga RM200 setiap bulan sahaja.

Tetapkan had limit anda sendiri bagi mengelakkan beban yang terlalu tinggi setiap bulan dan menyebabkan polisi terbatal kerana tidak mampu membuat bayaran setiap bulan.

Selain itu, cara terbaik bagi mengelakkan anda terlepas membuat bayaran takaful adalah dengan membuat potongan secara automatik melalui akaun bank anda. Dengan cara ini anda tidak perlu risau tentang masalah pembayaran kerana anda telah meletakkan takaful sebagai perbelanjaan yang utama.

Keperluan
Setiap orang mempunyai keperluan pelan perlindungan yang berbeza mengikut kadar risiko masing-masing.

Orang yang bekerja di pejabat mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding mereka yang bekerja di atas jalan raya. Oleh itu, tetapkan had bayaran bulanan mengikut kadar risiko anda.

Selain itu, semak juga kad perubatan yang telah disediakan oleh kebanyakan majikan. Jika sesetengah kos perubatan sudah dibiayai oleh majikan, tidak perlu untuk ambil kad perubatan yang sama. Anda hanya perlu ambil kad perubatan luar yang tidak dibiayai oleh majikan anda.

Produk
Kebanyakan ejen takaful pada hari ini akan cuba mempromosikan pelan perlindungan yang digabungkan sekali dengan pelan pelaburan. Apabila pelan tersebut mempunyai fungsi tambahan, ini bermakna caruman bulanan anda akan meningkat.

Jika anda rasa terbeban, anda boleh pilih untuk mengambil pelan takaful hayat bagi perlindungan diri anda sahaja dengan syarat majikan anda menawarkan faedah kad perubatan. Cara ini dapat mengurangkan kos bulanan anda.

Perkara yang perlu anda faham adalah semakin banyak manfaat pelan perlindungan tersebut, semakin tinggi caruman bulanan. Oleh itu, pilih produk yang terbaik supaya anda tidak membayar takaful yang terlalu mahal tetapi manfaat yang sedikit.

Bermula awal 
Jika anda adalah seorang lepasan universiti, takaful adalah antara perkara utama yang perlu anda fikirkan. Hal ini kerana anda masih muda dan caruman takaful setiap bulan masih lagi rendah.

Selain itu, ketika muda juga anda masih lagi sihat dan jauh dari sebarang masalah kesihatan atau penyakit yang boleh menyebabkan caruman bulanan anda meningkat. Permohonan polisi anda juga mungkin akan ditolak jika anda sudah menghidap pelbagai jenis penyakit.

Anda juga digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Caruman bagi mereka yang merokok tidak sama nilainya dengan mereka yang tidak merokok. Ini kerana perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Semoga artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan dalam pemilihan pelan perlindungan anda.


mbk
perunding takaful.
0192853910

KISAH BENAR : BOS BAIK HATI NAK TANGGUNG KOS PERUBATAN KERANA TIADA TAKAFUL PERUBATAN


Nak berkongsi satu kisah benar..minggu lepas abang kepada seorang kawan saya terlibat dalam satu kemalangan..dia di bawa ke salah sebuah hospital kerajaan..ini satu kes kecemasan tetapi proses untuk di masukan ke wad ambil masa berjam-jam..keluarga begitu kecewa dengan perkhidmatan yang di berikan..selepas beberapa hari berada di wad keadaan pesakit semakin tenat tetapi hospital itu tidak mengambil tindakan yang sewajarnya,,keluarga pesakit itu mengambil keputusan supaya pesakit itu di bawa ke hospital swasta setiba nya di sana, pemeriksaan terus di jalankan dan di dapati terdapat satu ketulan darah beku di kepala, dan pembedahan terus di lakukan...walaubagaimanapun pembedahan tersebut menelam kos RM 10,000 dan pesakit tidak mempunyaai insurans perubatan nasib baik lah syarikat tempat dia bekerja bermurah hati menanggung kos tersebut...apa yang saya ceritakan ini adalah kisah benar-benar berlaku..pilihan di tangan anda tak kira walaupun anda kakitangan kerajaan ke swasta ke ada ada pilihan untuk memilih yang terbaik..kalau saya sendiri pun tak de simpanan RM 10,000 ,so sebagai langkah perlindungan saya miliki kad perubatan ..sediakan payung sebelum hujan..

kongsi cerita dari forums cari.com

mbk
perunding takaful
0192853910

Tuesday, July 5, 2016

TAHUKAH ANDA "HARTA" PAMPASAN TAKAFUL BOLEH DIBAWA KE DALAM KUBUR?

Ramai salah faham pasal benda ni.bila kita mati, harta pampasan takaful hanya bermanfaat pada orang yang masih hidup. kita yang dah mati tak dapat apa apa pun....Betulkah????????
.
Well,betul la tu..manfaat akan pergi pada anak,isteri dan mak ayah kita yang masih hidup. dengan harta tersebut, mereka makan,minum,membeli pakaian,membayar hutang,naik haji,sedekah, isi minyak pergi masjid,berniaga,hantar anak pergi universiti,dan banyak lagi.
.
Kita dalam kubur dapat apa???JANGAN RISAU, IN SHAA ALLAH KITA DAPAT PAHALA YANG TIADA HENTINYA...YANG SENTIASA MENGALIR DAN MELAPANGKAN KUBUR DAN AKHIRAT KITA.
.
Sedarilah bahawa harta hibah/pampasan yang kita tinggalkan adalah dikira sebagai SEDEKAH JARIAH yang bermanfaat buat mereka yg masih hidup. 
.
Hadis menyebut bahawa bila meninggal anak adam terputus semua amalnya dgn dunia kecuali tiga iaitu doa anak soleh, ilmu yang bermanfaat dan SEDEKAH JARIAH.
.
Jadi harta pampasan kita akan bermanfaat pada yang hidup NAMUN beribu ribu kali lebih bermanfaat pada kita di alam barzakh..in shaa Allah.
.
Jadi jangan pernah merasa rugi mengambil TAKAFUL!!!kerana takaful bermanfaat untuk dunia dan akhirat in shaa Allah.

credit:
Kamarulzaman Bin Nasib

Nota Cik Puan Mbk: Semakin banyak anda berhutang .... semakin banyak perlindungan dalam bentuk Khairat Kematian dan Perlindungan Penyakit Krikal yg mesti anda ada.

mbk
perunding takaful
0192853910

Monday, July 4, 2016

PENERANGAN UNTUK POLISI SATU JUTA RINGGIT




Amin: Kak, boleh terangkan sedikit pasal polisi 1 juta ni?

Agent : Amin, thanks sebab sudi bertanya. Polisi RM1 JUTA ni bermaksud, jika pemegang polisi meninggal dunia atau hilang upaya kekal akibat kemalangan atau penyakit, maka Takaful akan serahkan cek bernilai RM1,000,000 pada amin sekeluarga. Amin ada 1 juta dalam akaun sekarang ?

Amin : takde lagi.

Agent : Akak pun takde. Nak kumpul 1 juta dalam akaun, kita kena simpan dalam tabung haji RM1000 sebulan selama 30 tahun. Kalau panjang umur Alhamdulillah. Tapi mati kan bila bila masa jer. So polisi RM1 JUTA ni adalah back up kita jika "dipanggil awal".

Amin : betul tu. Mahal tak kak, bayaran bulanan?

Agent : untuk umur dan pekerjaan amin, contribution tak sampai RM400 sebulan. Cuba tanya wife amin, dia setuju tak amin tinggalkan 1 juta?

Wife Amin : saya ok jer. (Tersenyum)

credit: FB Zaman kini.

Nota umur dan pekerjaan: Umur 27-39 , pekerjaan risiko kelas 1 (Terlibat dalam perkerjaan profesional, pentadbiran, pengurusan dan pekerjaan tidak manual.)

mbk
perunding takaful
019-2853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Friday, July 1, 2016

Belajar dan pelajari dari kisah orang lain adalah sesuatu yang amat berharga..

Klien : Assalamulaikum Din.. Boleh tolong buatkan Income Protection utk aku RM300,000 dan utk zaujah (wife) RM300,000 tak?..

Saya : W'salam.. Boleh.. Kenapa tiba - tiba hang nak buat ni?? 3 tahun aku dok promote .. Tapi hang buat tak layan ja..

Klien : Tiba-tiba aku rasa, aku kena ambil insurans.. Bulan lepas adik aku meninggal. Umur tak jauh beza dengan aku pun.. Beza 2 tahun ja .. Meninggal sebab sakit jantung.. Bila dia meninggal aku yang uruskan semua.. Pengurusan kematian, hal-hal berkaitan dengan hutang, makan minum anak isteri dia dan semua lah yang dia tinggalkan.. Semua nya aku urus..
contoh keratan surat khabar berkaitan dengan plan 10 tahun gaji
Apa yang paling aku TERHARU bab soal HUTANG dan PERBELANJAAN untuk anak isteri.. Isteri arwah tak bekerja.. Sebelum ni semua urusan arwah yang buat.. Tapi bila dia dah tak ada.. Isteri dia langsung tak tahu nak buat apa.. Sekarang ni dia tengah berkira-kira nak jual rumah untuk menampung perbelanjaan sementara dia cari kerja lain.. tu yang terpaksa cover balik dengan jual rumah sekarang.. Buat sementara waktu ni isteri arwah dok dengan mak ayak dia kat kampung..

Bila jadi macam ni baru aku terfikir bagaimana kalau aku yang MATI??? Bagaimana anak dan isteri aku??? Siapa yang nak uruskan semua perbelanjaan mereka?? Siapa nak settlekan hutang-hutang aku ??? Rumah dan tentu la jadi FREE.. tapi yang lain-lain lagi..

Sejak arwah meninggal aku tido tak lena.. Aku rasa KEMATIAN tu dekat sangat…jadi sementara aku boleh buat sesuatu untuk family aku.. lebih baik aku buat keputusan sekarang… AKU TAK MAHU APA YANG MENIMPA PADA FAMILY ARWAH akan terjadi pada FAMILY AKU bila aku dah tak dak nanti…

*bagaimana diri kita ??? adakah kita nak tinggalkan orang-orang yang kita sayang berhadapan dengan situasi begini ???

“UNTUK APA PERLU BERKIRA, SEKIRANYA ANDA MAMPU BUAT YANG TERBAIK UNTUK MEREKA???

Credit : UD
copy n paste : mat putra takaful.

mbk
perunding takaful.
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...