Satu hari ejen telah berjumpa dengan satu keluarga yang agak selesa dengan apa yang mereka miliki. Dr Shahrull Azim, Seorang doktor pakar Saraf. Bekerja di hospital swasta ternama dan anggaran pendapatan bersih beliau setiap bulan diantara RM 20K – RM30K.
Setelah menerangkan apa yang sepatutnya kepada keluarga tersebut isterinya Puan Faridah mencelah,
Takperla bang kita ada duit, takyah ambik pun takper. Lagipun abangkan kerja kat hospital. Semua cover, Apa yang kita ada ni pun dah cukup sangat. Masuk takaful ni kalau tak claim rugi jer.
Dr Shahrull Azim tak berkata apa, tetapi ejen takaful paham sangat apa yang berada di fikiran doktor tersebut. Setelah selesai tugas ejen, dia pun bergegas kerana ada temujanji yang lain.
Keesokkan harinyaejen takaful dapat panggilan Daripada Dr Shahrull Azim menyuruh beliau ke ofisnya. Memang betul apa yang ejen takaful sangkakan Dr Shahrull Azim mengambil plan yang di cadangkan oleh beliau. Agar tidak mengecilkan hati isterinya Dr Shahrull Azim terpaksa mengambil takaful tanpa pengetahuan isterinya. Mungkin itu lebih baik baginya.
Ternyata apa yang diterangkan oleh ejen takaful memberikan kesan kepada hati Dr Shahrull Azim. Pastinya Dr tahu apa yang lebih baik untuk keluarganya.
Malang tak berbau.. disangkakan panas berpanjangan rupanya hujan di tengah hari.
Dr Shahrull Azim terlibat dengan kemalangan maut di MRR2 berhampiran Hotel Flaminggo. Kereta BMW x3 yang dinaikinya dirempuh lori pasir. Dr meninggal di tempat kejadian.
Kehidupan Puan Faridah dan 4 orang anaknya mula berubah sedikit demi sedikit. Nasib baik rumah Banglownya di Kemensah Melawati yang di beli oleh Arwah Dr memiliki MRTA. Kalau tak pasti akan tergadai.
Puan Faridah cuba mempertahan apa yang termampu. Termasuklah kereta Toyota vellfire dan kereta kesayangan Arwah BMW 6 siries. Sedikit demi sedikit asetnya terpaksa dilepaskan..
Puan Faridah menjadi malu dengan jiran2 sekeliling. Tak sampai setengah tahun pemergian suaminya kehidupan keluarganya telah berubah 360%.
Berita kematian Dr baru di ketahui oleh ejen takaful. Itupun setelah dia ke Hospital Pakar tersebut melawat clientnya yang warded. Kebetulan di hospital yang sama ejen takaful berhajat ingin berjumpa dengan Dr Shahrull Azim. Alangkah terkejutnya beliau bila mendapat tahu yang Dr Shahrull Azim telah meninggal dunia akibat kemalangan.
Tugas ejen baru bermula.. ejen Terus ke rumah Puan Faridah uutuk membuat kunjungan serta meminta dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan.
Malu Puan Faridah bila melihat ejen, Dia baru sedar dan paham apa yang dimaksudkan oleh ejen sebelum ini. Tetapi baginya sudah terlambat. ejen membawa perkhabaran gembira, Meminta segala dokumen yang diperlukan untuk beliau membuat tuntutan. Arwah Dr Ada meninggalkan asset untuk isteri dan anak-anaknya sebanyak RM2,500,000.00.
Puan Faridah sebak takyah cakapla… Tak sangka apa yang telah di buat oleh suaminya….
Nota cik puan MBK: Sangat penting takaful ni dan Penting juga kita memberitahu orang terdekat yang kita memiliki takaful. Ini akan dapat membantu agen menjalankan tugasnya dengan lebih cepat.
credit : http://razmanget.com/2012/05/31/hadiah-dari-suami-tercinta-untuk-isteri-dan-anak-anak-kesayangan/
No comments:
Post a Comment