Saya ada terjumpa iklan berkaitan dengan insurans/takaful. Walaupun syarikat insurans/takaful yang akan kalian tonton ini, bukan dari syarikat insurans/takaful yang saya wakili, apa yang penting bagi saya ia memang memberi satu "message" yang jelas akan kepentingan insurans/takaful. Kisah seorang suami yang menyesal kerna tidak mencarum insurans/takaful seperti disarankan oleh isteri beliau. Setelah suaminya sudah tiada, suaminya meninggalkan hutang yang begitu banyak yang mana isterinya perlu menjelaskannya. Hidup dengan hutang yang banyak atau sikit akan menjadi beban untuk ahli keluarga.
Namun, perancangan awal mampu membantu dalam menghadapi saat-saat getir. Pelan perubatan yang baik bukan sahaja dapat meringankan beban namun dapat membela nasib mereka yang disayangi.
Sebagai Takaful Ejen, saya berharap agar dapat mencetus inspirasi kepada orang ramai untuk membuat perancangan awal.
mbk
0192853910
Perunding Takaful
T_T akupenjualinsurans@blogspot.com
https://www.facebook.com/mardiyah.kamarudin
No comments:
Post a Comment