Wednesday, June 10, 2015

Wajar mencarum Takaful ketika muda dan sihat



Ramai yang beranggapan takaful/insuran tak perlu sekarang. "Masa sakit nanti baru ambil.. Lagipun sekarang dah ada medical card dari company.. Buat ape nak membazir.." 

Pemikiran begini perlu dielak kerana ia amat merugikan diri sendiri. Ada beberapa KELEBIHAN dan KEUNTUNGAN sekiranya ambil takaful ketika muda dan sihat.. Antaranya adalah :-

1- Premium takaful sekarang adalah LEBIH MURAH berbanding tahun-tahun mendatang.
2- Premium takaful ketika muda adalah LEBIH MURAH berbanding ketika umur semakin meningkat.
3- Takaful/Insuran hanya boleh diambil oleh sesiapa yang masih sihat sahaja. Sekiranya anda telah disahkan atau disyaki mengidap apa-apa penyakit, permohonan anda untuk mendapatkan takaful/insuran kemungkinan besar akan DITOLAK.
4- Lebih cepat anda dapatkan takaful, LEBIH CEPAT anda dilindungi. Medical card tidak akan melindungi kos rawatan anda serta merta kerana ia akan melindungi secara berperingkat. Istilah ini dikenali sebagai Waiting Period. Untuk penyakit spesifik, 120 hari (4 bulan) menunggu diperlukan untuk membolehkan kos rawatan penyakit spesifik anda dibayar sepenuhnya oleh medical card takaful/insuran.

Ramai juga yang dilindungi oleh insuran berkelompok di tempat kerja sekarang. Ini adalah langkah bijak yang diambil oleh syarikat anda bagi memastikan kos perubatan anda tidak membebankan. Tapi, adakah insuran ini akan melindungi anda setelah anda pencen? Semestinya TIDAK. Pada ketika itu anda mungkin telah berumur 55 tahun ke atas dan agak mustahil untuk anda mendapat dan membayar caruman takaful sendiri kerana sudah pasti carumannya adalah melebihi RM500 sebulan.

Dalam pada itu, usia 55 tahun ke atas anda berisiko tinggi untuk mengidap mana-mana penyakit kritikal yang pasti memerlukan kos rawatan yang tinggi. Kanser dan sakit buah pinggang memerlukan anda mendapatkan rawatan setiap minggu selagi anda bernyawa. Dimanakah anda akan mendapatkan wang untuk membayar kos rawatan setiap minggu sedangkan medical card company dah tak cover kos rawatan anda?

Andaikan Allah ingin menguji.. Kita terlibat dengan kemalangan yang membuatkan kita tidak mampu bekerja.. Adakah syarikat tempat kerja akan menggunakan khidmat kita lagi? Sekiranya perkhidmatan kita dihentikan, adakah medical card syarikat akan terus membayarkan kos rawatan kita? Sudah pasti TIDAK!! Dengan keadaan sebegini, nak apply takaful pun dah susah, nak bayar takaful pun dah tak mampu sebab dah tak mampu bekerja. Jika keadaan ini berlaku, anda menyesal pun dah tak berguna.

Jadi.. sementara anda masih muda dan sihat, sementara anda masih mampu untuk membayar caruman takaful, dapatkanlah medical card takaful persendirian anda segera sebelum terlambat.. Sekiranya berlaku sesuatu kepada anda, kos rawatan akan dibayar sepenuhnya sehingga umur anda 70 tahun atau 80 tahun. Dan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan atau disahkan mengidap antara 36 penyakit kritikal, caruman takaful anda adalah PERCUMA sehingga umur anda 80 tahun.. Inilah kelebihan dan keistimewaan yang ada pada produk takaful


mbk
perunding takaful
0192853910
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...