"If a child, a spouse, a life partner, or a parent depends on you and your income, you need life insurance." - Suze Orman (1954- ), American author, financial advisor, motivational speaker and TV host
Sering kali kedengaran apabila disebut perkataan Takaful atau insurans mesti berkaitan dengan kematian atau pun paling sedap didengar berkaitan dengan kad perubatan atau medikal kad. Saya akui, kebanyakan ejen diluar sana banyak mempromosikan Takaful lebih kepada kad perubatan. Hingga lupa konsep Takaful ini cukup luas. Salah satu nya adalah konsep income replacement. Apa tue? Tak paham laaaahhhh.. Kita orang kampung.. cer beri pencerahan sikit.
ok.. saya terangkan.. pernahkah kalian semua membaca keratan surat khabar berkaitan dengan ini:-
Pernahkah kalian terfikir.. atau akan berfikir... akan menerima musibah yang tak terjangka dan dengan tak disangka orang yang tersayang tidak meningalkan apa-apa harta untuk teruskan hidup. Dengan meninggalkan zuriat yang masih kecil, isteri yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau pasangan yang kebetulan sedang terlantar sakit.... hmmm memang tak dapat difikirkan. Nau'zubillah.. mohon dijauhkan...
Seperti didalam keratan akhbar di atas, mereka yang menerima pampasan ini hasil sumbangan Takaful atau insurans dari insan yang tersayang. Kebanyakan ahli keluarga atau orang disekeliling kita menganggap Takaful adalah sesuatu yang menyusahkan kerna perlu bayar setiap bulan tanpa hasil atau pulangan yang boleh kita nampak. Dari erti kata lain, bayaran bulanan tue kalau boleh nak nampak hasil yang dibayar tue seketul depan mata. Supaya tak rasa rugi yang amat.
Jadi bagaimana pampasan katakan RM102,500 tu dapat membantu balu dengan dua orang anak ini (katakan arwah meninggalkan 2 anak dan seorang isteri)?
Kita anggarkan umur anak-anaknya 15 dan 13 tahun. Masih lagi bersekolah. Jadi perbelanjaan tiga beranak ni, anggap jelah dalam RM2,500 sebulan.
Setahun RM 30,000.
Tahun kedua, pun lagi RM30,000. Tahun ketiga lagi RM30,000. Anak pertama dah habis sekolah dan duit tinggal tak sampai RM10,000.
Apa yang akan berlaku?
Anak pertama ini akan bekerja dan menjaga ibu dan adiknya. Baki wang tinggalan tadi tidak dihabiskan.
Dengan ini, anak bongsu mendapat perhatian sepenuhnya daripada dua orang dewasa dalam keluarga. Berkemungkinan, anak ini akan lebih cemerlang dalam pelajaran kerana dapat menumpukan sepenuh perhatian pada persekolahannya.
Lebihan duit yang dapat disimpan tadi boleh digunakan untuk membiayai kos pendidikan di IPT apabila anak bongsu telah tamat persekolahan.
Sekalipun kalau balu ini tadi ditinggalkan dengan tiga orang anak, duit pampasan RM102,500 tadi masih lagi mencukupi.
Asalkan dapat lepaskan seorang atau dua orang anak sehingga tamat persekolahan, cukup. Anak pertama dan kedua ini akan membantu adik bongsu untuk menghabiskan persekolahannya dan mungkin sehingga adik ini menamatkan pelajaran di menara gading.
Konsep inilah yang kita namakan income replacement. Income replacement ini membantu insan tersayang kita untuk meneruskan hidup semasa ketiadaan kita.
Memang tiada amaun yang layak untuk menggantikan kasih saya seorang ayah, tapi dengan sedikit tinggalan yang ada, sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan kesengsaraan akibat daripada kehilangan ketua keluarga.
Banyak atau sikit, amaun ini bergantung kepada anda. Yang penting, wujudkan ia supaya kalau berlaku sesuatu yang tak diduga, beban sengsara waris dan anak-anak anda dapat dikurangkan.
Berapalah sangat sumbangan bulanan untuk ini. Tak mahal dikkk.. RM110 sajork. (depends pada umur, pekerjaan dan gaya hidup). Sesaper nak quotation Takaful hayat atau insurans hayat bolehlah isi borang quotation sebelah kanan. Moge pencerajan ini memberi jalan lurus buat kalian semua.
mbk
0192853910
perunding takaful
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com
No comments:
Post a Comment