Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Thursday, June 25, 2015

Siapakah orang yang bijak?

Orang yang bijak ialah Orang yang mengambil pelajaran dari apa yg berlaku pada orang lain. Jadikan ini pelajaran especially utk yg suka bertangguh dan liat utk jaga komitmen bulanan.



mbk
perunding takaful
0192853910




2 comments:

zaty izzati said...

salam sis.nk tanya pendapat..klu ambil stnd alone insurance atau invsmnt link yg lg berbaloi..mnta penjelasan dan pendapat..

akok is a person not a kuih said...

Salam sis,

Terima kasih kerna sudi bertanya,

Untuk stand alone versus investment link yg mana berbaloi tue kena tanya pada diri sendiri. Saya cuma boleh beri pandangan dan pendapat.

Stand alome medikal kad
------------------------

a) Kelebihan
-------------
1. Tidak perlu attach dengan Takaful Hayat, atau life insurance

2. Harga lebih murah mengikut umur (Namun akan ada kenaikan harga untuk setiap 5 tahun mengikut umur)

3. Normally stand alone medikal kad ada offer takaful berkelompok yg mana boleh ambil 5 orang untuk satu family. Maksudnya, 1 pemegang polisi (bapa) untuk cover semua ahli keluarga termasuk isteri dan anak (isteri dan anak tiada polisi cuma Kad Hospital sahaja)

b) Kelemahan
-------------
1. Tiada saving dalam pelan utama Takaful, jadi kenaikan kos akan ditanggung oleh peserta dengan top up additional sumbangan.
Contoh: GST - peserta kena charge dan tanggung 6 % dari sumbangan bulanan takaful

2. Bayaran bulanan akan hangus seperti bayar Insurans Kereta

3. Kontrak secara tahunan, caruman @ sumbangan tidak terjamin bila renew.

4. Tiada FREE POLISI jika berlaku sesuatu pada anak/ibu/bapa/isteri/suami

Komen:-
Plan ini amat sesuai untuk anda yang masih muda dan baru mempunyai ahli keluraga dan tidak mampu untuk sediakan plan yg mahal untuk anak-anak. Mengambil contoh: Anak berusia 2 tahun, bayaran medikal kad stand alone hanya RM89.00 sebulan dan bagi kanak2 berumur antara 6-15 tahun hanya RM47 sebulan.

Investment Link
-----------------

a)Kelebihan
-----------
1. Attach dengan life insurans. Kiranya jika berlaku accident atau diagnose sakit kritikal atau kematian, pampasan akan diberikan pada penama.

2. Jika manfaat tidak digunakan, sumbangan bulanan tidak akan hangus dan terdapat cash value dalam tabungan plan takaful ini

3. Walaupun kos medical card meningkat seiring dengan usia peserta, cash value dalam tabungan takaful saving tadi boleh menampung kenaikan tersebut. Dengan itu, peserta tidak akan dibebani dengan kenaikan sunbangan bulanan walaupun usia telah meningkat kerana peserta telah mula menabung untuk medikal kad beliau sejak dari awal lagi.
contoh : GST - charge 6% GST akan di bayar melalui tabungan takaful saving.

4. Kontrak renew setiap tahun secara automatik (free of mind klau sakit @ mati). Ini bermakna caruman @ sumbangan bulanan anda sama sahaja sampai bila2 walaupun anda "high claim"

5. Setiap orang boleh membuat rawatan pada satu2 masa kerana masing2 mempunyai perlindungan @polisi sendiri

6. Setiap orang mempunyai polisi sendiri, jika berlaku sesuatu kpd bapa/ibu, polisi anak akan jd FREE sampai umur 25tahun begitu juga simpanan pendidikan beliau. Polisi isteri/suami pula akan free sampai umur 80 tahun. Free Kad Perubatan & juga simpanan

b) Kelemahan
----------
1. Mahal-contoh kalau umur 25 tahun dan bekerja eksekutif kelas 1, bayaran bulanan boleh mencecah RM200 -RM300. Depends pada jumlah coverage dan perlindungan.

2. Manfaat tambahan ditawarkan terlalu banyak. Maka, peserta kena tahu faedah yg peserta ingini. Jangan biarkan ejen 100% tawarkan faedah pada anda. kena banyak bertanya....

komen:
Sesuai yg baru bekerja dan masih bujang. Apa salah nya buat investment melalui takaful walaupun pakejnya mahal sedikit hanya untuk peace of mind. Kalau ada duit lebih sikit saya nasihatkan ambiklah Investment link kerana berdasarkan kelebihan tersebut. Mahal bersebab kerna attach dengan life insurance (takaful tak nak peserta mati katak dan ada meninggalkan sedikit harta utk waris teruskan idup), kebanyakan investment link offer free pembayaran takaful jika ditimpa cacat kekal seumur hidup, diagnose penyakit kritikal atau kematian.

ok sis. Saya dah beri keterangan mengenai medikal kad stand alone dan investment link. Atas pilihan sis nak yg mana.

mbk
0192853910