Thursday, June 25, 2015

Sayang isteri tinggal-tinggalkan.......................

Sering kita mendengar untaian kata“Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang suami manja-manjakan”. Ungkapan ini memberi pengertian yang sangat bermakna kepada pasangan suami isteri. Ungkapan ini juga pasti memberi seribu satu perbezaan makna sama ada dari sudut ungkapan itu sendiri mahupun maksud di sebaliknya.Perbezaan pemahaman dan tafsiran yang tepat mengenai ungkapan ini bergantung kepada sejauhmana tahap pengetahuan yang dianugerahkan Allah SWT kepada seseorang individu. Ianya bersesuaian dengan tahap keimanannya serta keintiman hubungannya dengan Allah SWT..
Ok.. saya tak mahu citer pasal kisah rumah tangga.. nanti satu page nie pun tak cukup. Apa yang saya nak citer kisah sebelum Ramadhan. Saya ada appointment dengan klien di The Stand, Kota Damansara. Klien saya nak ambil life dengan jumlah coverage atau perlindungan RM100,000. Dia tertarik dengan artikel surat Khabar yang bertajuk "Insurans RM1Juta demi Isteri". Kerna tersentuh dengan cerita surat khabar nie, klien saya nak insured life RM100,000. Saya pun ada terbaca tapi tak ambil pot sangat dan kelmarin saya baca sekali lagi... patutlah klien saya nak mencarum polisi Takaful hayat RM100,000.. kerna cerita ini memberi seribu inspirasi padanya. Walaupun tak sebanyak sejuta.. Seratus ribu ringgit sudah memandai untuk isteri terus kan kehidupan jika beliau sudah tiada di alam ini lagi.  Inilah INCOME REPLACEMENT. 


Meninggalkan insan yang tersayang dalam ertikata keluar menjalankan urusan kehidupan dan tanggungjawab memerlukan pengorbanan. Pengorbanan meninggalkan isteri atau suami atau keluarga atas maksud perintah Allah SWT dan mencari keredhaanNya adalah suatu tuntutan dalam Islam. Sebagaimana kisah artikel dalam surat khabar ini, En Hazwan mengorbankan sedikit duit untuk persediaan masa depan jika dirinya ditimpa kejadian tidak diingini. Ia membolehkan isteri dan ahli keluarganya tidak berdepan kesukaran dan boleh menggunakan polisi insurans berkenaan sebagai pelindung atau menampung bagi keperluan kehidupan kelak. 
Walaupun tinggal jauh dari kawasan bandar, kesedaran yang tinggi ditunjukkan oleh En Hazwan patut dipuji. Ini kerana selain untuk persediaan masa depan untuk isteri dan keluarga, beliau juga ada niat untuk mendidik masyarakat disana akan kepentingan insurans/Takaful yang mana polisi yang ada boleh membantu ketika ahli keluarga atau individu dalam kecemasan dan bayaran bulanan hanyalah rendah
Moga usahanya di permudahkan. Amin.
Kalau si suami belikan Insurans/Takaful untuk persediaan akan datang.. adakah istilah peribahasa sayang isteri tinggal-tinggalkan boleh dipakai? Dan kerana si suami belikan jumlah Insurans /Takaful yang banyak, si suami boleh dimanja-manjakan? hahahaha...Hmmmmm.. hanya kalian saja yang boleh menilai.. fikir-fikirkannnn.. selamat beramal dan selamat berpuasa..........

mbk
perunding Takaful
019-2853910
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

01128597797

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...