Tuesday, June 30, 2015

KISAH BENAR: Disebabkan saya tak kerja, sebab tu husband ambil medical card & bayar premium setiap bulan utk saya.. Walaupun ada insurans dari company, personal medical card jugak sangat penting...

Seperti dibaca di status Facebook....


Bila tgk status cerita pasal insurance & medical card.. Terlintas pulak nak share kisah sebenar saya..
Tanggal 09.11.11 : 9 November 2011 saya kena operate buang batu dalam hempedu... Tak sangka pulak ada batu bata dalam badan.. Selama ni dok jaga kesihatan ingat sihat jer. "Gall bladder stone" atau "Batu dalam hempedu". Jenuh google baru tahu sakit apa... Sakit gilaaaa masa tu...
Dipendekkan cerita... Total cost operation & treatment rm25k di hospital swasta.. Sebab dah emergency & dah kena infection .. Kena cepat operate. Cost tu termasuk laparoscopy operation, MRI, ultra sound , x-ray, ward, ECG, blood test, ubat, endoskopi & sebagainya....
Alhamdulillah.. RM20k company husband bayar. Balance keluar duit sendiri...Tapi bayangkan kena letak deposit rm10k dulu sebab coverage company tak cukup ketika tu.. Dah tgh sakit.. Terpaksa tunggu husband datang bayar deposit baru boleh proceed.. Alhamdulillah masa tu saya baru terima bonus dari biz MLM sebanyak 5 figure & kebetulan seminggu sebelum operation saya bank in dlm acc husband. Duit tu lah husband guna utk letak deposit dulu...
Tahun 2013...Husband pulak masuk hospital kena operation.. RM16k .. Alhamdulillah company bayar & dlm masa yg sama dia ada card PruHealth Prudential...Alhamdulillah boleh juga buat claim.
Disebabkan saya tak kerja, sebab tu husband ambil medical card & bayar premium setiap bulan utk saya.. Walaupun ada insurans dari company, personal medical card jugak sangat penting...
So.. Sesapa yg bekerja tu rasa medical card takaful insurans tu tak penting.. Sila lah renung-renungkan...
Bukan nak promote sebab saya bukan agen insurans tapi saya dah laluinya....Tak sangka kena operate lagi.. Ingatkan setakat 2 kali ceaser tu jer... Rupanya pada umur 38 tahun & masa saya dah tak bekerja full time tetiba sakit datang lagi ......Bayangkan insurance dari company pun tak cukup....Dah tentu perlukan personal medical card.
credit: https://www.facebook.com/sharniza.hamid?pnref=story

Sesiapa nak tahu quotation secara PERCUMA, mohon fill up borang disebelah kanan

mbk
0192853910
perunding takaful
T_T akupenjualinsurans@blogspot.com

Thursday, June 25, 2015

Siapakah orang yang bijak?

Orang yang bijak ialah Orang yang mengambil pelajaran dari apa yg berlaku pada orang lain. Jadikan ini pelajaran especially utk yg suka bertangguh dan liat utk jaga komitmen bulanan.



mbk
perunding takaful
0192853910




Sayang isteri tinggal-tinggalkan.......................

Sering kita mendengar untaian kata“Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang suami manja-manjakan”. Ungkapan ini memberi pengertian yang sangat bermakna kepada pasangan suami isteri. Ungkapan ini juga pasti memberi seribu satu perbezaan makna sama ada dari sudut ungkapan itu sendiri mahupun maksud di sebaliknya.Perbezaan pemahaman dan tafsiran yang tepat mengenai ungkapan ini bergantung kepada sejauhmana tahap pengetahuan yang dianugerahkan Allah SWT kepada seseorang individu. Ianya bersesuaian dengan tahap keimanannya serta keintiman hubungannya dengan Allah SWT..
Ok.. saya tak mahu citer pasal kisah rumah tangga.. nanti satu page nie pun tak cukup. Apa yang saya nak citer kisah sebelum Ramadhan. Saya ada appointment dengan klien di The Stand, Kota Damansara. Klien saya nak ambil life dengan jumlah coverage atau perlindungan RM100,000. Dia tertarik dengan artikel surat Khabar yang bertajuk "Insurans RM1Juta demi Isteri". Kerna tersentuh dengan cerita surat khabar nie, klien saya nak insured life RM100,000. Saya pun ada terbaca tapi tak ambil pot sangat dan kelmarin saya baca sekali lagi... patutlah klien saya nak mencarum polisi Takaful hayat RM100,000.. kerna cerita ini memberi seribu inspirasi padanya. Walaupun tak sebanyak sejuta.. Seratus ribu ringgit sudah memandai untuk isteri terus kan kehidupan jika beliau sudah tiada di alam ini lagi.  Inilah INCOME REPLACEMENT. 


Meninggalkan insan yang tersayang dalam ertikata keluar menjalankan urusan kehidupan dan tanggungjawab memerlukan pengorbanan. Pengorbanan meninggalkan isteri atau suami atau keluarga atas maksud perintah Allah SWT dan mencari keredhaanNya adalah suatu tuntutan dalam Islam. Sebagaimana kisah artikel dalam surat khabar ini, En Hazwan mengorbankan sedikit duit untuk persediaan masa depan jika dirinya ditimpa kejadian tidak diingini. Ia membolehkan isteri dan ahli keluarganya tidak berdepan kesukaran dan boleh menggunakan polisi insurans berkenaan sebagai pelindung atau menampung bagi keperluan kehidupan kelak. 
Walaupun tinggal jauh dari kawasan bandar, kesedaran yang tinggi ditunjukkan oleh En Hazwan patut dipuji. Ini kerana selain untuk persediaan masa depan untuk isteri dan keluarga, beliau juga ada niat untuk mendidik masyarakat disana akan kepentingan insurans/Takaful yang mana polisi yang ada boleh membantu ketika ahli keluarga atau individu dalam kecemasan dan bayaran bulanan hanyalah rendah
Moga usahanya di permudahkan. Amin.
Kalau si suami belikan Insurans/Takaful untuk persediaan akan datang.. adakah istilah peribahasa sayang isteri tinggal-tinggalkan boleh dipakai? Dan kerana si suami belikan jumlah Insurans /Takaful yang banyak, si suami boleh dimanja-manjakan? hahahaha...Hmmmmm.. hanya kalian saja yang boleh menilai.. fikir-fikirkannnn.. selamat beramal dan selamat berpuasa..........

mbk
perunding Takaful
019-2853910
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com

Tuesday, June 23, 2015

Pengecualian: Perkara yg MEDICAL CARD TAK COVER

Alhamdulillah.. sejak saya letak artikel mengenai pengecualian medical card, ramai yang bertanya. Sekurang-kurang nya mereka yang ada medikal kad diluar sana tahu apa yang medical card cover dan TIDAK cover.
Jika ada yang sudah terminate medical card. Tapi... setelah terminate penyakit-penyakit lain melanda. ( Ujian Allah.... ) Sudah agak sukar untuk pihak Takaful untuk menerima kerna dikira exisitng illness. Kebarangkalian untuk terima itu ada, sama ada:-
1. Accept (Tanpa Conditional)

2. Loading / rated up (Sumbangan bulanan naik dari jumlah quotation)
3. Exclusion medical card ( TAK cover penyakit sedia ada dan penyakit seangkatan dengannya)
4. Reject
5. Reject medical card tapi hanya offer Insurans Hayat /Takaful Hayat

Kalau ingin kan jawapan atau ada persoalan mengenai medical card.. mohon bertanya, sama ada PM saya melalui Facebook, whats app atau melalui blog saya ini. Moga artikel PENGECUALIAN ini tidaklah membawa bermasam muka antara ejen dan klien, klien dengan syarikat Takaful. 
smile emoticon
Kerna sejak dua menjak nie, banyak sangat aduan pasal medikal kad kerna tak tahu PENGECUALIAN medikal kad.

mbk
perunding takaful
0192853910
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com




Thursday, June 18, 2015

untuk mama dan abah


Untuk mama and abah,

Jika sudah bermedikal kad atau tak mampu bermedikal kad, saya sarankan ambil life atau upgrade coverage yang sedia ada untuk income replacement

RM81,982.61 yg diterima oleh ibu tunggal ini adalah INCOME REPLACEMENT yang di ambil oleh suaminya ketika masih hidup dulu. suaminya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi hati setelah 6 bulan mengambil Takaful. RM80,000 adalah sangat bermanfaat utk ibu dan 4 anak. Walaupun x banyak, tp better dari takde langsung. Inilah income replacement


mbk
takaful perunding
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com.my

jika inginkan quotation percuma, jangan malu untuk isikan borang quotation di sebelah kanan

Wednesday, June 17, 2015

"What does friends with benefits even mean? Does he provide her with health insurance?" - Sheldon Cooper, character from the TV show The Big Bang Theory. Jim Parsons plays Sheldon on TV.

Kisah minggu lepas.....
Dapat whats app dari seorang kakak yang bertanyakan no telefon yang perlu dia hubungi dan cara nak memohon bantuan dari MAKNA. Kerna dia ada terbaca belog saya berkenaan dengan MAKNA. so.. saya pun berilah...
Rupa-rupanya dia nak mohon bantuan untuk penyakit Jantung. Saya beri cadangan agar dia memohon ke KWSP dibawah skim bantuan Penyakit Kritikal.
Moga Allah permudahkan urusan beliau. Amin.


mbk
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Salam Ramadhan

Saya tuan tanah akupenjualinsurans.blogspot.com ingin memohon ampun dan maaf, jika ada kekurangan, kesilapan dan kekhilafan di antara kita. Moga di bulan Ramadhan ini, Allah mempermudahkan segala urusan. Amin


mbk
perunding takaful
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Wednesday, June 10, 2015

Wajar mencarum Takaful ketika muda dan sihat



Ramai yang beranggapan takaful/insuran tak perlu sekarang. "Masa sakit nanti baru ambil.. Lagipun sekarang dah ada medical card dari company.. Buat ape nak membazir.." 

Pemikiran begini perlu dielak kerana ia amat merugikan diri sendiri. Ada beberapa KELEBIHAN dan KEUNTUNGAN sekiranya ambil takaful ketika muda dan sihat.. Antaranya adalah :-

1- Premium takaful sekarang adalah LEBIH MURAH berbanding tahun-tahun mendatang.
2- Premium takaful ketika muda adalah LEBIH MURAH berbanding ketika umur semakin meningkat.
3- Takaful/Insuran hanya boleh diambil oleh sesiapa yang masih sihat sahaja. Sekiranya anda telah disahkan atau disyaki mengidap apa-apa penyakit, permohonan anda untuk mendapatkan takaful/insuran kemungkinan besar akan DITOLAK.
4- Lebih cepat anda dapatkan takaful, LEBIH CEPAT anda dilindungi. Medical card tidak akan melindungi kos rawatan anda serta merta kerana ia akan melindungi secara berperingkat. Istilah ini dikenali sebagai Waiting Period. Untuk penyakit spesifik, 120 hari (4 bulan) menunggu diperlukan untuk membolehkan kos rawatan penyakit spesifik anda dibayar sepenuhnya oleh medical card takaful/insuran.

Ramai juga yang dilindungi oleh insuran berkelompok di tempat kerja sekarang. Ini adalah langkah bijak yang diambil oleh syarikat anda bagi memastikan kos perubatan anda tidak membebankan. Tapi, adakah insuran ini akan melindungi anda setelah anda pencen? Semestinya TIDAK. Pada ketika itu anda mungkin telah berumur 55 tahun ke atas dan agak mustahil untuk anda mendapat dan membayar caruman takaful sendiri kerana sudah pasti carumannya adalah melebihi RM500 sebulan.

Dalam pada itu, usia 55 tahun ke atas anda berisiko tinggi untuk mengidap mana-mana penyakit kritikal yang pasti memerlukan kos rawatan yang tinggi. Kanser dan sakit buah pinggang memerlukan anda mendapatkan rawatan setiap minggu selagi anda bernyawa. Dimanakah anda akan mendapatkan wang untuk membayar kos rawatan setiap minggu sedangkan medical card company dah tak cover kos rawatan anda?

Andaikan Allah ingin menguji.. Kita terlibat dengan kemalangan yang membuatkan kita tidak mampu bekerja.. Adakah syarikat tempat kerja akan menggunakan khidmat kita lagi? Sekiranya perkhidmatan kita dihentikan, adakah medical card syarikat akan terus membayarkan kos rawatan kita? Sudah pasti TIDAK!! Dengan keadaan sebegini, nak apply takaful pun dah susah, nak bayar takaful pun dah tak mampu sebab dah tak mampu bekerja. Jika keadaan ini berlaku, anda menyesal pun dah tak berguna.

Jadi.. sementara anda masih muda dan sihat, sementara anda masih mampu untuk membayar caruman takaful, dapatkanlah medical card takaful persendirian anda segera sebelum terlambat.. Sekiranya berlaku sesuatu kepada anda, kos rawatan akan dibayar sepenuhnya sehingga umur anda 70 tahun atau 80 tahun. Dan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan atau disahkan mengidap antara 36 penyakit kritikal, caruman takaful anda adalah PERCUMA sehingga umur anda 80 tahun.. Inilah kelebihan dan keistimewaan yang ada pada produk takaful


mbk
perunding takaful
0192853910
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com

Tuesday, June 9, 2015

LIFE INSURANCE/TAKAFUL IS PURCHASED NOT BECAUSE SOMEBODY MUST DIE BUT BECAUSE OTHERS MUST LIVE


"If a child, a spouse, a life partner, or a parent depends on you and your income, you need life insurance." - Suze Orman (1954- ), American author, financial advisor, motivational speaker and TV host


Sering kali kedengaran apabila disebut perkataan Takaful atau insurans mesti berkaitan dengan kematian atau pun paling sedap didengar berkaitan dengan kad perubatan atau medikal kad. Saya akui, kebanyakan ejen diluar sana banyak mempromosikan Takaful lebih kepada kad perubatan. Hingga lupa konsep Takaful ini cukup luas. Salah satu nya adalah konsep income replacement. Apa tue? Tak paham laaaahhhh.. Kita orang kampung.. cer beri pencerahan sikit.

ok.. saya terangkan.. pernahkah kalian semua membaca keratan surat khabar berkaitan dengan ini:-












Pernahkah kalian terfikir.. atau akan berfikir... akan menerima musibah yang tak terjangka dan dengan tak disangka orang yang tersayang tidak meningalkan apa-apa harta untuk teruskan hidup. Dengan meninggalkan zuriat yang masih kecil, isteri yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau pasangan yang kebetulan sedang terlantar sakit.... hmmm memang tak dapat difikirkan. Nau'zubillah.. mohon dijauhkan...

Seperti didalam keratan akhbar di atas, mereka yang menerima pampasan ini hasil sumbangan Takaful atau insurans dari insan yang tersayang. Kebanyakan ahli keluarga atau orang disekeliling kita menganggap Takaful adalah sesuatu yang menyusahkan kerna perlu bayar setiap bulan tanpa hasil atau pulangan yang boleh kita nampak. Dari erti kata lain, bayaran bulanan tue kalau boleh nak nampak hasil yang dibayar tue seketul depan mata. Supaya tak rasa rugi yang amat.




Jadi bagaimana pampasan katakan RM102,500 tu dapat membantu balu dengan dua orang anak ini (katakan arwah meninggalkan 2 anak dan seorang isteri)?

Kita anggarkan umur anak-anaknya 15 dan 13 tahun. Masih lagi bersekolah. Jadi perbelanjaan tiga beranak ni, anggap jelah dalam RM2,500 sebulan.

Setahun RM 30,000.

Tahun kedua, pun lagi RM30,000. Tahun ketiga lagi RM30,000. Anak pertama dah habis sekolah dan duit tinggal tak sampai RM10,000.

Apa yang akan berlaku?

Anak pertama ini akan bekerja dan menjaga ibu dan adiknya. Baki wang tinggalan tadi tidak dihabiskan.

Dengan ini, anak bongsu mendapat perhatian sepenuhnya daripada dua orang dewasa dalam keluarga. Berkemungkinan, anak ini akan lebih cemerlang dalam pelajaran kerana dapat menumpukan sepenuh perhatian pada persekolahannya.

Lebihan duit yang dapat disimpan tadi boleh digunakan untuk membiayai kos pendidikan di IPT apabila anak bongsu telah tamat persekolahan.

Sekalipun kalau balu ini tadi ditinggalkan dengan tiga orang anak, duit pampasan RM102,500 tadi masih lagi mencukupi.

Asalkan dapat lepaskan seorang atau dua orang  anak sehingga tamat persekolahan, cukup. Anak pertama dan kedua ini akan membantu adik bongsu untuk menghabiskan persekolahannya dan mungkin sehingga adik ini menamatkan pelajaran di menara gading.

Konsep inilah yang kita namakan income replacement. Income replacement ini membantu insan tersayang kita untuk meneruskan hidup semasa ketiadaan kita.

Memang tiada amaun yang layak untuk menggantikan kasih saya seorang ayah, tapi dengan sedikit tinggalan yang ada, sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan kesengsaraan akibat daripada kehilangan ketua keluarga.

Banyak atau sikit, amaun ini bergantung kepada anda. Yang penting, wujudkan ia supaya kalau berlaku sesuatu yang tak diduga, beban sengsara waris dan anak-anak anda dapat dikurangkan.

Berapalah sangat sumbangan bulanan untuk ini. Tak mahal dikkk.. RM110 sajork. (depends pada umur, pekerjaan dan gaya hidup). Sesaper nak quotation Takaful hayat atau insurans hayat bolehlah isi borang quotation sebelah kanan. Moge pencerajan ini memberi jalan lurus buat kalian semua.

mbk
0192853910
perunding takaful
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com

Monday, June 8, 2015

Life Insurances quotes

"Fun is like life insurance; the older you get, the more it costs." - Frank McKinney aka “Kin” Hubbard (1868-1930), American cartoonist, humorist and journalist.



mbk
perunding takaful
0192853910
T_T akupenjualinsurans.blogspot.com

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...