Friday, March 7, 2014

mStar Online : KP Kesihatan Perjelas Kenaikan Caj Perubatan Swasta

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memperjelaskan bahawa kenaikan dalam caj perubatan swasta kira-kira 14% baru-baru ini merujuk kepada bayaran prosedur, dan bukannya kos perundingan.

Penjelasan kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook milik Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beberapa media pada Khamis melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebagai berkata bahawa kenaikan yuran perubatan swasta dihadkan pada 14.4%, kurang daripada separuh jumlah yang diminta oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), di mana kementerian itu berkata pada asanya ia diminta sebanyak 30%.

Struktur caj baru itu adalah pindaan kepada Jadual 13 Kemudahan Kesihatan Swasta dan Perkhidmatan (Hospital Swasta dan Lain-lain Kemudahan Kesihatan Swasta) 2006.

Dr Noor Hisham berkata, kerja-kerja di sebalik semakan bayaran bermula pada 2010, dengan mengambil kira kadar inflasi keseluruhan dan indeks harga pengguna khusus untuk penjagaan kesihatan seperti yang diukur antara 2002 hingga 2010.

Nak baca lebih lanjut klik sini mStar Online : KP Kesihatan Perjelas Kenaikan Caj Perubatan Swasta

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...