Semalam hari yang raser macam nak larik masuk tasik jer. Dua kes kena settle secepat mungkin. Satu kes biler client kena tunggu admission lamer kat spital private. So kena call pihak admission suruh client saya masuk dulu. Bengang jugak, pasal pihak hospital (admission) tak call customer saya suruh bayar deposit dulu. Nie nak suruh tunggu GL. berjanggut jugaklahhhh... At least suruhlah client aku masuk bilik tue, boleh rehat. Alhamdulillah, settle jugak biler saya call suruh client bayar deposit RM500 untuk admission. Lepas bayar terus dah boleh admission. GL pun dapat jugak.
ok.. aku tulis bukan nak citer pasal admission, tue post satu lagi... baru boleh citer panjang. Kes ke dua pasal claim. Jika tuan/puan yang telah bertakaful atau baru nak cari untuk bertakaful, nie nak bagi pedoman sikit. Jika anda dimasukkan ward dan discharge, for sure anda akan dapat surat yang Takaful x akan bayarkan untuk anda atau dari namer lain dikenali sebagai amount not entitled in Hospital. Contoh seperti gambar kat bawah nie.
Normally after discharge, yang Takaful tak bayarkan aderlah admission fees, ubat supplement dan kos yang tidak melibatkan kos rawatan.
Jika tuan/puan tak diberi pedoman mengenai Takaful secukupnya, tuan/puan akan redha dengan amount not entitled In Hospital diatas. Client nie adalah kawan saya.
Untuk memberi pedoman nie, kena jelaskan situasi kes claim nie dulu. Situasi nya, kawan saya nie pi spital kerna raser tak sedap tengkok nyer. So pi spital dr pun buat treatment seperti X ray, Ultra Sound dan patologi. Dari treatment, Dr dapat buat diagnosis yg kawan saya nie ader Right Supraclavicular Lymphadenitis. So, dihari yg sama jugak, kawan saya nie masuk spital. Dok lah bercuti di spital 2D 3N. Maser discharge dier kena bayar RM300 (ko-takaful) dan RM429.15 akibat amount not entitled in Hospital. Jika treatment yg saya sebut tue cumer untuk investigation semata2, maka terang lagikan bersuluh, Takaful TIDAK COVER. Jika treatment tue menyebabkan kawan nie masuk spital, maka treatment tue TAKAFUL BAYARKAN. Akan tetapi, kes nie Takaful declined claim treatment nie. Kawan aku terpaksa rela bayarkan cash.
Nasib baik agent dier cukup beri pedoman pada dier. So dier query apsal x-ray, ultra sound dan patologi report perlu dier bayar. Padahal kerna treatment inilah dier masuk spital. Saya akui ader sedikit salah faham antara pihak hospital dan Takaful. Tuelah pasal treatment tue tak dibayarkan oleh Takaful.
Jika perkara ini terjadi pada uols, apa perlu uols buat. Jangan panic... hokkeeyy. Pedoman yang perlu uols buat:
1. Dapatkan support letter dari Dr yg merawat anda menyatakan treatment berkait dengan sakit anda
contoh Dr support letter |
2. Buat appeal letter atau memo di faxkan kepada Hospital Alliance Service (HAS), department yg bertanggungjawab kuarkan Guarantee Letter n claim in patient.
3. Uols kena cepat2 appeal kerna uols ader maser 14 hari untuk berbuat demikian
4. Selepas fax letter dan memo tue, sila follow up dengan pihak Takaful dan hospital
Selepas saya ikut pedoman diatas, alhamdulillah kawan saya dapat balik refund claim treatment itu. Pihak hospital yg akan kuarkan refund berbentuk cheque atau voucher.
Saya happy.. syukur Ya Allah.. Kawan saya lagilah happy........
mardiyah79@gmail.com
019-2853910
No comments:
Post a Comment