Thursday, November 14, 2013

Edisi takaful anak: Infant Care insurans VS Infant Care Takaful


Kuala Lumpur: Seorang ibu merayu sumbangan orang ramai bagi membolehkan anaknya, Nur Qaireena Sofea Azhar berusia enam bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang menjalani pembedahan dengan segera.
 Menurut Intan Hazreena Hamidee, 27, dia memerlukan kira-kira RM40,000 untuk menampung kos pembedahan selepas pemeriksaan doktor mendapati lubang pada jantung anaknya membesar sehingga 10.3 mm berbanding hanya 10 mm ketika pemeriksaan kali pertama.
Katanya, anaknya mula disyaki menghidap penyakit berkenaan pada usia dua bulan selepas demam dan selesema. Intan berkata, selepas beberapa pemeriksaan selepas anak berusia tiga bulan, doktor mengesahkan anaknya menghidap jantung berlubang.
 
 “Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya saya pada waktu itu,” katanya.
Atas nasihat doktor Intan membawa anaknya mendapatkan rawatan di Prince Court Medical Centre, yang mempunyai pakar bagi merawat penyakit berkenaan.
Menurut Intan, anaknya juga mengalami masalah Patent Ductus Arteriosus (PDA) apabila salur pembuluh darah dipanggil ductus arteriosus gagal menutup secara normal menyebabkan darah bercampur dan oksigen kurang sehingga mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.
 “Sebagai ibu, sedih melihat anak tidak dapat bergerak aktif seperti kanak-kanak normal lain.
“Setiap kali dia banyak bergerak, dia akan berpeluh dan nafasnya juga laju. Dia juga kerap menangis dengan kuat seperti sedang menahan kesakitan,” katanya.
 Intan berkata, pada peringkat awal doktor meminta supaya pembedahan ke atas anaknya ditangguhkan kerana risikonya yang tinggi, tetapi selepas mendapati lubang berkenaan semakin membesar, doktor meminta pembedahan segera dilakukan.
“Ibu mana yang sanggup melihat anaknya yang masih kecil dibedah, tetapi demi keselamatan anak, saya reda dan berharap agar dia segera sembuh.
“Saya harap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi membolehkan anak saya mendapatkan rawatan segera,” katanya.


sila klik di gambar untuk pembesaran.

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...