Setiap polisi ada kelebihan dan kekurangannya, bergantung kepada kehendak korang sendiri untuk memilih.
so, kalau kau rasa tak berbaloi dengan insurans atau takaful, baik kau stop bayar dan surrender je. Beli medical card takaful yang korang nak tu. Biasanya ada pelan 1,2,3,4. Pelan 1 tu murah sikit tapi coverage kurang, pelan 4 tu paling mahal (takdela mahal sampai puluh ribu ). Korang kena tengok dulu apa yang dia cover untuk korang.
Contohnya:
Room & board (maximum berapa hari dia cover kalau kita masuk wad kat spital & sehari berapa dia cover)
Out-patient benefits - jenis kecederaan yang macam mana dia cover, consultation boleh claim tak, ambulance fee ada x, medical rekod fee,
Pre & post benefit - sebelum korang masuk wad & selepas korang masuk wad kan biasanya kau jumpa doktor mintak nasihat, ubat, itu, ini, tengok apa yang dia cover. Dan tempoh untuk claim selepas kau keluar wad (discharge) berapa hari, contohnya 45 hari, 60 hari....lepas tempoh ni kalau korang pegi spital amik ubat, jumpa doktor ke apa, korang dah tak boleh claim lagi. Semua tanggungan sendiri.
Manfaat malapetaka perubatan - outpatient cancer, outpatient dialysis, organ transplant
Wang ihsan - perbelanjaan pengebumian, had tahunan keseluruhan, had seumur hidup
Lebih kurang macam tu la...kang jangan main sign je, baca dulu Kalau tak faham tanya dan mintak dia explain betul2. Dan make sure ejen tu ada kad LIAM (Life Insurance Association of Malaysia - ni untuk life insurans la, bukan general insurans)...
Kalau general insurans tu macam Fire Ins, Vehicle (car/motor ins untuk renew roadtax), houseowner, equipment, insurans suara macam fafau hotfm beli tu, dan banyak lagi la...
Ok.. dah penat aku citer.. ikut korang lah nak dengar ker tak. Kalu yg raser ader super power and immortal.. tak yah ambik insurans atau Takaful. Buat semak jer. Yang rasa bukan kaum kerabat bills gates atau sultan brunei, aku sarankan 100% untuk ambik takaful atau insurans. Maner nak cekau duit ribu-ribu dik. Kos rawatan RM1,000 pun dah garu kepala.
No comments:
Post a Comment