Monday, January 28, 2013

Anak yatim pun nak Takaful...

Salam,
 
Ramai yang tahu , bila sebut takaful semua orang ingat life protection, perubatan dan saving. sebenarnya Takaful lebih dari tu, Takaful pun boleh dengan property, untuk akhirat yaitu derma dan education. takaful dgn property nie saya cadang nak tulis pasal MRTA vs MLTA. Apa ke mende tue.. tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... So .. hari nie nak cakap pasal Takaful untuk derma. Ader ker? Macam mana?
 
Semalam ader bincang dgn boss semalam pasal Takaful untuk anak anak yatim. Konsep Takaful sendiri berunsur "Tabarru'" yaitu derma. Maka.. boss aku pun kata bagus idea kamu nie.. tapi sebenarnya benda nie dah lamer saya habaq mai kat agent lain. Depa tak ambik action pun. Cisss.. ingatkan idea baru rupa nyer dah lamer boss aku pikir...So.. sesaper nak derma untuk anak2 yatim atau anak2 yg potential tapi dari keluarga yg miskin sila PM saya. Simpanan Takaful yearly, monthly atau quarterly. Moga cara berTakaful menjamin masa depan mereka. sayangkan kalau hidupan mereka dibiarkan gitu jer. Ya, saya akui ader badan badan yg bertanggungjawab beri biasiswa pada dierorg tapi sampai ke menara gading ajer ker atau sampai SPM jer? lepas tue apa jadi.. Dgn ader nya Takaful, sekurang kurang nyer mereka boleh gunakan untuk investment atau saving. Boleh dijamin kehidupan mereka.
 
So.. saya menyeru sesaper yg tahu anak yatim atau nak menderma pada anak anak yatim nie,,,, mohon e-mail atau cal saya 019-2853910
 
 
 

Friday, January 25, 2013

UPDATE: TAKZIAH BUAT KELUARGA ADIK WILLIAM



Waktu solat KL & yang sewaktunya:   SMS Waktu Solat
Jumaat , 25 Januari 2013,
   

'Mayat itu anak saya', kata ibu bapa Zhen Zhong

Cetak
IBU bapa William keluar dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi tujuan pengecaman di Klang, pagi tadi. gambar kecil, William Yau Zhen Zhong.IBU bapa William keluar dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi tujuan pengecaman di Klang, pagi tadi. gambar kecil, William Yau Zhen Zhong.
SUBANG JAYA: Ibu bapa kepada kanak-kanak hilang, William Yau Zhen Zhong, 6, mengesahkan mayat budak kecil yang dijumpai di Pelabuhan Klang, petang semalam adalah anaknya.

Pengecaman itu dilakukan berdasarkan seluar pendek dan seluar dalam mayat terbabit sama seperti yang dipakai Zhen Zhong ketika dia dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, dalam sidang akhbarnya sebentar tadi berkata, polis masih menunggu laporan DNA mayat terbabit sebelum mengesahkan perkara itu.

UPDATE: Manfaat tambahan @ Rider @ tunganggan MEDICAL CARD @ MEDIKAL KAD ?????


Salam,

Sebenarnya nak tulis pasal manfaat mengenai medikal kad nie. Ader beberapa manfaat tambahan atau rider yg tak banyak orang tahu. Memandangkan maser tengah dok semangat nak tuleh, tup tup citer pasal adik Willian kuar kat news.. Terus cancellllllllll... tak der mood langsung nak tuleh. Takziah buat keluarga Adik William. Semoga kejadian nie dijadikan iktibar buat kiter semua.

hmmmmm...... pagi ahad yang sungguh indah. Sebentar lagi ader appointment dgn boss pasal insurans nie.....saya doakan agar hasrat saya tahun nie tercapai dgn menyebarkan lagi ilmu takaful agar ramai org diluar saner memahami konsep takaful.


Ok.. jadual di atas yg kaler warna pink tue ader keterangan mengenai medikal kad yang boleh tawarkan kalau guna medikal kad nie. Dulu, medikal kad pruBSN Takaful yang lama hanya cover sehingga 1.5 juta sahaja. Yang baru nie cover sampai 2.5 juta dan siap ader ZERO DEDUKTIBLE (waive 10% ko takaful). Nak tahu pasal ZERO DEDUKTIBLE tak? Naaaakkkkkkkkkkkkkkkk (suara kanak kanak ribena).

Risiko Kesihatan dan Insurans/Takaful



POSTED BY PRUTAKAFULINFO ⋅ 3 APRIL 2011

BERDASARKAN kajian Universiti Harvard di Amerika, risiko seseorang individu mati disebabkan oleh penyakit kanser adalah satu dalam 510, sedangkan risiko seseorang itu mati disebabkan oleh kemalangan kereta adalah satu dalam 6,700. Manakala risiko kematian di rumah disebabkan tanah runtuh adalah satu dalam 48,000. Akan tetapi, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak memiliki insurans kesihatan atau insurans nyawa, jika dibandingkan dengan insurans kereta atau insurans rumah kediaman.

Kenapa kita perlukan insurans kesihatan? Kebanyakan rawatan pembedahan elektif (non-emergency), di hospital2 kerajaan terdapat sistem giliran menunggu (waiting list). Kelewatan sistem giliran tersebut tidak termasuk tarikh rawatan yang ditangguh atas sebab2 tertentu. Sebagai contohnya, untuk rawatan pembedahan jantung dan paru-paru, terdapat ramai pesakit yang terpaksa menunggu sehingga lebih enam bulan sebelum mendapat rawatan.

Semua syarikat insurans di Malaysia beroperasi di bawah peraturan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Oleh itu, sebarang kritikan atau aduan terhadap syarikat insurans boleh ditujukan kepada Bank Negara.

Terdapat pelbagai jenis produk insurans serta takaful kesihatan yang ditawarkan di Malaysia. Apa yang jelas adalah produk insurans kesihatan sekarang jauh lebih baik daripada produk insurans 20 tahun dahulu. Pengalaman saya sendiri menunjukkan semua syarikat insurans yang ada di Malaysia mempunyai daya saing serta tarikan produk insurans masing2.

Antara syarikat insurans yang terserlah dari segi kualiti produk dan mutu khidmat pelanggan adalah seperti Prudential, ING, Allianz, AXA dan AIA. Terdapat 10 perkara penting yang perlu diketahui tentang produk insurans kesihatan yang ditawarkan oleh syarikat2 insurans di Malaysia:

Produk Pelbagai (empat dalam satu)
Pastikan insurans kesihatan tersebut meliputi 1) pembiayaan kos rawatan hospital, 2) dana penyakit kritikal (critical illness), 3) insurans hayat dan insurans kemalangan, serta 4) pelaburan jangka panjang. Pulangan pelaburan yang akan diterima selepas 10 tahun menunjukkan insurans kesihatan tersebut tidak merugikan seperti insurans kereta atau insurans rumah kediaman.

Kad kesihatan (medical card)

Terdapat jenis kad yang tidak memerlukan deposit tunai untuk tujuan rawatan dan kemasukan hospital.

Jenis2 penyakit yang tidak dilindungi

Penyakit yang berkaitan peranakan (pregnancy), penyakit kelahiran (congenital), rawatan kosmetik (plastic surgery), ketagih alkohol atau dadah, penyakit HIV, tidak dilindungi insurans.

Tarikh matang polisi insurans

Kebiasaannya, pihak insurans akan membenarkan tuntutan dibuat selepas enam hingga 12 bulan mulai dari tarikh polisi tersebut diambil.

Panel hospital2 swasta yang diiktiraf

Seperti hotel, hospital juga ada yang bertaraf tiga, empat, atau lima bintang. Hospital bertaraf lima bintang menyediakan kemudahan rawatan pakar serta peralatan yang serba lengkap, canggih serta kemas kini. Tidak semua syarikat insurans dapat memberikan perlindungan rawatan di hospital lima bintang.

Bayaran premium secara bulanan atau tahunan

Ada syarikat insurans yang menyediakan kemudahan bayaran premium insurans secara ansuran bulanan melalui kad kredit, untuk menjamin pembayaran berterusan. Perlu diingatkan syarikat insurans tidak bertanggungjawab sekiranya ada individu yang lupa membayar premium.

Penambahan nilai tanggungan insurans

Perlindungan insurans di negara asing. Amat penting sekiranya individu tersebut kerap ke luar negara. Kos rawatan hospital di Eropah dan Amerika adalah amat tinggi.

Khidmat ejen insurans yang berterusan

Ejen2 insurans dapat menguruskan tuntutan dengan lebih cepat. Kewibawaan, mutu khidmat pelanggan serta kedudukan kewangan syarikat insurans tersebut.

Hakikatnya, pesakit2 yang ingin dirawat di hospital swasta akan berhadapan dengan dua jenis kesakitan iaitu sakit badan dan sakit nak bayar. Pengalaman pesakit2 saya sendiri membuktikan untuk membiayai kos rawatan pembedahan jantung di Hospital KPJ Ampang Puteri, pesakit yang tiada insurans atau surat majikan (guarantee letter) perlu menyimpan wang tunai sebanyak RM3,500 tiap2 bulan selama setahun.

Untuk mendapat rawatan pembedahan jantung yang sama, pesakit yang ada insurans kesihatan, mereka hanya perlu membayar premium insurans lebih kurang RM150-200 tiap2 bulan, bergantung kepada umur dan jenis polisi yang diambil. Pesakit pembedahan jantung juga layak untuk mendapat imbuhan dana penyakit kritikal berjumlah puluhan ribu ringgit. Bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai.

Artikel oleh Dr.Mohd Fikri Abdullah,Pakar Perunding Bedah Jantung & Paru-paru, Hospital Pakar Ampang Puteri.

UPDATE: Temui mayat disyaki ADIK WILLIAM?


Jumaat, 25 Januari 2013
 

pix_topright

Temui mayat disyaki William Yau

Oleh Hadzlan Hasan dan Ekhwan Fazlul Haque
KLANG: Berdasarkan pakaian yang dicam ahli keluarga, mayat budak lelaki yang dijumpai di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, lewat petang semalam disyaki William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu.
Menurut sumber Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, kira-kira jam 12.30 malam tadi, ahli keluarga mangsa telah membuat pengecaman ke atas mayat kanak-kanak yang ditemui tersangkut di tepi bot berhampiran jeti Sungai Sireh di depan flat Sri Perantau itu.
Katanya, berdasarkan pengecaman ahli keluarga terbabit, kanak-kanak terbabit memakai seluar dalam sama seperti seluar dalam yang dipakai William Yau pada hari kehilangannya.

Bagaimanapun, usaha wartawan Harian Metro untuk menemubual ahli keluarga mangsa terbabit gagal kerana difahamkan mereka masuk dan keluar melalui pintu belakang rumah mayat HTAR.
Foto

Sementara itu, bercakap kepada pemberita di HTAR, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mayat kanak-kanak itu itu dijumpai orang ramai pada jam 6.30 petang semalam.

“Polis terima panggilan daripada orang ramai berhubung penemuan satu mayat budak lelaki tersangkut berhampiran bot di jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang petang semalam.

“Berdasarkan siasatan awal, polis tidak dapat kenal pasti identiti mangsa untuk dibuat pengecaman berikutan mayat dipercayai sudah lama berada di laut.

“Ketika dijumpai, mayat berkenaan lengkap berpakaian iaitu kemeja-T berwarna oren kekuning-kuningan dan seluar pendek,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, kemeja T berkolar bulat itu bertulis perkataan `Active Group’ dan `Best Team’.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk dibedah siasat yang dijangka dilakukan pagi esok.

“Kita tidak menolak kemungkinan ujian DNA akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa. Tiada sebarang kesan perbuatan jenayah pada mayat berkenaan dan berdasarkan keadaan fizikalnya, kita percaya mangsa adalah warga tempatan,” katanya.

William Yau dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu selepas keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya ketika singgah di kedai alatan elektronik di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights Subang Jaya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/25

Thursday, January 24, 2013

maulidul rasul 1434 hijrah

 
Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (hari Khamis) ialah seperti berikut:

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
 
 
ps:// Manisnya permaisuri agung pakai tudung. merah gitewwww... auuwwwww

Wednesday, January 23, 2013

Falsafah aku pasal medikal kad pada hari ini

Pakej medical card bergantung kepada budget dan keperluan...falsafahnya adalah..."cheap things is not always better...but the good things is not cheap..." (^^,) ada sebab kenapa ada medical card mahal dan ada medical card murah...ada medical card 10% cotakaful dan ada medical card 100% coverage...secara logiknya...anda pakai medical card mana2 pun kalau masuk hospital, bil yang dikenakan tetap sama...kalau pakai PruBSN hospital charges RM50K, dan kalau pakai medical card lain pun hospital tetap akan charge RM50K...jadi apa yang membezakan diantara satu syarikat dengan syarikat yang lain?? ini adalah satu persoalan yang client perlu clear dan perlu diberitahu kelebihan dan kekurangan setiap pakej yang mereka bakal signup...jangan hanya beritahu satu sudut yang nampak GAH diatas kertas...namun disatu sudut yang lain...hanya jauhari mengenal manikam... (^^,)

ps:// Raja azmi bercinta dengan org muda.. fefeling nak lawan che ta lah tueeee (katanyer)

Tuesday, January 22, 2013

ko campak mayat tue macam tue jer... lu memang tak der otak

Salam,

Ader terbaca paper harian metro kelmarin dulu. Ader ker just letak mayat dekat depan orang .. konon kononya bolehlah tolong kebumikan jenazah tue. tak der otak ker. Tak khatam fardhu kifayah nie. Nie dah kira dasat yang amat. Apa salah nyer mintak duit ngan jiran. Nie mesti kaki gaduh ngan jiran. Takkan dierorg tak der belas kasihan. Susah susah mintak ngan Ajjjjkkkkkkk khairat kematian kat surau. Dah nak buat macam mana, tempat dierorg tak der tok adi. Susah nak menjenguk kot.

Berita Utama

Macam ni pun ada!

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Puchong: Satu mayat lelaki dibungkus kain dipercayai sengaja ditinggalkan ahli keluarganya di tepi rumah seorang wanita di Jalan Mawar, Batu 13 1/2, Puchong di sini kerana tiada wang mengebumikannya, pagi semalam.
Walaupun terdapat kesan luka di leher mayat itu, tetapi siasatan polis mendapati ia kesan pembedahan dilakukan sebelum ini. 
Mayat berkenaan ditemui seorang pekerja kilang ketika mahu memasuki kawasan rumahnya, jam 7.50 pagi.

Pekerja berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ina berkata, ketika pulang ke rumah, dia terkejut melihat satu bungkusan kain sebelum mendapati rambut terkeluar daripada kain itu menyebabkan dia terus berlari menjerit memanggil suaminya yang berada di dalam rumah.
Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang ditemui di Jalan Mawar, Puchong.

Menurutnya, sebaik menghampiri rumahnya, dia pelik apabila melihat satu objek yang dibungkus dengan kain sebelum terkejut selepas terlihat rambut dari celahan kain itu.

Harap, citer di atas menjadi pedoman buat kita semua. Sebab itulah di takaful tak kisah takaful operator mana pun, ader menyediakan pampasan khairat kematian minimum RM 2,000 dan maksimum RM10,000 (kadar khairat pampasan mungkin berbeza mengikut terma syarikat takaful). Bila berlaku kematian, claim khairat kematian yang akan agent buat dulu. Nak tunggu pampasan kematian ambik masa. Kalau claim untuk pampasan khairat boleh dapat 24 jam. Tapi perlu diingatkan, duit khairat kematian hanya duit untuk pengurusan jenazah bukan untuk dibuat Tahlil .. hokeyyyy!!!

mardiyah: 019-2853910

Monday, January 21, 2013

Dimana ADIK WILLIAM???????

Ini adalah khidmat masyarakat dari saya akok is a person not a kuih................

Tertengok budak nie teringat dengan anak sedara. Saling tak tumpah macam anak sedara. Nau'zubillahh.. Saya doakan agar adik william kembali ke pangkuan keluarga. Budaknyer comel.. kesian mak dier.. tak tido malam.. Iyerlah.. naluri ibu mesti sedey kan.... Sesaper yg ternampak adik nie, sila hubungi polis berdekatan dengan anda...



Rentetan kehilangan William Yau Zhen Zhong yg dilaporkan meluas oleh The Star hari ini, Page 4. Section: Nation.

Although we have heard the advice many times before, it is a good reminder to all parents and caretakers to be extra careful.

1. Keep an eye on your child. Always know where they are and whom they are with.
2. Teach your children their full names, address, and home telephone number.
3. Carry an up-to-date picture of your child to help the police or security guards look for them.
4. Accompany and supervise young children when they use the restroom.
5. Determine a central, easy-to-locate spot to meet in case you are separated.
6. Teach children to look for people who can help, such as a uniformed security guard, or mother with children.
7. Remind children not to go looking for you and to remain where they are if you get separated.
8. Have a special code word known only to family members. Tell your child not to follow any stranger who claims he was sent by you, but does not know this code word.
9. Teach your child that although he should be respectful to adults, he can refuse to talk to strangers.

Experts say the first 25 minutes is a critical period when a child goes missing as the child may not be far from the previous location. Quick action must be taken within this time to spread information about the missing child.
Never: 
1. Send a young child out alone at night to run an errand.
2. Leave your child in a toy store or elsewhere while you go shopping.
3. Leave your child alone in the car, especially with the engine running, while you attend to some business.
4. Dress children in clothing that has their name on it as it can attract strangers waiting to start up a conversation with your child.
5. Leave your child in a public area in the mall expecting supervision from security personnel.
6. Attend public events with a child if you are going to be distracted. Make other arrangements for the child ahead of time.
7. Allow young children to go shopping on their own without adult supervision.
8. Be on time to fetch your child from school or other public places.

Friday, January 18, 2013

Musim mengawan

Holla semua..

sori kalau tajuk 18Sxxxxxssss.... memang tahun nie musim mengawan.. dok pening dan kalut ribut dok buat persiapan kakak nak kawin hujung bulan nie.Adik bulan 5 pulaks. huhuhuhuhu.. Kad kawin ada yg tak hantar lagi.. list pun dok asyik ader yg baru hari-hari. ader pulak yg tak sempat nak call lagi... Dok jiwa kacau nie.. thanks to metallica.. dok layan lagu rock otai nie di hari jumaat yg mulia. huhuhuhuhuhuh.. heheheheheh.. hahahahahah.. tenag sikit jiwa nak buat guest list nie... Metallica 4 everrrrrrrrrr


Layan lagu metallica nothing else matter.....

semalam ader attend training untuk insurance Annual planning. Satu hari disaner.. punayer lah panas bontot nie.. tapi tak palah kan.. dah nak cari ilmu dan macam man nak educate customer pasal kebaikan insurans nie.

Sati Ulmu yg saya dapat dari sharing bro kiter nie.. pasal insurans boleh dunakan untuk property.. Nie yg best nie.. Mesti korang heran kan!!. aku kelmarin pun heran macam korang.. apa laks kaitan Takaful ngan property. Apa yg aku tahu insurans nie untuk life insurans jer.. tuelah korang.. tak tahu.. termasuklah aku.. Tunggulah aku citer pasal Takaful ngan property..

Banyak pulak faedah yer..

Tunggu dilain entry. nak tolong settle kad jemputan nie laks..

xoxoxo


Friday, January 4, 2013

aku ader masalah dengan Takaful

Salam,


Ader sorang brother nie cukup hangin dengan agent Takaful. Nie kes claim lah .. apa lagi.. manusia nie kalau bab duit memang sensitive.. termasuk aku.. heheeh .. so.. brother nie ader lah tanya soklan kat agent Takaful yang lain dalam forum cari. Jom kiter tengok setakat maner kehanginan brother nie......


brother : saya pemegang kad medikal , every month byr rm150 untuk insurance coverage. Kebetulan last week, saya terjatuh and pergi ke hospital swasta ( colombia hospital, puchong), bila saya kuarkan kad medikal, dia cakap kad ni hanya untuk masuk wad aje. saya dh pelik, agent saya ckp kalau accident boleh je pergi ke mana hospital swasta (panel hospital),infact agent saya sendiri pernah citer dgn saya mana2 yang berkaitan dgn accident even jatuh pn bleh pergi ke hospital swasta untuk treatment. 

saya frustrated sangat! walaupun bil yang dikenakan tidak smpi 200, tapi saya frust kenapa cakap lain, bile kene lain.. saya xtau sape yang silap, hospital or agent. but one thing for sure,  saya tengah consider untuk terminate takaful nih.. tetiap bulan kita bayar cantik, bila kene musibah, xboleh pakai.. buang duit saya je, duit yang saya bayar tetiap bulan untuk insurance baik saya simpan untuk tabung saya sendiri aje mcmni. mungkin saya ambil yang paling murah, kene amek yang paling mahal kot baru dapat yang elok2

saya jawab: Salam,

Saya bersimpati dengan brother. Ya, medikal kad hanya digunakan untuk warded semata2. Kalau accident teruk sesangat dan memerlukan warded, medikal kad akan digunakan. Jika accident kecik kecik jer.... medikal kad tak leh guna. Tapi, optimak5 boleh claim accident yang kecik kecik cara reimbursement. 

Happy new year

brother : terima kasih mbk sebab replied.

but saya masih tak puas hati lagi, bila saya tanya agent pasal bil dia mentioned yang bil akan ikut ko-takaful. since bil saya ni RM 137, saya xboleh claim. Now saya marah sangat2... takkan saya nak kene cakap dgn hospital, you bilkan i pnya sakit ni lebih dari 1k, nanti i claim i bleh dpt 700 dari insurance, lagi rm300 saya cover dulu.. xkn nk tggu saya sakit melarat smpi masuk hospital and nazak baru bleh claim???

Bukan saya berkira sangat nak claim pasal RM137 saya ni, xbanyak pada sesetengah orang, tapi kenapa xcakap awal2 benda ni xbleh, kalau saya tau baik saya xamek insurance langsung, baik masuk hospital kerajaan aje. kalau bil melambung boleh mintak JKM untuk pengurangan so xpyh nk byr byk2.. skrg ni hospital kerajaan pun dah bagus kalau x se-par dgn private at least tgh climbing to be at that level. 

now saya nak kene confirmkan betul dgn semua agent takaful kat sini, kalau saya ada sakit yang xmemerlukan warded ( demam dan sewaktunya tak termasuk) cth macam small burn, etc.. perlu ke saya ke hospital private utk rawatan or better pergi ke hospital kerajaan? even saya dah ada medikal kad yang saya byr tetiap bulan? kalau saya ke private, bleh claim but ikut ko-takaful or based on amount yang saya kene charge? what if my bill less than RM300? bleh claim or pandai2 byr sendiri?

agent Takaful yg lain jawab: 
now saya nak kene confirmkan betul dgn semua agent PRU BSN kat sini, kalau saya ada sakit yang xmemerlukan warded ( demam dan sewaktunya tak termasuk) cth macam small burn, etc.. perlu ke saya ke hospital private utk rawatan or better pergi ke hospital kerajaan? even saya dah ada medikal kad yang saya byr tetiap bulan? kalau saya ke private, bleh claim but ikut ko-takaful or based on amount yang saya kene charge? what if my bill less than RM300? bleh claim or pandai2 byr sendiri?
Untuk jawapan kat atas nie : Salam,

utk medical kad bole digunakan jika awak admitted di hospital panel pvt utk rawatan sakit/kemalangan

jika tidak overnite, utk rawatan kecederaan kecil masih bole claim..tp re-imburse basis (byr dulu & claim kemudian), pass original resit pd ejen & dia akan uruskan tuntutan awak

jika claim tersebut under out-patient mcm kes awak rm130 tu..maka 10% ialah rm13 saje..so u akan dpt balik claim rm117

Brother: Terima kasih replied problem saya.

Kalau apa yang tuan bgtau tu memang betul, so which means saya xkan ada problem untuk submit claim and get the remaining amount 90% from the bill. Saya akan refer kat agent tu and kalau dia xphm jugak, saya suruh dia call tuan. this small thing become big because of lack of knowledge and experience by my agent. 

Saya cuba tengok yang ni dulu, kalau benda ni bleh selesai elok, saya teruskan dgn polisi insurance saya ni, if not, saya akan cari replacement yang lain.

Moga brother nie dapat claim dier balik dan kisah nie menjadi pedoman buat kiter semua. Harap tetuan semua mengerti. OK

PS:// berdebar nak jumpa client pasal buku polisi lambat printing........ baru jer dapat.. hmmmmm


Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...