Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sekadar renungan dan perkongsian minda yang wajar dipanjang-panjangkan.
Pada zaman ini, Insuran adalah menjadi salah satu keperluan yang sangat penting kepada kehidupan harian anda. Ini kerana, setiap hari anda dihadapkan dengan pelbagai risiko dalam kehidupan sebagai contoh risiko kemalangan, risiko sakit dan macam-macam risiko yang boleh menyebabkan anda tidak meninggalkan apa-apa untuk ahli keluarga anda!
Dalam pemilihan untuk mengambil insuran kehidupan (atau life insurance) soal-soal Islamik juga haruslah di titikberatkan jika anda seorang muslim ataupun muslimah. Ini kerana jika tersilap mengambil pelan insuran dan tidak mengambil insuran yang di sahkan halal oleh majlis fatwa, ia akan menyebabkan anda meninggalkan harta/wang yang tidak halal kepada waris-waris anda. Semuanya atas pilihan anda sendiri.
1. Kontrak
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pihak
yang diinsurankan Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
2. Bayaran Premium
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran.
Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri
di bawah skim
3. Pengendali kewangan
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti
dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)
- Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang Takaful
4. Pelaburan
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah
Aset kumpulan Wang Takaful hanya boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah
5. Keuntungan
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.
Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntungan adalah milik tabung kumpulan pencarum.
6. Wang pelanggan/ Pencarum
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimiliki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.
Wang pencarum tidak dikira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki
oleh pengendali.
7. Surplus
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'.
Lebihan untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada
pencarum.
Di harapkan penjelasan secara ringkas ini mengenai perbezaaan insuran konvensional dan insuran takaful dapat memberi sedikit sebanyak ilmu kepada anda. Semoga anda mendapat manfaat.
Buatlah penilaian yang betul dalam memilih insuran yang benar-benar sesuai dengan kehidupan anda.
Boleh lihat di sini untuk megetahui lebih teprinci :
http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/jurnal_muamalat/2011/02/1_.pdf
No comments:
Post a Comment