Fakta & Mitos Sebenar Kanser Payudara | Kanser payudara sering kali mengancam nyawa manusia terutama sekali golongan wanita dan merupakan kanser paling biasa di kalangan hampir semua manusia di pelosok dunia.
Penggunaan agen antipeluh mengakibatkan kanser payudara.
Dalam kajian tersebut, tiada bukti menunjukkan bahawa bahan aktif dalam agen antipeluh atau mengurangkan perpeluhan di bawah ketiak mempengaruhi risiko kanser payudara. Hubungan antara kanser payudara dan agen anti peluh adalah berdasarkan maklumat yang tidak tepat mengenai anatomi dan kanser payudara.
Semua benjolan adalah kanser.
Secara umumnya, 80% benjolan adalah tidak merbahaya iaitu bukan kanser dalam payudara terutama di dalam golongan wanita muda di bawah 35 tahun. Akan tetapi risiko kanser payudara ini akan meningkat dengan bertambahnya usia.
Semakin besar ukuran payudara, semakin tinggi risiko.
Jumlah tisu payudara seseorang wanita tidak mempengaruhi risiko pertumbuhan kanser payudaranya. Saiz payudara bukan faktor risiko yang signifikan bagi kanser payudara.
Mammogram menyebabkan kanser.
Hakikatnya, mammogram adalah prosedur yang selamat serta melibatkan radiasi yang sangat minimum untuk mewujudkan imej payudara yang jelas. Sistem mamografi diperakui selamat, dikawal ketat dan pengggunaan dos radiasi yang rendah.
Keguguran cetusan menyebabkan kanser payudara.
Beberapa kajian memberikan data yang kuat bahawa sama ada keguguran cetusan atau spontan tidak mempunyai pengaruh secara keseluruhan terhadap risiko kanser payudara.
Implan payudara menyebabkan kanser.
Beberapa kajian mendapati implan payudara tidak meningkatkan risiko kanser payudara, walaupun implan payudara silikon boleh menyebabkan pembentukan parut yang tidak berbahaya pada payudara.
Oleh itu, kita digalakkan untuk melakukan pemeriksaan lanjut sekiranya terdapat sesuatu perubahan yang ketara kepada payudara kita. Pemeriksaan boleh dilakukan di hospital atau pun melakukan sendiri dengan teknik-teknik yang betul.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kajian ini, bolehlah melayari laman sesawang Persatuan Siswa-siswi Islam perubatan Universiti Malaya (PSIPUM) – LINK viaMyNewsHub.
No comments:
Post a Comment